C19 : SALING MENJAGA AIB

233 27 0
                                    

Hari ini kita lihat manusia suka gali, selongkar dan tayangkan aib orang lain demi kepuasan diri sendiri. Ada juga manusia yang bak kata orang indonesia 'sok sok suci' menghentam seperti kita ni maksum tak buat dosa. Hanya Allah yang layak menghukum dan menetapkan syurga atau neraka tempat seseorang itu. Janganlah sibuk menhukum orang yang dah berubah sebab setiap orang ada zaman jahiliahnya.

Bila aib ketika zaman jahiliah itu terbongkar, ada pula manusia yang tak boleh terima lalu menghakimi orang itu seperti diri sendiri tak pernah buat dosa. Dengan adanya butang share, mudah sahaja aib yang diselongkar itu tersebar di pelosok dunia. Jika seseorang itu dah berubah, buat apa kita sibuk membuka kisah lamanya? Jika dia dah berhijab, buat apa kita sibuk berkongsi fotonya yang tidak menutup aurat?

"Kau tahu, dulu dia pelacur. Sekarang dah bertudung labuh. Munafik kan!"

"Dulu dia bukannya baik mana. Selalu ambil hak orang. Sekarang rasakanlah balasan Tuhan!"

Bab menghukum orang, kita nombor satu. Pangkat kita ni manusia biasa je. Kita semua hamba Allah. Jadi jangan ambil kerja Allah, menghukum manusia. Sedangkan Allah pun terima taubat kita, siapa kita tak terima orang lain nak berubah?

Apa kita dapat bila aibkan orang? Gembira? Puas hati? Dunia semua itu, sahabat. Rasa gembira itu tak akan kekal. Nak menjawab kat 'sana' lagi. Kita yang rugi dunia akhirat. Dosa dengan Allah boleh minta ampun terus pada Allah. Confirm Allah akan ampunkan. Tapi dosa dengan manusia? Boleh ke kita nak minta maaf seorang demi seorang yang kita dah cari fasal? Tak setel kat dunia, kat akhirat nanti kena cari mereka di padang mahsyar di mana lebih daripada berbillion manusia berkumpul menanti perhitungan! Mampukah kita? Ketika itu nak menyesal pun tak guna.

"Rasulullah SAW bersabda; setiap pengikutku akan diampunkan kecuali orang yang mendedahkan kesalahan mereka. Contohnya adalah orang yang melakukan dosa pada malam yang Allah SWT menutupi baginya, sedangkan pada waktu pagi, dia akan berkata (kepada orang lain): "Saya melakukan dosa itu dan dosa tadi malam tadi, sedangkan Allah SWT menyimpan rahsia itu. Pada waktu malam Allah SWT menutupinya, tetapi pada waktu pagi ia mengoyakkan sampul yang disediakan oleh Allah sendiri. (HR Bukhari dan Muslim)

Aib kita ini kalau Allah buka satu persatu tak terkira banyaknya. Manusia nampak kita baik, solehah, alim, dan sopan sebab Allah yang Maha Baik tutup aib kita. Tapi diingatkan kelak di 'sana' nanti segala apa yang kita lakukan akan ditayangkan di layar besar tanpa ada yang terkecuali. Ketika itu nak menyesal pun tak guna. Semua orang nampak dosa yang kita lakukan secara terang mahupun sembunyi.

Nasihat saya, berhati-hatilah ketika berkongsi sesuatu dia alam maya. Bimbang suatu hari ada manusia yang rosak hatinya memaparkan semula kesalahan kita pada orang lain. Dosa kita biar cuma kita dan Allah yang tahu. Taubat dan jangan ulangi lagi. Jika tanpa segan silu kita kongsi dan cerita dosa sendiri pada orang lain lalu bagaimana Allah nak jaga aib kita? Kerana kita sendiri yang buka aib yang telah tersimpan rapi. Contoh mudah, bercouple lalu dengan bangga berkongsi gambar bersama ajnabi. Sedangkan couple itu berdosa jika belum bernikah. Lihat, kita yang buka aib sendiri tanpa kita sedar.


لَا يُحِبُّ اللَّهُ الْجَهْرَ بِالسُّوءِ مِنَ الْقَوْلِ إِلَّا مَنْ ظُلِمَ ۚ وَكَانَ اللَّهُ سَمِيعًا عَلِيمًا"Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dizalimi. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui."(Surah an-Nisa' 4:148)


Pengajarannya, jangan buka aib sendiri mahupun orang lain. Kedua, jangan menghukum manusia seperti kita tiada dosa. Nasihat dan tegur dengan hikmah. Ketiga, maafakanlah. Ya, maafkanlah orang yang buat salah dekat kita. Tak best kan tengok orang lain berdosa sebab kita? Kasihan mereka nak kena cari kita di padang mahsyar. Jangan pentingkan diri sendiri okey.

Kata si fulan, "Aku tahu kau mengumpat aku selama ini. Aku tak akan maafkan kau. Jumpa kat padang mahsyar jelah!"

Amboi, cakap nak jumpa kat padang mahsyar macam nak jumpa kat warung Makcik Kiah. Kita tak tahu realiti padang mahsyar tu macam mana. Ingat senang ke nak jumpa kat sana? Manusia dari zaman Nabi Adam ke zaman Rasullah saw kot. Bayangkan satu dunia ni berkumpul satu tempat pun kita dah rasa ramai. Ini pula manusia pada zaman dulu. Nampak tak kita suka angkuh dalam berkata-kata. Tak fikir dulu buruk baiknya.

Akhir sekali, kena sentiasa ingat:

وَكَانَ اللَّهُ سَمِيعًا عَلِيمًا"Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui."


-HA

Pesanan Dari Si GadisWhere stories live. Discover now