• limabelas •

2.6K 118 5
                                    


  Honeydew masih memikirkan apa yang dia patut lakukan.

Akhirnya dia memilih untuk memberitahu Ailee perasaan sebenar dia. Mana tahu, mungkin Ailee berbeza. Mungkin Ailee tidak mudah terpikat seperti Lynn.
Padanya, kepecayaan sangat penting. Dia percaya dan berharap agar Ailee dapat menerimanya dan memaafkannya. Dia tekad.




◆◆◆




Honeydew berjalan dibelakang Tempe, mengikut setiap langakahnya. Hari ini dia mengenakan baju t-shirt berlengan panjang yang dilipat hingga paras siku dan jam tangan jenama Nautica bewarna merah di pergelangan tangan kirinya. Membuatkannya tampak segak dan smart. Rambutnya juga disikat tepi dengan kemas, menyerlahkan gaya lelakinya.

Hatinya berdebar.

dup...dap...dup...dap...dup...dap

Sejambak bunga yang dibawanya, dipegang kemas. Tatkala pintu wad terbuka, hatinya bergetar hebat.

Ailee sedang baring di atas katil wad. Dia nampak lesu. Hati Honeydew mula dipaut rasa bersalah.

Ailee terkejut bila Tempe tiba-tiba masuk ke dalam wadnya. Lagi terkejut bila Honeydew muncul dari belakang Tempe. Cepat-cepat dia menyarung tudung sarung ke kepalanya.

Ibu Ailee sudah keluar untuk balik ke rumah sekejap. Mengambil barang. Dia tidak risau sangat, kerana dia tahu Tempe akan datang.

Suasana di dalam wad menjadi sunyi sepi. Banyaknya malaikat yang lalu. Kata hati Ailee.

"Errmmm.." kata Tempe, ingin memulakan perbualan.

"Mana kawan-kawan Sha? Kata nak datang." Tanya Ailee. Dia agak kecewa.

"Ohh, diorang tak boleh datang. Ada kelas tambahan Bahasa Arab katanya." Terang Tempe perlahan.

"Ermm...aku nak beli makanan kat bawah jap. Bro, tolong tengok-tengokkan dia eh." Kata Tempe sambil tangannya menepuk bahu kanan Honeydew. Dia juga memberi signal kepada Honeydew.

Tempe memulas tombol pintu wad Ailee dan berlalu keluar. Suasana di dalam wad menjadi lebih sunyi, seperti tiada orang langsung.

Tiba-tiba Honeydew bangun dari sofa yang disediakan di situ dan menghulurkan sejambak bunga yang telah lama dipegangnya. Naik berpeluh tangannya memegang bunga itu.

"Ni untuk kau, semoga cepat sembuh." Kata Honeydew memberikan senyuman yang paling cute sekali di mata Ailee.

Ailee terharu. Dia hampir menitiskan air mata. Orang lain yang melawatnya pun tak pernah bagi bunga.

Apakah semua ini? Dia buat aku lagi suka kat dia adalah. Macam mana aku nak lupakan dia. Macam mana nak hapuskan perasaan ni? Kata hati Ailee. Sungguh dia keliru. Adakah Honeydew sengaja ingin memainkan perasaannya atau dia yang perasan lebih?

"Aku ada benda nak cakap dengan kau. Kali ni jujur dari hati aku." Kata Honeydew.

Ailee terfikir. Sebelum ni dia tak jujur ke?

"Sebernanya, aku memang ada perasaan kat kau. Aku pun tak tahu apa. Tapi setiap hari aku rindu kau. Mana aku pergi aku nampak kau. Mungkin, aku dah suka kat kau atau lebih dari tu." Kata Honeydew berterus terang. Matanya tidak memandang Ailee kerana malu.

Ailee tersentak.

"Aku menyesal hantar mesej tu kat kau. Serious. Aku buat macam tu sebab ... erm aku takut kau ... erm takpelah. Tapi, serious aku menyesal. Aku tahu kau mesti terluka sangat-sangat. Jujur, aku pun terluka jugak. Aku rindu kau." Terang Honeydew panjang lebar. Matanya merenung tepat anak mata Ailee.

"Aku mintak maaf sebab selalu lukakan kau." Ucap Honeydew.

Ailee mengangguk perlahan.

"Awak tak salah pun." Kedengaran sayup suara Ailee. Suaranya sedikit serak. Dia berdehem sedikit.

"Awak nak saya buat apa?" Tanya Ailee merenung tepat ke anak mata Honeydew.

"Tolong maafkan saya dan jangan lupakan saya? Jadi milik saya?" Balas Honeydew.













● end
_______

xo , dina

My Mr. Honeydew ! Where stories live. Discover now