NOTA PENULIS #1

181 23 3
                                    


Salam alayk! Lama saya tak update kan? Semalam saya mula kemaskini beberapa bab. Ada yang masih simpan buku ini di library ke? Jangan delete tau. InsyaAllah selagi bernafas serta diberi ilham dan idea, saya akan terus kemaskini dari semasa ke semasa.

Di musim wabak ini, saya mohon kalian duduk di rumah dan baca wattpad hehe. Semoga Allah pelihara kita dan keluarga dari sebarang penyakit aamiin! Jangan keluar jika tak ada kepentingan tau? Bantu barisan hadapan agar pesakit yang dijangkiti tidak bertambah sehingga kita berjaya memutuskan rantai penyebaran COVID19.

 Kita perlu lihat hikmah disebalik mengapa semua ini terjadi. Jangan kaitkan dengan konspirasi pula. Apa yang berlaku kita ambil sebagai pengajaran dan peringatan dari Allah. Dunia sudah terlalu penat dengan ragam manusia, menampung dosa-dosa kita serta maksiat yang berleluasa. Mungkin sekarang kita diberi kelapangan masa bersama ahli keluarga, bekerja dari rumah dan sebagainya. Tapi jangan biarkan kelapangan masa menjadikan kita lalai dan leka. Seharusnya kita isi masa dengan perkara yang bermanfaat, perbaiki apa yang kurang, mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Di saat kita merungut bosannya di rumah tak tahu nak buat apa. Ada pihak yang sedang bertungkus lumus bekerja demi memastikan keselamatan kita. Tiada istilah bosan bagi seorang Muslim. Banyak perkara bermanfaat kita boleh lakukan sekiranya kita gunakan masa dengan betul. Jangan hanya makan dan tidur saja.

Okey? Jaga diri, kerap basuh tangan, dan manfaatkan masa yang ada. Jangan lupa berdoa untuk keselamatan diri, keluarga dan orang lain.

Wassalam.

#juststayathome #dudukrumah #stayin #kitajagakita

p/s: jemput follow instagram saya @hanisalysa :)

Pesanan Dari Si GadisWhere stories live. Discover now