• tujuh •

2.8K 133 0
                                    

 
  Azrin mengangkat selimut yang mentupi tepi katil Ailee. Dia menundukkan kepalanya.

"Woii...apa kau buat bawah ni." Jerit Azrin diiringi ketawa. Pantas mereka semua berlari ke arah tepi katil, di mana Azrin duduk.

Irdina sedang tidur, di bawah katil Ailee. Muat pulak dia baring bawah tu. Bisik hati Yasmin. Dia ketawa. Ainnur mengejutkan Irdina. Irdina yang terjaga mengangkat kepalanya, namun terhantuk pada dasar katil Ailee.

"Aduhh!!" adu Irdina.

Mereka semua tertawa.

"Tulah...siapa suruh kau tidur bawah ni." Kata Shuhada sambil ketawa.

"Heeee....aku panaslah..aku kan berdarah panas...tak bertelur macam Ailee....lantai ni sejuk, best. Area lain semua ada carpet. Aku pun baring la sekejap kat bawah ni. Tak tahu macam mana aku boleh tertidur pulak." Jelas Irdina sambil mengeluarkan badannya itu dari bawah katil Ailee.

"Lah tak cakap." Kata Ailee sambil gelak. Dia mengambil remote aircond dan menekan butang on.

"Okeyh, apa aku miss tadi." Kata Irdina memandang Azrin.

"Tadi Honeydew mesej Ailee." Terang Azrin dengan senyuman provoke. Dia menjeling ke arah seketika.

"Fuyoohh." Kata Irdina. Mulutnya membentuk huruf 'O'. Matanya sudah segar bugar.

"Wuuuuuuuuu.." provoke Shuhada. Yasmin dan Ainnur pun join sekali.

Ailee melihat telefon pintarnya kembali. Dia ingin membalas mesej Honeydew. Tadi hasratnya itu dibatalkan kerana kehilangan Irdina.


Mr. Honeydew
_________________

Kau pergi tak majlis hari jadi Ridhuan nanti?
9.45 pm ✔✔

Yup. Dengan kawan-kawan sekali. Kenapa?
9.46 pm ✔


Ailee kagum dengan keberaniannya membalas mesej Honeydew. Sejak bersua muka haritu, Ailee tidak rasa janggal untuk berbual dengan Honeydew. Tapi hanya dalam whatsapp. Kalau face to face macam haritu rasanya Ailee boleh dapat heart attack.

Seketika, lagu Dope by BTS memeriahkan suasana di dalam bilik Ailee. Tetapi mereka tidaklah buka kuat mana kerana takut mengganggu ibu Ailee di tingkat bawah.

Shuhada, Azrin, Yasmin dan Irdina sedang menari tarian lagu tersebut. Penuh semangat.
Walaupun tak seperfect BTS, asalkan mereka gembira sudah cukup buat Ailee.
Kemudian Ailee join mereka apabila lagu Boy In Luv by BTS pula bergema.
Meningglkan telefonnya di atas katil dan tidak perasan ada mesej yang masuk.
Ainnur hanya duduk di atas katil, menikmati persembahan mereka. Ainnur tidak layan k-pop sangat. Dia hanya tahu lagu A-Pink, Girls Generation, G.na, Girl's Day dan After School.

Malam mereka dihiasi dengan warna-warna yang ceria. Tepat pukul sebelas setengah malam mereka lena dibuai mimpi.







● end
________

xo , dina

My Mr. Honeydew ! Where stories live. Discover now