• sepuluh •

2.9K 129 8
                                    


  "Assalamualaikum." Ucap Ailee. Namun tiada sebarang jawapan.

"Assalamualaikum." Kali ni Yasmin pula yang memberi salam.

Pintu rumah kayu yang berukir itu terbuka perlahan.

"Waalaikummussalam." Jawab Mak Long kepada Ailee a.k.a Mak Tempe. Dia berjalan sambil tersenyum lalu membuka kunci mangga pintu pagar.

"Awalnya sampai, mak long baru nak keluarkan periuk. Meh .. meh , masuklah." pelawa Mak Long.

"Sepupu kamu tu tidur lagi, majlis pukul satu." Terang maklong lagi. Kepalanya digeleng-geleng.

Mereka meletakkan beg-beg mereka di atas sofa ala-ala English Style yang terletak cantik berlapikkan karpet putih bercorak Arabian dari Pakistan di ruang tamu.

"Cantiknya." puji Ainnur. Matanya ralit memerhatikan sekeliling rumah. Memang English sungguh.

"Ailee, kita orang nak panggil mak long kau apa?" Tanya Shuhada membisik.

"Panggil mak long je." Jawab Maklong yang terdengar bisikkan Shuhada itu. Shuhada hanya tersenyum.



◆◆◆



Yasmin memasukkan pudding cocktail ke dalam peti sejuk yang pintunya penuh dengan fridge magnet dari luar negara. Mesti banyak travel nih. Kata hati Yasmin.

"Maklong, Dina rasa kena tambah garam lagi sikit." Kata Irdina yang disuruh merasa ayam masak merah tadi.

"Masukkan la ... garam dekat situ." Arah Mak long sambil menuding jarinya ke arah rak yang terletak pelbagai barang.

Irdina meletakkan secubit garam ke dalam ayam masak merah tersebut lalu mengacaunya. Kemudian dia membiarkannya untuk kering lagi sedikit.

"Dah masak ke, nasi tomato tu?" Tanya Irdina kepada Shuhada.

"Lagi tiga minit siap." Jawab Shuhada.

Azrin mengacau air anggur yang telah dicampurkan gula sebentar tadi. Kemudian, menutup bekas berisi air anggur itu.

Ainnur menyusun cawan-cawan polistrin di sebelah bekas air anggur. Selepas itu, dia menyusun pinggan polistrin pula di atas meja makan yang beralaskan alas meja bewarna biru laut bersulam.

"Tepi, tepi, tepi...panas nih" kata Irdina sambil tangannya mengangkat lauk ayam masak merah.

Shuhada meletakkan nasi tomato bersebelahan dengan ayam masak merah tadi.

Akhir sekali, mak long menghidang semangkuk besar spaghetti goreng ala carte dan pudding cocktail di atas meja tersebut. Kek hari jadi Tempe dibiarkan dahulu di dalam peti sejuk.

* Pukul 2.00 petang *

Tempe membisik-bisikkan sesuatu kepada kawan-kawannya yang telah berkumpul di ruang makan yang berdekatan dengan meja makan.

Ailee berjalan ke arah meja makan untuk menambah lauk ayam masak merah yang sudah tinggal sedikit.

Tiba-tiba dia terdengar Tempe berkata.

"Ehh...ni lah budak yang aku cakap tu. Budak yang suka (nama honeydew) tu."

Ailee membulatkan mata memandang ke arah Tempe apabila sebaris nama itu disebut.

Kawan-kawan Tempe menggelakkan Ailee. Serta-merta mukanya berona merah.

Sampai hati kau, Tempe! Kurang ajar betul. Kata hati Ailee.

Kawan-kawan Tempe tidak berhenti menggelakkannya. Tempe turut gelak bersama.

Pipi Ailee terasa membahang. Cepat-cepat dia menuang lauk ayam masak merah itu kemudian terus berlari ke dapur. Tanpa sedar dia melanggar bahu seseorang. Kerana terlalu malu Ailee tidak mengendahkan orang yang dilanggarnya itu dan terus berlari ke pintu belakang.

Ailee memulas tombol pintu belakang lalu keluar dari rumah. Dia duduk disebelah pasu-pasuan bunga.

Dia menangis sepuas hatinya di situ. Mana dia mahu meletakkan mukanya. Sekarang satu 3 Khawa sudah tahu dia sukakan Honeydew. Mungkin lepas ni satu sekolah akan tahu! Sampai hati kau Tempe! Kurang ajar punya sepupu, tak kenang budi langsung. Penat aku datang nak tolong masak untuk majlis dia, dia buat macam ni dekat aku! Luah hati Ailee.

Air matanya makin deras membasahi pipi dan tudungnya. Kepalanya sudah tertunduk.

"Kau okay?"

Esakkan Ailee berhenti. Dia amat kenal suara itu. Tak lain, tak bukan mestilah Mr. Honeydew.

Ailee mengankat sedikit mukanya. Dia nampak sehelai tisu yang sedang dihulur oleh Honeydew. Dia menyambutnya perlahan. Kemudian Honeydew membetulkan posisinya dan bergerak sedikit kebelakang. Dia sedang bercangkung.

"Terima kasih." Ucap Ailee lancar. Dia sudah tidak gagap lagi.

Honeydew tersenyum menampakkan barisan giginya yang putih dan comel. Hati Ailee melting. Dia menundukkan kembali pandangannya.

"Aku sebenarnya tak kisah pon kalau satu sekolah pun tahu kau suka kat aku." Terang Honeydew, niatnya hanya ingin mententeramkan hati Ailee. Ailee hanya berdiam diri.

Memanglah awak tak kisah, bukan awak yang suka saya, saya yang suka awak! Mana nak letak muka tahan malu nih! Nak sahaja Ailee berkata begitu. Walau apa pun, dia tak akan maafkan Tempe. Hatinya geram.

"Diorang gelakkan kau sebab diorang ingat kau bertepuk sebelah tangan. Tapi jangan risau, aku dah cakap yang kau tak." Terang Honeydew ringkas, cuba menenangkan hati Ailee lagi.

Tersentak Ailee
Hatinya berdegup kencang. Dia tidak salah dengar kan? Honeydew kata dia tak bertepuk sebelah tangan? Omg.










● end
_______

xo , dina

My Mr. Honeydew ! Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt