NIQOBIS, SELFIE DAN CABARAN MARCAPADA INI

2.4K 207 27
                                    

Harini rasanya I've reached my limit. Call it masalah hati as you wish, but my Instagram search feed is tainted by the appearances of random niqobis selfies whose thirst for likes, recognition and admitation sickens me. I do not follow any of those fame seekers but their pictures always pop up in my feed. Nonetheless, I would spare you guys from the foul language and instead was reminded by the words of my dear friend. Memetik kata-kata sahabat saya, Shukery Azizan, berkenaan isu (defensive) niqobis :

Aku ikhlas bagi nasihat.

Perempuan berniqab @ niqobis (atau watsoever gelaran sekalipun) TAK perlu SELFIE sana sini, posing sana sini, buat gambar acah-acah malu tutup muka hidung telinga bagai semata-mata KONONNYA nak "dakwah" perempuan lain supaya tutup aurat dan pakai niqab juga.

Ataupun bergambar dan berposing sana sini pegang pedang, kuda, unta, tapir, teletubies atau segala bagai punya posing untuk bagi "inspirasi" kepada perempuan lain supaya tutup aurat.

Atau trend sekarang ada golongan "niqobis hipster" acah-acah pakai purdah tapi ada bling-bling. Ada sebahagian tu pakai niqab, tapi niqabnya buat gaya macam rambut nak tutup mata sebelah. Aku pun tak tahu apa nama fesyen tu. Dengan alasan kononnya nak bagitau golongan niqabis ni tak ketinggalan zaman dan up to date.

Itu belum lagi yang pakai celak sampai 5 inchi, maskara lagi, blusher tebal macam shin chan, dan.. dan… ah korang sebutlah sendiri.

Hadoiyai. Liciknya iblis punya kelentong.

Korang tak perlu buat semua tu. Korang hanya akan buat sebahagian lelaki yang so called acah-acah "alim" dan "warak" terpesona lalu mereka pun komen atau inbox,

"Subhanallah. Cantiknya ciptaan Tuhan. Moga istiqomah ya. Salam ukhuwwah fillah abadan abada birohmatikaya arhamar rohimin yahanana takbir! ;)"

Atau korang mungkin hanya akan buat sebahagian lelaki dan perempuan lain meluat dengan perempuan berniqab lalu mereka mengumpat dan menjauhi korang. Korang pun mengumpat balik mereka dengan ayat, "dakwah kita berjaya. Orang hati gelap memang tak suka kebenaran. Kita bersabar ya ukhti menghadapi mehnah dan tribulasi ini."

Aduh.. Two wrongs do not make a right.

Jadi sebenarnya apa perlu korang buat untuk sampaikan dakwah tentang tutup aurat itu indah? Atau nak sampaikan yang pakai niqabis ni bukan syiah atau ektremis?

Mudah je. Korang tak perlu pun selfie atau posing acah-acah comel bagai. Tapi apa yang perlu korang buat adalah ;

1) Kalau korang adalah PELAJAR, jadilah pelajar paling CEMERLANG di sekolah, kolej atau universiti korang. Kalau pelajar aliran agama, dapatkan MUMTAZ atau at least JAYYID JIDDAN dalam result exam. Buktikan yang walaupun tutup aurat sempurna dan berniqab, korang mampu jadi pelajar yang paling cemerlang, dan pertolongan Allah ada bersama korang kerana usaha korang nak tutup aurat dengan sempurna.

Barulah orang terinspirasi nak follow korang. Ada rezeki, bahagian pentadbiran kolej or kampus siap bagi sokongan lagi kepada yang berpurdah.

Haa cenggituh. Takdelah wujud so called "penindasan admin kepada golongan purdah".

2) Kalau korang adalah PEKERJA, jadilah pekerja yang paling CEMERLANG sama ada dari segi sikap, cara kerja, tanggungjawab, amanah dan sebagainya. Jadi pekerja yang ramai orang hormat, tabik spring dan segan dengan korang.

Barulah ramai nak ikut macam korang. Tutup aurat sempurna dan jadi pekerja muslim cemerlang. Haa camtu.

3) kalau korang mengaku korang adalah MUSLIMAH, tinggikanlah "frekuensi" MALU korang tu. Saya tak kata haram upload gambar, tapi rasalah malu nak upload sambil posing gedik bagai. Nak upload pun kasi formal sudahlah.

Nak buat sesuatu tu, bukan sekadar berpandukan fatwa, tapi lebih dari tu mesti berpandukan TAQWA.

Perempuan yang tahu malu, TAK SEMESTINYA TAK MENONJOL di sekolah, kolej, universiti atau tempat kerja. Korang kalau ada bakat, masuklah debat, pidato, jadi ketua atau pengarah program yang hebat, wakil pelajar perempuan dan sebagainya.

Tapi TAK PAYAH masuk nasyid kalau ada audiens lelaki. Kalau tertutup dan audiens perempuan takde masalah. Ni bukan semata-mata fatwa, tapi jujur la suara perempuan menyanyi boleh getarkan iman dan "soul" lelaki. Sebab tu aku haramkan diri aku untuk dengar perempuan nyanyi, walau dalam radio. Ni bukan masalah lemah iman okay. Ini memang natural.

Malu tak semestinya bersembunyi. Tapi biasanya yang selalu bergambar gedik atau posing maut macam nak minta like riban-riban lalu upload atau post di public biasanya la memang kurang malu atau tak tahu malu.

Tak kisahlah korang free hair ke, pakai tudung biasa atau labuh or berniqab sekalipun. Kalau simpanan PERIBADI takde masalah. Nak terlentang ke, terbalik ke, masuk gaung ke itu korang punya hal. Tapi untuk simpanan peribadi atau yang mahram korang je la. Buat apa tayang pada seluruh dunia.

—-

Ini serius nasihat ikhlas dari aku. Korang nak melenting dengan alasan "tuu ramai je kat luar sana tak tutup aurat, apehal tak nak tegur mereka?", ini jawapan aku.

Tak payah nak tuding jari kesalahan orang lain. Dosa mereka tu memang dah dosa pun. Tak perlu aku tegur, Allah sendiri dah tegur dalam al Quran. Rasulullah pun dah tegur dalam hadis yang sampai pada kita.

Ni masalahnya korang ni ha. Korang ni bawa IMEJ AGAMA tahu. Apa yang korang buat, sebahagian masyarakat akan anggap itulah AGAMA walaupun korang langgar syarak. Ya walaupun korang langgar syarak sebab ramai masyarakat masih lagi jahil atau kurang faham tentang agama walaupun mereka muslim.

Ingat, korang bawa IMEJ AGAMA walaupun korang BUKAN pelajar aliran agama. Pelajar aliran agama apatah lagi, mesti kena jaga 2 kali ganda.

Kalau ambil pandangan Dr Yusuf Qaradhawi, orang yang bawa imej agama ni, kalau buat dosa secara terangan dan BANGGA dengan dosa tu, boleh dapat dosa yang BERGANDA. Sebab apa?

Sebab masyarakat akan ingat dosa dan kesalahan yang korang buat tu adalah BETUL dan sebahagian dari agama atau syarak. Ahh malas nak bebel panjang-panjang.

Sebenarnya korang pun tahu benda ni, cuma kadang-kadang lupa je. Kalau dah tahu salah, akui salah dan taubatlah pada Allah. sebab Allah maha penerima taubat. Allah sayang kita semua, dan Allah nak kita kembali padaNya.

Dan Dia tak nak kita jadi fitnah untuk agamaNya.

Aku tegur ni bukan nak win atau publisiti, tapi nak korang fikir la 20 kali sebelum buat sesuatu. Wallahu'alam.

Kalau nak share, share la ke kawan2 korang. Nak share ke group niqabis, share la. Bagus jugak.

P/ s : 1. kasar? Sorrylah. Dah penat berlembut. Ramai orang berlembut, tapi tak ramai bertegas. Tu yang makin hari makin naik lemak walaupun tak chubby2 pun. Aku tak mencarut pun okay. Cuma nada tegas je. jangan salah faham.

2. Nak marah dan sindir? terpulang. Saya tak paksa korang terima. Tapi nak korang fikir je. Fikirlah dalam2.

3. terasa? fikirlah 20 kali. tak setuju, abaikan je status ni. korang tak rugi apa pun.

4. Saya TAK CAKAP SEMUA niqabis macam ni. Segelintir kecil je buat masalah macam ni, biasanya yang baru nak up. Dan saya TAK menghukum sesiapa pun terutama niat (bukan nawaitu ok. nawaitu maksudnya "sahaja aku". Kan dah lari maksud). Dah nama pun status umum.

Yang tak buat macam ni, tak payah la menggelabah bagai. Rilek sudah, baca status ni sambil minum extra joss anggur susu, baru rasa tenang dan cool . :)

- Mulan Jameela

Pesanan Dari Si Gadisजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें