C5 : Ada Apa Dengan Cinta?

1.7K 185 1
                                    

Tadi buka aplikasi whatsapp. Terbaca satu artikel mengenai cinta daripada salah sebuah group usrah. Nak share di sini panjang pula. Jadi ini adalah kesimpulan saya daripada artikel tersebut;

Pemuda pemudi sekarang ramai yang rosak kerana tiada matlamat hidup. Masalah utama yang menjadi asbab kerosakan pemuda pemudi adalah CINTA. Contohnya kita dapat lihat di sekolah, best student kebanyakannya terdiri daripada perempuan. Kenapa bukan lelaki yang bergelar pemimpin? Kita juga lihat di kelas-kelas bawah, para lelaki yang mendominasi.

Kerana apa? Kerana ketika sedang berjihad menuntut ilmu, lelaki tewas dengan wanita yang membawa cinta. Dan apa yang kita lihat sekarang, bercouple menjadi satu trend dalam kalangan pemuda pemudi Islam. Malah mereka menggunakan alasan agama untuk membenarkan perbuatan mereka.

Pesanan untuk wanita, tinggalkanlah lelaki yang menabur janji palsu kononnya berniat ingin menikahimu tetapi belum tiba masa. Katanya tiga empat tahun lagi. Tapi awak pasti, tiga empat tahun akan datang, diakah yang akan melafazkan akad nikah, diakah yang akan memegang tangan walimu nanti?

Lelaki, kalau rasa dah berkenan, dah ada kemampuan dan persediaan nak kahwin, pergilah jumpa sendiri mak ayah si perempuan. Bukannya menabur janji palsu berbakul-bakul. Buang masa. Bukan juga melamar si perempuan secara personal tanpa pengetahuan mak ayah. Lepastu nak jawapan secepat mungkin. Kita ada istisyarah(perbincangan) dan istikharah. Semua itu memerlukan masa. Bukannya, "Will you marry me?" kemudian si perempuan mengangguk setuju.

Perempuan, jangan buang masa menanti 'cinta' seperti itu. Kalau kita lihat hari ini, berapa ramai yang hanyut dalam jerat cinta palsu? Kata cinta, tapi tetap buat perkara-perkara yang Allah tak suka. Kita kata nak jaga hati tapi hari-hari bermesej dengan ajnabi, bercakap tentang ajnabi, merindui ajnabi. Dan akhirnya, cinta siapa yang akan penuhi hati kita nanti? Cinta Ilahi atau cinta ajnabi?

Banyak perkara lagi kita perlu fikir, wahai kawan.

Ummah perlukan kita.

Daripada Abu Hurairah RA berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Sebahagian daripada tanda baiknya (kualiti) keislaman seseorang ialah meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat baginya" ( Riwayat al-Tirmizi, Ibnu Majah, Ahmad dan al-Baihaqi)

Sibukkan diri dengan perkara-perkara yang membawa kepada kebaikan, bukannya banyak memikirkan soal cinta manusia yang belum tentu kekal. Kerana cinta itu adalah apa-apa yang membawa ke Syurga. Yang membawa ke Neraka, itu bukan cinta.

"Cinta itu hasilnya dua perkara. Pertama- cinta itu berhasil menjauhkan engkau daripada Pencipta. Kedua- cinta itu berhasil mendekatkan engkau dengan Pencipta."

Hati-hati dalam menjaga hati. Pemuda dan pemudi Islam, kita adalah penyambung legasi dan generasi.

Seorang Hamba,
Hanis Alysa.

Pesanan Dari Si GadisOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz