• empatbelas •

2.7K 114 3
                                    


  Ailee membuka matanya perlahan, dia menoleh ke sebelah kirinya.

"Ibu?" Katanya. Pandangannya agak kabur tanpa cermin mata.

Ibu Ailee yang tersedar dari tidurnya mengangkat muka.

"Aleesha, anak ibu!" Kata ibu Ailee lantas terus memeluk Ailee.

"Aleesha kat mana ni, bu?" Tanya Ailee dengan suara yang sedikit serak.

"Kita kat hospital, sayang. Aleesha pengsan tadi. Aleesha demam denggi." Terang ibunya perlahan.

Laju ibunya mengucup pipi-pipi dan dahinya.

"Aleesha kena tahan wad seminggu. Ibu panggil nurse kat luar sekejap ye?" Kata ibunya tenang.

Seminggu? Lamanya...desis hati Ailee. Mungkin seminggu cukup untuk aku lupakan dia. Fikirnya lagi. Tidak semena-mena air matanya jatuh membasahi pipi. Dia masih tidak boleh lupakan setiap perkataan dari mesej itu.

Dia merasakan bagai dirinya ditipu. Setelah memberi harapan besar kepada Honeydew, dia disuruh melupakannya begitu sahaja?

Kenapa tak suruh dari awal je? Fikirnya. Dia rasa dipermainkan.

Semua ni cukup untuk aku benci dia. Fikir Ailee. Dia menetapkan di dalam hatinya yang dia perlu membenci Honeydew kerana telah mempermainkannya.

Terdengar pintu dikuak dari luar, pantas Ailee mengelap air matanya.
Dia menarik selimut hingga ke muka.




◆◆◆




Aduhhhh. Keluh Honeydew dalam hati.

Mesti dia fikir aku ni permainkan dia kan? Haritu suruh lupakan harini tiba-tiba kata rindu. Aduhh. Keluhnya lagi. Perasaannya bercampur baur. Dia rasa bersalah kerana telah melukakan hati Ailee, dalam masa yang sama rasa malu kerana menghantar mesej sebegitu.

Aduhh, apa aku nak buat ni. Heee..dah lah aku pergi setuju nak ikut Ridwan melawat dia. Eeeeeiii. Dia mengetuk-ngetuk kepalanya sendiri.

Kau tak boleh fikir ke ( nama honeydew ) !! Dahlah kau suruh dia lupakan kau! Yang kau nak pergi melawat dia tu kenapa??!! Kali ini dia menghentakkan kepalanya ke dinding pula. Sungguh, dia merasakan bahawa dirinya amat bodoh.

Lagi satu, yang kau gatal sangat pergi taip I miss you tu kenapa??!! Marahnya pada diri sendiri. Sudah seperti orang gila. Mungkin orang gila pun tidak berbuat demikian.

Honeydew menghempaskan badannya di atas katil super single miliknya itu. Dia berfikir sejenak.

Tak boleh ni. Aku pun tak boleh lupakan dia, macam mana dia nak lupakan aku. Fikirnya.

Ailee sangat innocent. Baginya, dia lah yang selalu memburukkan keadaan. Setiap gejala yang menimpa Ailee mesti ada kaitan dengan dirinya.

Sekali lagi perasaannya berbelah bahagi. Dia tidak boleh lari dari perasaannya sendiri. Jujur. Dia sukakan Ailee, Adhyatul Aleesha. Bukan suka biasa-biasa. Suka yang amat sampai hari-hari nak tengok dia. Baru dua hari tak jumpa kat sekolah, dia rasa tak tentu arah. Dirinya tidak boleh fokus pada pelajaran bila dekat whiteboard pon nampak muka Ailee yang comel tu.

Bila tiada guru, dia akan bersidai dekat tepi corridor dan merenung ke arah kelas Ailee. Nak tengok apa pun dia tidak tahu.

Jujur, dia pun tidak sanggup untuk melupakan Ailee. Ailee amat istimewa baginya, sehingga dia rasa seperti mahu melindungi dan terus bersama dengannya.

Tetapi, apa boleh buat. Dia tahu yang Ailee mungkin akan tinggalkannya sepertimana yang Lynn lakukan. Tiada siapa yang tahu apa yang berlaku kepada Lynn selain dirinya dan dia.

Honeydew rasa seperti dia mementingkan dirinya sendiri. Dia sanggup biarkan Ailee terluka, asalkan dia tidak. Tetapi lain yang diminta, lain yang jadi. Dia ingat, biarlah Ailee terluka asalkan dia tidak dtinggalkan sekali lagi. Masalahnya, sekarang ni dia juga terluka kerana tidak sanggup melupakan Ailee!












● end
______________________________________

xo , dina

My Mr. Honeydew ! Where stories live. Discover now