C4 : Zikir Kotor

2.9K 244 14
                                    

"Keknis. Nak tanya satu soalan boleh?"

Anda baru je tanya.

"Serius la nak tanya ni." *kerek*

Okay, shoot.

"Nak aku tembak betul-betul ke?"

*jeling*

"Okay, maaf. Nak tanya ni. Kenapa ada orang panggil anda as Keknis? Adakah anda sejenis kek berperisa baharu atauuu...?"

Mula-mula ada seorang adik usrah panggil. Then semua terikut panggil aku dengan nama tu. Yalah, sekarang kan nama samaran Kek memang sedang popular dan meningkat naik mengalahkan gosip para artis sahaja gayanya. Eh?

"Ohhh.... I see. Tapi misalnya nama aku Tam dan ditukar kepada nama kek seperti anda, bunyinya mesti seperti ini; Kektam. Betul tak?"

Macam ketam sahaja bunyinya. Haha!

"Cis! Kata-kata anda sangat melukai hati aku..."

Nak aku tampal plaster tak?

"Forget it. Aku ada satu lagi soalan."

Shoot.

"Anda tak kisah orang panggil anda Keknis? Adakah nama itu mempunyai maksud yang baik? Bukan kah kata-kata itu satu doa?"

Kenapa aku mesti ambil kisah? Selagi mereka panggil dengan nama yang tidak membawa maksud yang buruk, aku langsung tak kisah.

"Sportingnya Keknis ni. Sudah terlajak kita naik perahu ni, anda ada komen tak pasal orang yang suka mencarut seperti aku?"

Yang naik perahu itu anda. Aku naik kapal selam. Haha.

Okay serius. Mencarut. Apa anda dapat kalau anda mencarut?

Mulut anda akan seharum bunga kasturi kah? Atau bunga mawar? Atau lavender? Atau sewangi pewangi yang berjenama terkenal?

Langsung tak! Jika ada yang mengimpikan mulut yang wangi seperti yang aku katakan tadi, mohon padamkan angan-angan anda yang setinggi KLCC itu!

"Amboi, penat-penat aku mencipta angan-angan, suka jiwa anda sahaja suruh aku padamkan. Aku sudah biasa mencarut. Memang tak boleh ubah!"

Hei, hei! Mana ada perkara yang mustahil dalam dunia ni. Anda dah usaha untuk tak mencarut?

"Dah, macam-macam cara. Tapi mulut aku tetap keluarkan kata-kata kesat semua tu. Sia-sia!"

Cara apa?

"Setiap kali aku rasa nak mencarut, aku tutup mulut. Kalau tak berjaya, aku gigit benda. Atau aku sumbat mulut aku dengan coklat Cadbury banyak-banyak. Haha!"

Pfftt! Anda rasa berbaloi ke usaha anda tu?

"Err...tak..."

Anda mesti makan ubat.

"Aik? Ada ke ubat untuk mencegah pencarutan? Kehkeh!"

Ada. Zikir dan Istighfar.

Kau tak payah susah-susah dah lepas ni. Kau hanya perlu gerakkan bibir sambil berzikir. Senang sangat, kan? Nak goreng kacang pun tak sesenang itu.

Cubalah, serius bila kau dah selalu sebut nama Allah, kau jadi malu nak keluarkan kata-kata kesat yang boleh membusukkan mulut kau.

Ya, mungkin bagi kau mencarut itu perkara biasa yang selalu dilakukan oleh remaja kini. Kononnya kalau tak mencarut, tak cool. Eh, ada ke kau nampak orang soleh wa solehah mencarut? Hah, mereka yang tak mencarut itu nampak cool wa gempak je aku tengok. Entah sudah setinggi mana agaknya pahala yang mereka dah kumpul. Sedangkan kau, hanya tahu mengumpulkan dosa dengan carutan.

Kita ni manusia yang tak tahu erti syukur. Allah dah bagi mulut untuk bercakap, tapi kita guna untuk bercakap perkara yang bukan-bukan. Cuba tengok orang yang bisu. Di lubuk hati mereka, bercakap adalah sesuatu yang sangat mereka impikan.

Kita ni, nak tunggu Allah tarik nikmat bercakap agaknya baru kenal apa itu senyap, macam mana nak berzikir, macam mana nak selawat, kan?

Honestly, dulu masa aku masih dalam dunia jahiliah, aku sangat-sangat tak suka mencarut. Jauh sekali nak dengar aku memperbodohkan orang. Sebab ustazah aku cakap, kalau kita mencarut dekat orang itu ini, apa yang kita carutkan tu kena dekat kita balik. Hah, padan muka.

Tapi ada juga aku sebut perkataan yang tak berapa sensitif sangat, tanpa tuju pada sesiapa pun. And one day, aku muhasabah diri bila ustazah aku cerita betapa besarnya pahala kalau banyak sebut nama Allah. Ustazah kata lagi, kalau selalu sebut nama Allah, tak mustahil di akhir hayat kita nanti, nama Dia yang terakhir kita tuturkan. Maknanya, senang lah kita nak ucap kalimah syahadah, di saat sakaratul maut tiba. Hei, ingat senang nak sebut kalimah syahadah bila nyawa tengah kena tarik?

So start hari tu, aku tanam azam tak nak cakap yang bukan-bukan. Sebab apa yang kita cakap dekat dunia ni, semua tu Allah akan soal. Wallahi, aku tak ada jawapan kenapa aku mencarut. Kau ada?

Kalau dulu setiap kali aku terkejut, "Oh mak kau!"

Tapi sekarang, "Astargfirullah!"

See? Tak susah, dah dapat pahala. Plus hilang satu bintik hitam dalam hati.

Bukan nak kata aku ni baik tak mencarut, cuma aku nak cakap jangan buat perkara yang sia-sia. Kau mencarut, dosa atau pahala yang bertambah?

Akhir kata, jangan jadikan carutan sebagai zikir kotor kita setiap saat dan minit yang Allah pinjamkan. Berzikirlah dengan sebenar-benar zikir. Lagi dapat pahala, Allah sayang!

"Terima kasih keknis. Sangat membantu dan membuat semangat aku berkobar-kobar nak berhenti mencarut! So, nak tanya last question. Can ah?"

Kasih diterima. Okay proceed.

"Keknis tengah dalam mood rajin, tak?"

Rajin jugalah sikit. Li maza?

"Sambung novel boleh? Lama dah tunggu!"

Erk. Puan Mama panggil lah. Salam alayk!

Pesanan Dari Si GadisKde žijí příběhy. Začni objevovat