C2 : Dubsmash

3.9K 329 10
                                    

Assalamualaikum and Hi! Kali ni aku nak cakap pasal aplikasi yang dah terkenal di Malaysia. Dari orang dewasa, remaja, kanak-kanak hinggalah orang tua, semua dah terjebak dengan Dubsmash. Alhamdulillah, hingga kini aku masih tak terjebak lagi dengan benda yang tidak berfaedah tu.

So, nak tanya ni. Berapa ratus, ribu, juta video dubsmash yg ada dalam phone korang? Berapa banyak yg korang share dkat laman sosial korang terutamanya instagram?

"Banyak, tak terkira!"

Senyum.

Nak tanya lagi. Berapa kali korang khatam Quran dalam sebulan? Berapa kali korang pergi majlis ilmu? Haa jawab jawab.

"Err..."

Senyum.

See? Kenapa utamakan hal dunia sedangkan hal akhirat pun terbabas? Apa sebenarnya tujuan kita hidup di dunia?

Buat dubsmash.
Kutuk sana sini.
Dedah aurat.
Tukar jantina.
Kejar populariti.

Itu bukan cara orang yang nak masuk syurga. Bukan.

"Hek eleh rileks ah. Saja suka-suka. Takkan tak boleh!"

Rileks? Hey wake up! Kita berada di akhir zaman. Fasa terakhir dan korang still duduk goyang kaki, pegang handphone dan tambah dosa?

Betullah orang cakap, benda dosa memang seronok buat. Bila orang suruh baca Quran, malas. Belajar malas. Bila buat Dubsmash? Haa laju je idea datang nak buat video yang kelakar habis. Lepastu post dan mengharap 100+ hearts serta beberapa komen puji-pujian dari manusia yang kononnya terhibur.

Brotha and sista, nak berhibur ada caranya. Bukan dengan Dubsmash, lagu korea atau menyanyi. Caranya beribadah. Hiburan untuk orang Islam adalah ibadah. Contohnya?

Baca al-Quran.
Dengar nasyid.
Berzikir.

Banyak benda kita boleh buat. Tapi kenapa Dubsmash jadi pilihan? Ya mungkin ia boleh memuaskan hati kita tiap kali ada orang like dan komen. Tetapi dalam masa yang sama penyakit hati juga menyapa, bukan?

"Penyakit hati?"

Riak.
Sombong.
Berlagak.

Makin ramai yang like dan komen, sifat riak akan menguasai diri. Itu belum lagi ada orang share dan korang punya happy tu tak dapat digambarkan lagi.

"Video aku dapat 1000 likes.
Kau hado?"

*Lap peluh*

"Jap jap. Yang kau over sangat ni apahal? Kitorang yang buat, sukati lah! Bukan haram ke makruh pun kan? Sibuk!"

BUKAN HARAM KE MAKRUH?

Hm kalau aku cakap buat video Dubsmash tu haram, apa lagi bantahan korang?

"Weh takyah lah syadid sangat doh!"

Nope. Serius ni. Hukumnya HARAM. Ulang tulis, HARAM. Haa dah capslock tu. *sengih*

Kenapa haram? Sebab;

1. MEMPERSENDAKAN ORANG LAIN.

Dubsmash ada pelbagai jenis voice kan? Dan korang pun buat macam-macam gaya dan gerak mulut mengikut voice yang korang nak. Kelakarlah kononnya. Tapi sedar tak macam mempersendakan tuan punya suara asal? Got me or not?

2. LELAKI MENGIKUTI PEREMPUAN/ PEREMPUAN MENGIKUTI LELAKI.

Yang ni paling buat aku marah. Korang tahu tak kalau menyerupai berlainan jantina tu berdosa besar? Allah dah larang dalam al-Quran. Korang lupa ke? Atau buat-buat lupa? Yang lelaki berlakon jadi makcik. Pakai tudung siap mekap berlapis-lapis. Yang perempuan berlakon jadi pakcik, ayah, abang, gengster bagai. Siap dengan topi, kain pelekat dan misai palsu. Apa motif korang buat semua ni? Hanya sebab korang nak orang gelak dan sanggup langgar larangan Allah?

3. MENDEDAHKAN AURAT.

Paling ramai yang buat dubsmash adalah kaum wanita. Dengan freehair-nya, baju ketat, mekap tebal. Buat gaya gedik, duckface, lepastu upload video dan ramai orang share sampai orang luar negara pun boleh tengok. Tak tutup aurat dah satu hal. Lelaki bukan muhrim tengok lagi satu hal. Korang tahu tak setiap kali ada orang tengok video korang tu, dosa korang akan sentiasa mengalir? Baru-baru ni, fenomena Kun Anta. Makin ramai pulak kaum wanita buat dubsmash Kun Anta. Ada juga niqabis dan muslimah bertudung labuh terselit di antara mereka. Mana sifat malu korang? Korang dah memainkan pakaian Saidatina Fatimah. Korang sedar tak?! *serius*

4. MELALAIKAN.

Banyak lagi benda yang korang boleh buat. Tapi kenapa dubsmash yang langsung tak bagi apa-apa manfaat kat korang? Remaja zaman dahulu sibuk berperang ke jalan Allah, memimpin sebuah negara, menuntut ilmu, tapi remaja sekarang? Dubsmash. Malunyaa dengan Allah. Kalau orang kafir tengok mesti mereka bertepuk tangan gembira sebab berjaya meracuni fikiran korang. Negara kita memang aman. Tapi sayang, masih tak bebas dari pemikiran dan cara hidup barat.

5. MEMATIKAN HATI.

Orang yang banyak ketawa, hati akan mati. Bila hati mati, Islam tak akan wujud dalam diri korang. Tak cukup ke dengan pelawak-pelawak yang ada sekarang ni sampai korang sanggup jadi pelawak di belakang tabir?

Fikir-fikirkanlah. Aku tak marah, cuma terkilan. Sedih sebab remaja sekarang dah rosak. Sibuk kejar populariti dunia semata-mata. Hukum yang aku nyatakan tu bukan rekaan, tetapi berdasarkan kajian dan ustaz ustazah aku.

"Okay kami janji tak buat dubsmash dah. Sekarang jugak kami uninstall app tu. Eheh."

Janji? Ingat ya, bukan senang Islam nak datang pada kita. Tolong jaga agama kita ni baik-baik. Nak masuk syurga, buat macam orang yang nak masuk syurga.

Akhir kalam, yang mana dah terbuat dubsmash tu, mohon padam. Kasihanilah ibu bapa korang. Apa mereka nak jawab pada Allah di akhirat nanti? Semoga kita semua tergolong dalam kalangan orang yang soleh dan solehah. Aamiin.

Wallahualam bissawab.

Pesanan Dari Si GadisWhere stories live. Discover now