• enambelas •

3.4K 113 8
                                    


BAB TERAKHIR

* 2 Bulan Kemudian *


Sedang tekun murid-murid 1 Kepoh menyalin nota yang tertulis di papan putih, tiba-tiba pintu kelas di ketuk lembut.

Tok...tok..tok..

"Cikgu, ada orang!" Teriak Hannah lantang. Walaupun dia duduk di barisan paling belakang, suaranya boleh didengar jelas dari meja guru.

Cikgu Marzita menoleh ke arah pintu kelas hadapan kelas tersebut. Terdapat tiga orang murid lelaki setia berdiri di tepi pintu.

Jari-jemarinya memberi isyarat supaya budak-budak itu masuk. Lalu salah seorang pun masuk.

Ailee yang sedang menyalin nota itu berasa 'annoyed' bila ada orang menghalang pandangannya.

Hishh. Bisik hati kecilnya. Dia memandang muka orang yang menghalang itu.

Dadanya berdebar laju apabila dia sedar siapa kelibat manusia yang menghalang whiteboard itu.

Pantas dia memeluk lengan Shuhada. Nafasnya mencungap-cungap.

"Adhyatul Aleesha mana?" Soal Cikgu Marzita.

Perlahan-lahan dia mengangkat tangan. Semua jari menuding ke arahnya.

"Hah , ikut abang ni!" Arah Cikgu Marzita.

Dengan muka blur, Ailee bangun dari kerusinya dan menuju ke arah 'abang' tersebut. Kemudian mengekori setiap langkahnya.

Dua lagi 'abang' yang berdiri di tepi pintu itu mengucapkan terima kasih sambil menundukkan sedikit kepala mereka, tanda menghormati.

Kringgggggg.....

"Yeay!! Rehat!!" Kata Hannah.



◆◆◆




* selepas waktu rehat *

"Mana Ailee nih....dah lama sangat dah nih." Rungut Farhana.

"Kan?!" Balas Shuhada yang tiba-tiba pusing kebelakang, menghadap Farhana.

"Dating ke apa?!" Rungut Iqlyma pula.



◆◆◆



* 10 minit sebelum waktu balik *


"Assalamualaikum." Sapa Ailee sambil mengetuk pintu kelas. Kakinya laju sahaja berjalan ke tempat duduknya.

"Hai cik, baru nak balik ? Pergi mana tadi ?" Perli Yasmin.

"Hak alah Yas, dia pergi dating la tu." Balas Alia.

"Euhehehehe." Kata Ailee dengan senyuman.

My Mr. Honeydew ! Where stories live. Discover now