C11 : APA ITU UJIAN?

549 43 3
                                    

Ujian itu bukan sesuatu yang sia-sia. Kerana setiap ujian terkandung pelajaran yang kelak kau akan berterima kasih pada Tuhan.

Ujian itu bukan melemahkan. Kerana setiap ujian menguatkan iman yang sedia ada. Buktinya, bila kau jatuh kerana ujian kau mampu bangun semula, kan? Bukankah itu tanda ia menguatkan?

Ujian itu bukan sekadar rencah kehidupan. Maknanya, ujian bukan sekadar menjadikan kehidupan kau lebih mencabar, tetapi ia lebih dari itu. Kerana tanpa ujian, kau tak akan kenal Pencipta.

Ujian itu bukan menjadikan kau seorang yang gopoh. Kerana di setiap ujian yang mencabar, kau belajar untuk sabar dan redha. Bagaimana? Sabar apabila diuji. Kelak bila datang ujian yang sama, kau tahu apa perlu kau lakukan. Kemudian, redha jika ujian itu dalam bentuk kehilangan orang tersayang. Kerana kau tahu kita semua milik Allah.

Hah, ujian juga bukan sekadar menguji kepandaian. Misalnya ujian yakni peperiksaan yang menjadi nighmare bagi penuntut ilmu. Ujian itu ingin menguji kefahaman terhadap ilmu yang dipelajari. Jika belajar kerana exam semata-mata maka keputusan yang diperoleh tidak akan memuaskan hati. Tetapi jika belajar kerana ilmu, setiap ilmu itu berkat dan akan diberi kefahaman.

Kesimpulannya, ujian itu menjadikan kita mukmin sejati. Seorang muslim jika tidak diuji, bagaimana mahu menjadi mukmin sejati? Jika tidak diuji maka syurga tiada nilainya.

Bila diberi ujian; ucap syukur kerana itu tanda Tuhan cinta.

-HA

Pesanan Dari Si GadisWhere stories live. Discover now