• tigabelas •

2.6K 115 8
                                    


Hatinya bagai di tikam berkali-kali. Air matanya semakin deras bak air terjun. Di menangis sepanjang malamnya di situ. Esok sudah mula sekolah. Namun, dia tidak rasa bahawa dia dapat hadir besok. Dia melayan perasaannya hingga terlena.

Honeydew berasa tidak sedap hati. Walau bagaimanapun, dia tetap kena jumpa dengan Ailee. Dia perlu menerangkan semuanya.



◆◆◆





"Aleesha! Bangun, nak pergi sekolah." Jerit ibu Ailee sambil mengetuk-ngetuk pintu biliknya.

"Dah, Aleesha dah bangun dah." Kata Ailee. Suaranya sedikit serak.

"Kenapa suara tu? Bukak pintu ni sekejap." Arah ibu Ailee.

Ailee memakai cermin matanya yang terletak di atas bedside table lalu melangkah malas ke pintu biliknya. Ailee memusing tombol pintu kayu itu perlahan.

"Ni kenapa bengkak ni? Aleesha nangis eh?" Tanya ibu Ailee sambil menyentuh matanya. Tangannya beralih kepada dahi Ailee pula.

"Ya Allah, panasnya!" Kata ibu Ailee sedikit panik.

Ailee terasa amat sejuk. Dia tidak larat untuk berjalan. Badannya terasa lemah dan kakinya bergetar. Pandangannya tidak tentu arah. Tiba-tiba semuanya menjadi gelap dan Ailee jatuh dalam pelukan ibunya.





◆◆◆





"Anak puan kena demam denggi."

"Astaghfirullahalazim. Teruk ke doktor?"

"Boleh tahan jugak lah, tekanan darah dia amat rendah. Kami terpaksa menahan dia selama seminggu dua."

Ibu Ailee merenung anaknya yang terlantar di atas katil hospital itu. Mujur Ailee di tempatkan dalam wad private, hanya mereka berdua saja di dalam bilik itu.

Ibu Ailee menghantar satu mesej kepada suaminya mengatakan bahawa Ailee kena demam denggi dan ditahan wad. Selepas itu dia menghubungi pihak sekolah pula, untuk memberitahu ketidak hadiran anaknya selama seminggu.




◆◆◆




"Najlaa, perempuan siapa tak datang? Selain Aleesha?" Tanya Cikgu Safidah, guru kelas 1 Kepoh.

"Cikgu tahu Aleesha tak datang?" Soal Alia.

"Mak dia telefon tadi, cakap Aleesha tak akan datang seminggu." Jawab Cikgu Safida ringkas.

"Ha? Seminggu? Kenapa cikgu?" Tanya Shuhada pula sedikit terkejut.

"Dia kena tahan wad. Demam denggi." Terang Cikgu Safidah lagi.

Mereka semua terkejut. Semalam elok sahaja Ailee outing dengan mereka ke Marina Mall, harini tetiba masuk wad.


-

Honeydew melangkah keluar dari pintu pagar sekolah. Dia mencari kelibat Ailee di bustop yang terletak tidak jauh dari situ. Dia nampak kelibat Shuhada dan kawan-kawannya yang lain tetapi tidak Ailee. Mungkin dia dah balik. Fikirnya.




◆◆◆




Keesokkan harinya, Honeydew pergi ke kelas Ailee pada waktu rehatnya. Mujur tak ada cikgu. Dia mencari kelibat Ailee. Masih tiada. Tak datanglah tu. Fikirnya.

Sampai ke kelasnya, dia menuju ke tempat duduk Tempe.

"Weii, adik sedara kau tak datang harini?" Tanya Honeydew. Dia perlu tahu, dia rasa tak tentu arah selagi dia tidak meneranglan hal sebenar.

"Kau tak tahu ke?" Tanya Tempe balik. Eh...eh...orang tanya dia, dia tanya kita balik.

"Macam mana aku nak tahu kalau kau tak bagi tahu." Kata Honeydew membuat muka ' -,- '.

"Dia kat hospital, kena tahan wad." Jawab Tempe ringkas.

Honeydew panik.

"Hah? Masuk hospital??!! Kenapa? Kenapa dia masuk hospital??!! Dia sakit apa??! Hospital mana dia masuk??!!" Bertubi-tubi soalan Honeydew.

Tempe menghela nafasnya.

"Senang citer kau ikut aku je hujung minggu nanti melawat dia. Aku dah janji dengan kawan-kawan dia sekali." Jawab Tempe dengan muka selamba.

"Hujung minggu....okeylah." kata Honeydew lalu bangun dan menuju ke tempat duduknya semula. Hujung minggu...lambat lagi, harini baru hari Selasa. Bisik hatinya.



◆◆◆




Honeydew menaip sesuatu di ruang mesej dalam aplikasi whatsapp.

I miss you, |
I miss you, Adhyatul Aleesha | Taipnya, tanpa berfikir.

"( nama honeydew ) ! Meh turun makan!" Jerit mama Honeydew.

Dalam keadaan terkejut kerana mamanya memanggil, tanpa sedar dia tertekan butang send.

Honeydew panik. Alamakk !! Apa aku nak buat nih ! Aduhh dah terhantarlah pulak.

-

Satu mesej masuk di ruang whatsapp dalam fon Ailee. Ibu Ailee yang mendengar bunyi notification itu laju membukanya.

Terbeliak matanya apabila membaca mesej tersebut.


Mr. Honeydew
_________________

I miss you, Adhyatul Aleesha

3.53 pm ✔✔











● end
_______

xo , dina

My Mr. Honeydew ! Where stories live. Discover now