• sembilan •

2.9K 125 6
                                    


  Ailee menyuapkan sekeping sandwich telur ke dalam mulutnya. Matanya ralit memerhatikan tasik buatan yang terbentang luas.

Cantik. Bisik hatinya.

Shuhada yang duduk di sebelahnya sibuk bermain game di dalam telefon bimbitnya. Yang lain pergi sambung main basikal lepas makan.

Ailee membuat keputusan untuk makan di atas bench yang berdekatan dengan tasik, kerana jika Honeydew makan di hadapannya, dia tidak akan makan tetapi merenung Honeydew.

Dan utuk mengelakkan daripada dikantoi merenung crush oleh ibunya, dia terpaksa buat begitu. Kalau ikutkan hati nak saja dia duduk di situ, melihat Honeydew makan sepanjang hari. Ailee mengeluh.

Shuhada yang disebelah Ailee menutup aplikasi gamenya itu dan menoleh ke arah Ailee.

Dia ni macam sedih je aku tengok. Kata hati Shuhada.

"Aleesha, Shuhada! Jom...kawan-kawan kamu nak balik dah ni, Ridwan pun nak balik ni." Teriak ibu Ailee.

Ailee memusingkan kepalanya kebelakang. Dia nampak ibunya sedang berkemas.

"Wehh, jomlah..ibu kau dah panggil tu." Ajak Shuhada.

Mereka bangun dari situ dan berjalan ke arah ibu Ailee perlahan.

"Mak Ngah, Ridwan balik dulu. Terima kasih bagi makan." Ucap Tempe sambil tersenyum. Dia mengucup tangan ibu Ailee dan kemudian diikuti oleh Honeydew.

Hati Ailee cair melihat kelembutan Honeydew sewaktu mencium tangan ibunya dan sewaktu dia senyum, menunjukkan barisan gigi yang comel.

Azrin menutup pintu kereta lalu keretu itu bergerak meninggalkan taman bebas tersebut.

Di dalam kereta, Ailee membuka telefon pintarnya, selepas dia membalas mesej Honeydewnya semalam, dia langsung tidak melihat fonnya.
Ailee membuka aplikasi whatsapp apabila ada mesej masuk. Oh, Honeydew dah balas. Bisik hatinya.


Mr. Honeydew
_________________

Saja je tanya. Adalah suprise.
10.48 pm ✔✔



Apakah semua ini? Bisik hati Ailee. Honeydew ni ada perasaan kat aku ke? Soal hatinya.
Kalau ada bagus jugak, tapi kalau dia main-main ... Ailee mengeluh berat.

Dia tahu Honeydew memang tidak sukakannya. Memang tak lah dia nak suka kat aku, dalam mimpi bolehlah Adhyatul Aleesha! Kata hatinya pada diri sendiri.

Sesekali Ailee memandang ke tingkap keretanya, melihat Honeydew yang sedang menunggang motor, diikuti Tempe di belakangnya. Di sebabkan mereka sehaluan, mereka melalui jalan yang sama. Rumah mereka pun dalam bandar yang sama, taman perumahan je lain. Tetapi, ibu Ailee ingin singgah ke Aeon. Jadi mereka akan terpisah.

"Dorawajo, I want you back, back, back, back, back, back, back, back, back, back." Lagu Back by Infinite dinyanyi oleh Yasmin dan ibu Ailee. Ibu Ailee memang peminat Infinite.

"Dorawa, Yeaaaaaaaahhhhh yeaahhhhh ( I want you back, back, back, back, back. )" part highnote Woohyun dinyanyikan oleh Irdina yang bunyinya sudah seakan monyet menjerit manakala yang lain menyambung lagu.

Kereta mereka memasuki tempat parking Aeon. Selesai memakirkan kereta, Azrin membuka pintu di sebelahnya dan turun dengan pantas. Excited agaknya. Shuhada turun selepas Azrin, diikuti Ainnur. Yasmin dan Irdina pula turun di pintu sebelah Ailee.

Ibu Ailee membeli sedikit barang dapur. Ailee pula dapat eyeliner baru! Yang lain hanya cuci mata, duit sudah banyak pakai untuk menyewa basikal tadi.

Sampai di hadapan rumah Ailee, mereka turun dan menolong ibu Ailee mengangkat barang-barang yang dibelinya tadi masuk ke dalam rumah. Selepas menolong, mereka menyalin baju, solat zohor kemudian membuat projek Sains yang diberi oleh Cikgu Rosemina hari Jumaat lepas. Hari mereka dihabiskan dengan membuat projek Sains dan menyiapkan kerja sekolah.

Keesokkan harinya, mereka perlu hadir ke majlis hari jadi Tempe. Jadi mereka mengambil keputusan untuk tidur sedikit awal. Ibu Ailer juga menyarankan supaya mereka pergi sedikit awal, bolehlah menolong kakaknya menyiapkan hidangan untuk majlis. Ibu Ailee tidak boleh tolong kerana dia ada appointment dengan doktor.

Selepas solat Isya' , tepat pukul sembilan malam, seisi rumah lena dibuai mimpi indah.









● end
________

xo , dina

My Mr. Honeydew ! Where stories live. Discover now