C16 : USAHA CARI

177 27 0
                                    


Tanpa kita sedar, sebenarnya Allah selalu hantar orang yang baik-baik dalam hidup kita. Cuma terkadang kita lebih memilih untuk bersama dalam lingkungan mereka yang beri pengaruh buruk. Teringat kata-kata seorang akhawat. Kita perlukan sahabat untuk sama-sama dalam gerabak dakwah. Terutamanya untuk kekal dalam hijrah dan istiqamah, kita perlukan sahabat yang sentiasa mengingati dan mendoakan kita.

Ibarat segenggam lidi lebih sukar untuk dipatahkan berbanding sebatang lidi. Jika kita bergerak solo, kita mudah futur dan putus asa dalam hijrah. Sebab itu pentingkan sahabat. Carilah yang menerima lebih dan kurang kita. Mereka ada di mana-mana, cuma kita perlu usaha cari.

-HA

Pesanan Dari Si GadisWhere stories live. Discover now