• bonus •

4K 135 12
                                    


21 JULY 2021, 6 YEARS LATER...

AILEE mengeluarkan sebuah diari dari bawah katilnya. Diari itu bewarna turqoise lembut, dan kulit hadapannya, terukir perkataan 'Daisy'. Dia membuka diari tersebut, dan tangannya mula menulis entry untuk hari ini.

21 July 2021

Dear Daisy,

Esok genap umur aku 19 tahun!! Woohoo...Yippeee!! Tapi Honeydew kata dia balik cuti minggu depan. Tak apalah. Pelajaran dia lebih penting! Aii redhaaa!! Aku gembira sangat... Honeydew tunaikan semua janji dia. Dia akan call aku setiap hujung minggu. Setiap semester pun dia balik.. jumpa aku!!! Bwahahahahahha... nasib baik gelang ni muat lagi... aku tak pernah bukak sejak habis sekolah. Waktu sekolah dulu memanglah... karang kena rampas dengan Puan Hanisha.. menangis tak berlagu aku. ㅠ-ㅠ Huhuhu....rindunyaaaa... sabar je laa, tahun depan dah se-universiti dengan dia, yeay!! Sekurang-kurangnya selalu jumpa !! Yeayyyyy!! Esok Shu, Yas, Fana, Qyma, Yaya, Qiela, Dina, Ain, Dini semua datang !! Untuk meraikan majlis hari jadi kecil-kecilan aku nih...Huhu...redhaa kecil je. Tempe pun datang nanti....dia sorang je lelaki datang ㅠ-ㅠ baik takyah. Huhu kenapa aku asyik nampak ikan di mana mana nih! Okayy...sampai sini je la ye! Bubbye Daisy!!

Aleesha ♥

Dia menutup diari itu dan menyimpannya semula di bawah katil.

Kemudian dia bersiap-siap untuk ke Aeon berdekatan. Dia ingin membeli barang-barang untuk majlis hari jadinya esok.

◆◆◆

HONEYDEW memasukkan beg ke dalam perut kereta Camry yang dihadiahkan oleh ayahnya tahun lepas. Kereta second hand sahaja.

Selesai menutup pintu belakang, dia membuka pintu driver pula. Tempe yang sudah lama duduk di sebelah tempat driver itu memasang tali pinggang keledarnya.

Camry itu bergerak meninggalkan perkarangan rumah bujangnya itu.

Di dalam kereta, lagu-lagu dari album 'Skool Luv Affair' menceriakan suasana. Honeydew bukanlah k-poppers, tetapi Ailee yang menghadiahkannya album itu. Setelah mendengar lagu-lagu dan melihat mv-mv k-pop. Honeydew mula meminati BTS, dan grup-grup yang lain. Sesekali mereka menyanyikan korus lagu-lagu tersebut. Korus je lah. Tu pun entah betul ke tidak sebutan. Kalau part rap, memang merapulah alamatnya.

Lagu Just One Day dimainkan.

"Haruman neo wa naega hamkke halsuittdamyeon... haruman neo wa naega son jabeul suittdamyeon.... haruman neo wa naega hamkke halsuittdamyeon haruman haruman neo wa naega hamkke halsuittdamyeon..." mereka nyanyi korusnya. Nasib baik betul..

Tempe mengeluarkan CD album tersebut setelah lagunya semua selesai dimainkan. Kemudian, dia memasukkan pula CD album
'I Got A Boy'.

Lagu I Got A Boy dimainkan.

Kelakar pula apabila Tempe membuat suara perempuan untuk menyanyikan part Taeyeon.

"Ooo...nae wanjangnim eonjaereul bla bla bla bla bla shil taenggayo."

Honeydew tergelak mendengar suara perempuan Tempe.

My Mr. Honeydew ! Where stories live. Discover now