C13 : KERANA KITA MAMPU

194 31 0
                                    

"Allah uji kita sebab Allah tahu kita mampu."

Aku tersentak. Sering kali ayat itu meniti di bibir manusia di sekelilingku. Kadang kala aku juga menggunakan ayat itu untuk menenangkan teman yang sedih apabila diuji. Tetapi sejauh mana kita faham bahawa ujian yang Allah beri itu sesuai dengan kemampuan kita?

Aku angkat muka dari meja. Pandanganku jatuh pada pensyarah di hadapan kelas. "Sebagai contoh masa kita kecil, kita diuji dengan pensil hilang. Bagi kita bila pensil hilang macam dah nak kiamat. Punyalah kita sedih masatu." Sambung pensyarah itu. Terdengar ketawa dari seisi kelas. Pasti ramai yang rasa terkait dengan diri sendiri. Aku tersenyum sendiri. Memori semasa di bangku sekolah rendah berputar semula. Rindunya nak jadi kanak-kanak, tak ada masalah pun. Tahu main je.

"Bila kita semakin besar, kita diuji dengan ujian yang lebih besar setanding usia kita. Bayangkan jika kita diuji dengan pensil hilang sekarang ni, kita tak rasa pun benda tu masalah besar. Nanti boleh beli lain," Spontan aku mengangguk mengiakan kata-kata puan pensyarah. 

"Allah uji sebab Allah tahu kita mampu. Masa kecil, Allah tak uji kita dengan ujian yang besar sebab kita tak akan mampu hadapi. Jadi bila kita dah besar lalu Allah uji, jangan merungut. Allah tahu kita boleh."

Air mata terasa bergenang di kelopak mata. Surah Al-Baqarah ayat 286 terlintas dalam kepala. Benar, Allah uji sesuai dengan kemampuan. Tak perlu kita persoalkan kenapa. Apa yang Allah beri itu semuanya terbaik untuk kita. "Kita diuji dengan macam-macam perkara. Itulah dunia." Kata-kata puan pensyarah yang menyentuh gegendang telinga terus masuk ke hati. Sentap.

Kita tahu ujian itu menguatkan tetapi sebagai manusia biasa, kita perlu sentiasa diingatkan tentang baiknya Tuhan. Setiap ujian terselit hikmah serta jalan penyelesaian. Jika kita buntu dalam mencari jalan keluar, dekati Tuhan. Jangan putus asa. Walau apa pun ujian, kita mampu hadapinya!

-HA


Pesanan Dari Si GadisUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum