• sebelas •

2.6K 128 3
                                    

 
  "Kau jangan risau, diorang dah tak gelakkan kau dah." Kata Honeydew lembut.

Honeydew mengambil tisu dari tangan Ailee dan mengesat air mata di pipi Ailee dengan lembut dan perlahan.

Cantinknya mata, bulat, besar. Kata hati Honeydew. Dia tersengih sekali lagi. Menunjukkan barisan giginya yang tidak rata tetapi amat comel.

Kyaaaaaaahhh..Mr. Honeydew, what are you doing? Bisik hati Ailee. Hatinya berdebar sakan. Mata Honeydew memandang tepat ke arah anak matanya. Dia menundukkan pandangan.

Honeydew mencapai cermin mata Ailee yang terletak di tepi sebuah pasu bunga lalu menghulurkannya kepada Ailee. Bibirnya masih mengukir senyum. Hatinya terasa sesuatu.

Ailee menyambut cermin mata itu, lalu menyarungnya. Tangisannya amat sukar untuk pulih jika dia terluka.
Tetapi entah kenapa bila Honeydew yang memujuknya tangisannya terus berhenti. Ailee amat terharu. Terasa seperti dia dilindungi dan akan sentiasa selamat bersama Honeydew.

Honeydew pula tertanya-tanya. Entah kenapa bila Ailee melanggar bahunya, dia tidak ada rasa sikit pun hendak marah. Dengan keadaan Ailee yang menutup mukanya dengan tangan. Dia tahu yang Ailee malu. Dia boleh nampak kemerahan pada muka Ailee waktu itu. Entah kenapa gerak hatinya memaksa dia untuk melindungi gadis itu.

Apabila Ailee duduk menangis di tepi pasu-pasuan itu, Honeydew hanya memerhati. Lama dia bertenggek di tepi pintu belakang itu. Hatinya berbolak-balik sama ada mahu pergi menolong Ailee atau hanya biarkan sahaja dia meluah segala perasaannya.
Akhirnya dia mengambil keputusan untuk mengambil beberapa helai tisu dan pergi memujuk Ailee apabila tangisan Ailee tidak reda malah makin deras.

Honeydew risau, takut mata Ailee bengkak. Macam-macam dia cakap untuk menenangkan hati Ailee. Sekurang-kurangnya dia berjaya memberhentikan tangisan Ailee.

"Jomlah, nanti kawan-kawan kau cari pulak." Ajak Honeydew lembut.

Ailee hanya menurut segala perintah.

Honeydew membawa Ailee masuk ke dapur hingga mereka bertembung dengan Irdina.

"Ehh kenapa ni?" Soal Irdina panik apabila melihat mata Ailee sudah sedikit bengkak.

"Dia nangis kat belakang tadi, akulah pujuk dia. Aku cari korang tak jumpa." Jelas Honeydew. Sebernanya dia tidak cari pun.

"Kenapa dia nangis?" Soal Irdina lagi. Tangannya mengurut-urut belakang Ailee. "Kau okay?" Tanya Irdina lagi.

"Ridwan la, buli dia. Kesian dia." Terang Honeydew sambil memandang ke arah Ailee.

"Dia dah okey sikit kot, sebab aku yang pujuk dia." Terang Honeydew sempat lagi memuji diri sendiri. Dia tersenyum lagi.

"Kau bawak lah dia naik atas, rehat." Arah Honeydew.

Irdina hanya menturuti arahannya. Dia memimpin Ailee ke atas hingga ke dalam bilik yang Mak long benarkan mereka guna untuk rehat atau solat. Ailee baring di atas katil single yang disediakan dalam bilik itu

Ailee menutup mukanya dengan bantal. Dia memberi signal kepada Irdina untuk meninggalkannya bersendirian. Irdina menutup pintu bilik tersebut dan berjalan menuruni tangga. Dia perlu segera memberi tahu kawan-kawannya yang lain.



◆◆◆



"Wehh, kenapa kau buat macam tu dekat Ailee? Dia kan sepupu kau!" Marah Honeydew.

"Cehh wah, sebab dia kau nak marah aku? Kau sanggup marah best friend kau sendiri? Tak payah nak jadi 'Prince Charming' sangat lah." Balas Tempe.

"Kau ni tak kenang budi langsung! Dia tolong mak kau masak untuk majlis ni tau! Nasib kau baik, sebab kita kat rumah kau, kalau tak...dah lama kau kena ngan aku." Marah Honeydew lagi. Ayat terakhir itu dibisiknya.

"Kau nak cakap yang kau dah suka kat dia lah ? Ahahahahahaha ... cepatnya kau move on dari Lynn. Heh .... dasar playboy! Memang patut Lynn tinggalkan kau!" Balas Tempe pedas.

"Kau jangan sebut lagi nama tu." Honeydew memberi amaran.

"Kenapa? Takut semua orang tahu Lynn tinggalkan kau?! Hah?! Jawablah!" Jerit Tempe.

Nasib baik mereka di tempat yang agak tersorok. Senang hati menjerit-jerit.

Honeydew tidak boleh mengawal perasaannya lagi. Sebuah penumbuk hinggap pada muka Tempe.

Mereka bertumbuk-tumbukkan tanpa sedar seseorang yang memerhati dengan tekun aksi-aksi mereka dari tingkap bilik tetamu di tingkat atas rumah Tempe. Yup. Adhyatul Aleesha.







● end
_______

xo , dina

My Mr. Honeydew ! Where stories live. Discover now