• duabelas •

2.7K 119 5
                                    


  "Omma!" Itu sahaja yang mampu Ailee katakan. Dah kenapa pulak dua budak ni bertumbuk. Kata hatinya. Dia mentup langsir tingkap itu, dan cuba lupakan apa yang terjadi.



◆◆◆




Tempe baring di atas rumput di sebelah Honeydew.

"Sorry, bro." Tempe memulakan perbualan. Dia menyesal kerana memulakan pergaduhan tersebut. Dia tak patut sebut apa-apa pasal Lynn.

"Jangan mintak maaf kat aku. Pergi mintak maaf kat sepupu kau. Bengkak mata dia nangis." Terang Honeydew.

"Kau okey tak?" Tanya Honeydew sambil menoleh ke arah Tempe.

"Mungkin lebam sikit. Kau?" Tanya Tempe pada Honeydew pula.

"Aku okey je, takde darah ke lebam." Terang Honeydew.

◆◆◆

"Ni kenapa lebam ni." Tanya mak long sambil meraba-raba muka anaknya itu.

"Ermm, terlanggar pintu." Terang Tempe ringkas.

"Dah la ma, orang nak rehat. Penat." Kata Tempe. Dia berlalu pergi dari situ dan menaiki tangga.

Mak long hanya mampu menggelengkan kepalanya.




◆◆◆




Ailee mengeringkan rambutnya dengan tuala mandinya. Dia memgambil tempat di atas katil dan membuka telefonnya.


Mr. Honeydew
___________________

Kau dah okay? Ridwan kata dia mintak maaf.
8

.57 pm ✔✔



Manakala Honeydew membuka aplikasi contacts. Dia menukar nama 'Adik Sedara Ridwan' kepada 'Cry Baby'. Dia tergelak sebentar melihat nama itu lalu membuka aplikasi whatsapp semula.



Cry Baby
_____________

Kau dah okay? Ridwan kata dia mintak maaf.
8.57 pm ✔

Dah okay dah.
9.00 pm ✔✔

Honeydew menaip sesuatu.

Kau maafkan Ridhuan tak?
9.01 pm ✔✔

Hm ... entahlah .
9.02 pm ✔✔

Owh ... okay.
9.03 pm ✔✔

Honeydew faham. Ailee tidak boleh maafkan Tempe. Yelah, siapa boleh tahan malu kalau orang pecahkan rahsia? Lagi-lagi soal hati.



◆◆◆



Hari ini hari terakhir Azrin, Yasmin, Ainnur, Irdina dan Shuhada akan sleepover di rumah Ailee. Disebabkan hari Selasa sekolah. Besok, mereka akan ke Marina Mall bersama Dini dan Teacher Asha.

My Mr. Honeydew ! Où les histoires vivent. Découvrez maintenant