• enam •

2.8K 132 3
                                    


"Aku nak kau." Ulang Tempe.

Mulut Ailee sedikit ternganga.

"Apa yang kau merepek malam-malam buta nih...Ya Allah..." keluh Ailee.

Tempe membuat evil smile. Kemudian dia ketawa sendiri.

"Kau mesti terkejut kan? Sebernanya aku nak kau.....tolong aku." Jelas Tempe dengan tawa yang masih berbaki.

"Hmmm...kau nak aku tolong apa?" Tanya Ailee sedikit menjerit. Dia sakit hati kerana ditertawakan oleh Tempe.

"Tolong hadir kat majlis hari jadi aku nanti. Aku buat majlis ni untuk kawan kelas aku jer. Orang dewasa tak ada." Terang Tempe.

"Dah tu kenapa pulak aku kena datang? Aku budak kelas kau ke?" Soal Ailee hairan.

"Kau nih, lembap betul lah. Kan aku dah cakap dekat majlis tu nanti ada bebudak kelas aku. Mestilah Honeydew kau tu pun ada sekali. Kau tak rasa aku ni baik hati ke? Sanggup datang sini nak jemput kau? Sebab nak bagi kau peluang dengan dia?" Terang Tempe.

Barulah Ailee faham. Tapi otaknya mengatakan bahawa jika dia jumpa Honeydew di situ, suasana akan jadi sangat tegang.

"Kau tak datang siap! Penat aku naik motor datang sini sebab nak jemput kau." Ugut Tempe. Otaknya bersorak gembira. Plan A. Succeed!

"Hek eleh nak ugut aku pulak. Siapa suruh kau datang? Kenapa tak mesej je?" Kata Ailee tidak puas hati. Nak main ugut-ugut pulak.

"Kredit aku dah habis la. Kalau tak dah lama aku mesej kau. Eh...jangan lupa bawak sekali kawan-kawan kau tu. Datang sorang-sorang karang malu pulak." Jelas Tempe. Otaknya bersorak kemenangan. "Habislah kau, Ailee." Bisik hatinya jahat.

Selepas Tempe pergi, Ailee mengerling ke arah jam dinding yang terletak cantik di dinding berwallpaper modern itu. Jam menunjukkan pukul sembilan suku. Laju Ailee melangkah anak tangga demi anak tangga untuk naik ke atas.

Ailee memulas tombol pintu biliknya yang tertutup rapat.

Kawan-kawannya semua sedang berkumpul dalam bulatan di atas tilam yang dihamparkan di sebelah katil queen Ailee.

Ailee berjalan perlahan ke arah mereka. Tudung dikepala dibuka dan digantung kemas. Jaketnya pula disangkut pada penyangkut di belakang pintu biliknya.

"Ehh..Ailee!" Kata Azrin. Semua orang di situ memandang ke arahnya dengan senyum yang pelik.

"Untung la...crush mesej." kata Ainnur dengan senyuman meleret terukir dibirnya.

Ailee memandang Ainnur dengan dahi berkerut.

"Meh la sini Ailee." Pelawa Azrin.

Ailee berjalan perlahan ke arah mereka. Mereka semua tersenyum memerli. Shuhada menghulurkan fon Ailee kepada Ailee.

Ailee menyambut dengan selamba. Dia membaca apa yang tertera di skrin telefonnya.

"Owemgee...it's Mr. Honeydew !" Kata Ailee dengan mulut yang terlopong. Kawan-kawannya yang duduk di situ melepaskan ketawa yang dari tadi ditahan.

Ailee melihat wajah kawan-kawannya satu persatu.

"Ehh kejap." Kata Ailee.

"1...2...3...4." Kira Ailee.

"Wehh Dina mana?" Soal Ailee sedikit panik. Kawan-kawannya memusingkan kepala mereka melihat sekeliling. Mencari Irdina. Namun kelibatnya tiada di dalam bilik.

Yasmin memulas pintu bilik air. Kosong.

"Mana pulak pergi si Dina nih." Rungut Ainnur.








● end
_______

xo , dina

My Mr. Honeydew ! Where stories live. Discover now