C1 : Sehelai Kain

7K 534 71
                                    

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Kali ni, aku rasa tergerak hati nak cakap pasal niqabis, purdanis dan burqanis. Mungkin budak tudung labuh pun akan terselit sama dalam artikel ni. Jadi baca dengan hati yang terbuka. Tak mau melenting naa.

Semakin hari aku perhati, bila bukak je laman sosial, asyik-asyik muslimah-muslimah berniqab je jadi isu. Berlainan dengan isu harga minyak naik, kangkung dan cadbury, isu ni tak pernah surut. Kalau boleh tiap masa akan ada orang yang update tentang niqabis. Itupun kalau korang perasan lah. Tapi bagi yang masih tak masuk dunia tarbiah, kat timeline korang banyak sangat promoter tak berbayar dan budak-budak 'hot'. Am I right? Masalah tu aku akan bahas lain kali.

Jadi aku rasa aku memang ditakdirkan untuk bagi pendapat aku sendiri tentang muslimah sekarang. Agak susah nak buat pendahuluan. Sebab aku ni bukannya pandai sangat buat ayat manis pujuk rayu bagai. So kita start dengan makna NIQABIS yang masih ramai tak tahu.

Niqabis ni maksudnya orang yang pakai niqab. Orang Malaysia panggil purdah. Ekceli sama je. Niqab dalam bahasa arab, purdah pulak bahasa Melayu. Tapi ada sesetengah fahaman, depa fikir purdah ni yang separuh tak tutup dahi manakala niqab pula tutup semua kecuali mata. Err tak kisah lah yang penting korang dah tahu niqab tu apa.

Berbalik kepada post-post yang berkaitan dengan niqabis tadi, kebanyakannya post yang berunsur kutukan dan hinaan yang aku selalu terbaca. Itu yang buat aku marah setiap kali baca post depa. Kalau aku ni naga, telinga aku dah berasap time tu jugak. Dan dalam isu kutuk mengutuk ni, sama ada salah niqabis ataupun tuan punya akaun yang kutuk tu aku tak tahulah. Sebab bagi aku dua-dua salah.

Apa tujuan berniqab sebenarnya? Siapa tahu, angkat tangan dan jawab dalam hati. Tujuan berniqab adalah untuk mengelakkan fitnah bukan? Dan hukum memakainya adalah sunat.

Lagi satu soalan. Niqab adalah pakaian Saidatina Fatimah. Jadi kenapa korang memainkan pakaian beliau? Orang yang tahu niat asal berniqab tak akan upload gambar dia sesuka hati. Kalau boleh setiap hari, sekeping gambar dengan caption ala-ala islamik. Kata nak mengelak fitnah dan tidak mahu dipandang? Jadi apa motif korang upload gambar dengan mata yang menggoda sambil mengharap komen daripada lelaki ajnabi yang berserban dan janggut sejemput? Cuba terangkan dekat aku supaya kekeliruan ini tak kan berterusan. Haa jawab jawab.

"Macam mana kami nak berdakwah kalau tak post gambar? Mana tahu bila ada orang tengok gambar kami yang berniqab, mereka akan tergerak hati untuk menutup aurat."

Heh. Jawapan yang sudah lali aku dengar dari mulut niqabis sekarang. Tiada istilah post gambar sendiri untuk berdakwah. Kalau ada, kenapa isteri-isteri para ulama tak melakukan perkara yang sama?

Pengalaman aku sendiri, aku ada kawan. Baru start berhijrah. Tak lama tu dia kata nak berniqab sebab suka tengok niqabis upload gambar kat instagram. Nak tahu apa jadi? Dia berniqab dan upload gambar. Walhal sikapnya masih tak berubah. Sama macam dulu. Kemudian, ada seorang kawan sekelas dia yang ikhtilat terbabas, aurat terdedah, dia kata nak ikut pakai niqab jugak. Dalam masa yang sama, kawan aku ni jual niqab dan kawan dia tu nak beli dari dia. Aku tanya kawan aku tu,
"Kau tak suruh dia tutup aurat sempurna dulu ke? Pakai tudung labuh dulu ke?"

Dan kawan aku jawab, budak tu tak nak. Aku tanya lagi,
"Jadi kau masih nak jual niqab dekat dia?"

Angguk. Aku rasa nak menangis kat situ jugak. Pelik kan orang yang tak tutup aurat sempurna lepastu pakai niqab? Jelas penghinaan kat situ. Sebab dia fikir niqab ni tak macam pakaian sunnah, sebaliknya macam sehelai kain yang boleh dibuka tutup suka hati. See? Korang berniqab dan upload gambar dengan niat nak berdakwah, tapi hakikatnya korang dah meracuni fikiran orang lain dan menjadi contoh yang tak baik untuk mereka.

Pesanan Dari Si GadisWhere stories live. Discover now