C18 : DOSA

265 28 0
                                    

Dalam apa jua keadaan sekalipun, iktiraflah dosa yang kita lakukan itu sebagai dosa dan rasa bersalah apabila melakukannya. Sekurang-kurangnya rasa bersalah. Bila kita mula rasa bersalah, itu tanda hati kita masih hidup. Rasa bersalah itu yang akan halang kita dari mengulangi dosa yang sama.

Ada orang, bila dia buat dosa dia tak rasa apa-apa. Rasa berdosa pun tidak apatah lagi rasa takut pada Allah. Malah dia berbangga dengan dosa yang dia lakukan, bangga tunjuk dosa pada orang lain. Bila ditegur bahawa apa yang dia buat itu dosa, dia tak boleh terima seolah-olah apa yang dia buat itu betul. Lebih parah, dia cari salah orang lain.

"Suka hatilah dosa aku dengan Tuhan, aku yang tanggung. Sibuk tegur aku tak tutup aurat. Tu, pergi tegur orang yang freehair. Dorang pun berdosa!"

"Dosa masing-masing. Aku tak kacau hidup kau pun. Orang lain lagi teruk sampai berzina. Aku pegang tangan awek aku je itu pun salah!"

"Kira baik aku hisap rokok je. Ada orang hisap dadah lagilah membahayakan tubuh badan."

Dosa tetap dosa. Apa yang salah kita wajib tegur dan benci dosa tersebut. Kita marah orang tegur dan nasihat kita, nanti bila kita sudah tak bernyawa, mereka juga yang akan bantu mandikan, solatkan dan mengebumikan kita. Jangan angkuh. Teguran itu kerana mereka sayang kita. Sepatutnya kita terima teguran dengan baik dan mengakui kesalahan diri.

-HA

Pesanan Dari Si GadisWhere stories live. Discover now