• lima •

3.7K 142 2
                                    


  Akhirnya, hujung minggu tiba! Azrin, Shuhada, Irdina, Ainnur dan Yasmin akan sleepover di rumah Ailee. Tambahan lagi hari Isnin dan Selasa cuti peristiwa, bolehlah mereka outing ke Marina Mall hari Isnin nanti. Dini dan ibunya, Teacher Asha sudah berjanji untuk membawa mereka pergi ke Marina Mall bersama-sama!

"Fuhh....segarnya!" Kata Yasmin yang baru sahaja keluar dari bilik air. Dia mengelap rambutnya yang paras bahu itu.

"Yeay...Yas dah keluar, Shuhada pulak!" Kata Shuhada gembira. Dah lama dia menunggu gilirannya untuk mandi. Badannya terasa melekit dan tidak selesa.

Shuhada menutup pintu bilik air dan menguncinya. Yasmin pula masih sibuk mengeringkan rambutnya.
Ailee, Azrin, Irdina dan Ainnur yang sudah lama mandi bergelak ketawa di atas katil bersaiz queen milik Ailee.

"Apa yang korang gelakkan ni." Tanya Yasmin penuh minat.

"Kitorang tengah cerita pasal hari isnin nanti, tiba-tiba Dina ni buat lawak bodoh sebab tangan aku sejuk." Jawab Ailee dengan tawa yang masih berbaki.

"Dina cakap aku berdarah sejuk, and aku boleh bertelur just dengan mengawan. Kawan jer dah boleh bertelur." Terang Ailee sambil gelak.

Yasmin turut gelak mendengar penjelasan Ailee.

"Haha bertelur! Bertelur!" Gelak Yasmin.

Yasmin turut duduk di atas katil queen Ailee selepas dia menyidai tualanya. Mereka menyambung cerita diikuti dengan gelak ketawa.

5 minit kemudian, Shuhada keluar dari bilik air dengan aroma yang menyegarkan.

"Lega, Shu?" Tanya Ainnur dengan senyuman terukir dibibirnya.

"Legaaaa...sangat!" Jawab Shuhada. Nampak kesegarannya di situ.

Oleh disebabkan ayah Ailee outstation dan adik Ailee pula mengikuti aktiviti perkhemahan di sekolahnya, mereka berlima bebas berkeliaran di dalam rumah Ailee tanpa perlu memakai tudung.

Tepat pukul lapan setengah malam, Ailee dan kawan-kawannya makan malam bersama ibu Ailee. Hidangannya agak ringkas kerana keluarga Ailee tidak makan banyak pada waktu malam. Jaga badan katanya. Selesai makan mereka membantu ibu Ailee mengemas meja makan dan membasuh pinggan. Yelah...dah tumpang rumah orang kan!

Selesai menolong ibu Ailee mengemas, mereka semua masuk semula kedalam bilik Ailee.

Ainnur dan Azrin membentang tilam di sebelah katil Ailee dan mengalasnya dengan toto bercorak bunga-bungaan dan bewarna ceria. Kemudian mereka menyusun bantal dan selimut yang baru sahaja dikeluarkan dari almari oleh ibu Ailee.

Yasmin dan Shuhada pula menyusun beg-beg baju mereka semua di tepi dinding yang bertingkap dan ditutupi langsir bewarna lembut dan bercorak ringkas. Irdina pula di dalam bilik air. Menunaikan hajat. Mungkin sebab makan terlalu banyak tadi.

Ailee yang dari tadi duduk di atas katil sedang berbalas mesej dengan ayahnya tersentak apabila ibunya memanggil namanya dari tingkat bawah.

"Aleeshaaa!!" Jerit ibu Ailee.

"Nak apa, bu?" Tanya Ailee dengan menjerit kembali.

"Turun jap, Ridhuan datang ni hah, nak jumpa." Jerit ibu Ailee semula.

"Ridhuan? Tempe? Buat apa dia nak jumpa aku malam-malam buta nih?" Soalan demi soalan muncul dalam fikiran Ailee.

Tanpa membuang masa, Ailee menyarung instant shawl dan jaketnya lalu berjalan menuruni tangga dengan agak laju. Sampai di ruang tamu, Ailee melihat Tempe dengan dahi yang berkerut.

"Kau nak apa nih, cepat sikit." Terang Ailee. Dia tidak mahu kawan-kawannya menunggu di atas.

"Aku nak kau." Jawab Tempe selamba.

"What?" Soal Ailee agak terkejut dengan jawapan Tempe. Nasib baik ibu Ailee dah masuk dalam bilik, kalau tidak......







● end
______________________________________

xo , dina

My Mr. Honeydew ! Where stories live. Discover now