C12 : ENGKAU MURAH!

551 50 3
                                    

Salam alayk, wattpaders! :) Maaf sebab lama tak buat coretan di sini. Saya terharu sebab masih ada orang vote dan komen walaupun dah penuh habuk dan sarang labah-labah. Hahah! 

Tajuk kita hari ini, engkau murah!

"Kitorang murah? Amboi, sopannya bahasa awak!"

Wooo... hold on. Saya tak cakap kalian murah, okey? Bawa bertenang! 

Sebelum saya kupas tajuk ini dengan lebih lanjut, kalian boleh teka tak apa yang saya nak bincangkan berdasarkan tajuk tu?

"Hm.. something related with harga barang murah? Atau author nak berjual beli barang murah dengan kitorang?"

"Hm.. Murah hati tapi kaya budi bahasa kot?"

Tak, tak. Salah. Okey jom kita mula.

Ada dua orang pendakwah bebas nak bagi nasihat kepada golongan muda yang tidak menutup aurat dan tidak menjaga ikhtilat. Di sini saya berikan dua jenis nasihat daripada dua pendakwah tersebut. Kalian boleh pilih nasihat mana sesuai dengan jiwa kalian, tau?

Pendakwah 1: Saya lihat hari ini ramai perempuan yang murah. Sebab apa saya kata begini? Tengoklah di laman sosial. Perempuan main tik tok, upload gambar selfie, update gambar boyfriend. Semua tak tahu malu! Bukankah perempuan mesti ada sifat malu? Jadi ke mana perginya sifat malu kalian? Sedarlah dengan bersikap seperti itu menjadikan kalian perempuan murah kerana sanggup gadai maruah, tayang aurat dan bermaksiat! Engkau perempuan murah dan tiada sifat malu!

Ouch, kena heartshot bertubi-tubi! Kasarnya ayat... Bagaimana pula dengan yang ni?

Pendakwah 2: Perempuan itu mahal. Suatu ketika dahulu sebelum Islam dikenali, orang Arab jahiliah sangat benci kepada perempuan. Bagi mereka perempuan ini jijik dan pembawa bala dalam keluarga. Jadi jika ada pasangan yang mendapat bayi perempuan, mereka akan bunuh dan tanam hidup-hidup! Sehingga datang Rasulullah SAW yang mengangkat darjat perempuan. Dengan perintah Allah yang menyuruh kalian menutup aurat dan menjaga maruah, lihatlah betapa mahalnya kalian! Kalian mahal dan berharga. Tak patut kalian gadaikan maruah demi lelaki atau buang sifat malu dalam diri. Jadi, mahalkan diri kalian wahai perempuan.

Baik. Sekarang pilih nasihat yang mana kalian akan dengar?

"Aku lebih suka nasihat daripada pendakwah 1 sebab sentap dan kena dengan hati aku yang keras macam batu ni!"

"Kasarnya bahasa pendakwah 1! Aku prefer nasihat kedua, senang terima dan sesuai dengan aku yang hati tisu!"

"Aku tak boleh terima dua-dua! Nonsense!"

Ah, sudah. Anda dah kenapa? *bagi jelingan maut*

Bagi saya, nasihat daripada pendakwah kedua lebih menyakinkan dan melembutkan hati saya. Kenapa saya kata begitu?

Kerana saya pernah bergelumang dosa dan bermaksiat ketika zaman jahiliah dulu. Saya pernah berada di tempat mereka yang masih belum mendapat hidayah untuk berubah. Jadi, saya tak boleh terima jika ada yang menasihati saya dengan nasihat yang kasar dan kata-kata yang kesat.

Saya boleh terima dakwah sentap daripada sesetengah pendakwah, tetapi bukan sentap yang buat saya rasa terhina. Contohnya seperti di atas.

Tak ke kalian rasa terhina?

Selepas berhijrah, saya mengenali ramai orang daripada kalangan rakan-rakan saya sendiri yang masih tak dapat hidayah untuk berubah. Mungkin mereka dah dapat hidayah, tapi tak dapat taufik. Bila saya cuba mendekati mereka dengan mengenali mereka, saya belajar banyak perkara. Salah satunya, don't judge a book by its cover.

Kita nampak mereka jahil, tak ikut perintah Allah, main aci redah larangan Allah dan maksiat seolah dah sebati dalam jiwa. Tetapi kita lupa satu perkara iaitu mereka juga pendosa seperti kita. Kebanyakan mereka mengakui bahawa mereka nak berubah, mereka nak mengenali Allah, nak tutup aurat, nak jaga ikhtilat dan sebagainya. Tetapi banyak halangan yang menghalang mereka untuk berubah. Dan bila saya cuba untuk nasihat mereka, antara reaksi mereka adalah,

"Ya Allah, berdosanya aku. Serius, aku tak tahu pun couple itu haram."

"Kaki pun aurat juga? Aku tak tahu sebab aku tengok ramai je tak pakai stokin."

"Aku nak berubah, tapi aku tak ada kawan-kawan yang baik."

Sekarang, cuba kalian letak diri kalian di tempat mereka. Kemudian datang orang yang mahu menasihati kalian tapi dia kata kalian perempuan murah! Perempuan jijik! Tiada maruah! Apa kalian rasa?

Apa yang saya nak sampaikan di sini, kita semua sebenarnya jahil dan tak tahu. Tak patut kita sewenangnya tuduh orang murah sedangkan dia sebenarnya nak berubah tapi payah. Tak patut kita sesuka hati panggil orang tiada maruah sedangkan dia sebenarnya tak tahu benda itu dosa.

Nak nasihat, silakan. Memang tugas kita amar makruf nahi mungkar. Tetapi biar dengan hikmah. Tak semua orang boleh terima nasihat yang kasar. Salah satunya, saya sendiri. Jangan disebabkan kata-kata kita, jadi punca seseorang itu nak berubah lalu dia batalkan niat dia disebabkan rasa terhina dengan kata-kata sesetengah pendakwah.

Ukhti, kita semua dilahirkan menjadi perempuan yang mahal dan berharga. Dan tiada siapa suka dipanggil murah walaupun kita tak baik mana. Kata-kata itu seharusnya memberi kesan ke dalam hati mad'u dengan penuh hikmah dan lembut budi bicara.

Kesimpulan untuk coretan kali ini, mereka yang masih belum ikut syariat, bukan sebab mereka murah. Semestinya tiada siapa nak jadi murah. Semua orang nak jadi paling berharga. Tetapi mereka ini termasuk kita juga masih jahil dan banyak perkara kita tak tahu. Jadi tak patut kita terus hukum mereka sebab mereka tak tahu atau jika mereka tahu, mereka susah nak berubah. Tugas kitalah tolong mereka berubah!

Kita semua pendosa. Jangan sebab kita jaga ikhtilat, tutup aurat, solat lima waktu, pergi usrah 10 kali, join program islami hujung dunia lalu kita pandang hina mereka yang masih tak macam kita. Mereka perlukan bantuan kita, bukan hinaan. Itulah gunanya pendakwah supaya mereka yang jahil dan tak tahu itu akan tahu dan jauhi perkara yang dilarang. Saya lebih suka pendakwah yang lemah lembut dan tidak menghukum orang lain. Contohnya, ustaz Ebit Lew. (boleh refer video di atas)

Saya harap selepas baca coretan saya ini, kalian akan lebih berhati-hati dalam menasihati seseorang. Kalian tahu tak dakwah itu seni? Maksudnya, ada pelbagai cara untuk kita berdakwah. Dan ada cara untuk kita menasihati seseorang, bukannya main redah je tau!

InsyaAllah next chapters saya nak kongsikan:

1. Daie Vs Mad'u

2. Pengalaman saya ketika street dakwah.

3. Burger daging manusia, sedap ke?

Jika kalian ada cadangan topik untuk saya berikan pendapat, silakan komen di bawah. Jangan risau saya tak makan orang, saya makan nasi je hee :)

 Jangan risau saya tak makan orang, saya makan nasi je hee :)

Oops! Această imagine nu respectă Ghidul de Conținut. Pentru a continua publicarea, te rugăm să înlături imaginea sau să încarci o altă imagine.

Semoga bermanfaat. Fi hifzillah!

P/s: Penulisan ini merupakan pendapat peribadi saya. Saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penulisan ini. Jika kalian tak boleh terima tak mengapa. Kongsikan pendapat kalian di ruangan komen. Saya raikan perbezaan pendapat di antara kita asalkan tidak bercanggah dengan syariat.

Pesanan Dari Si GadisUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum