C7 : Jodoh

1.9K 186 6
                                    

Kategori jodoh ada tiga iaitu;

1) JODOH DARIPADA SYAITAN. Iaitu lelaki dan perempuan yang saling berjumpa dan berpegang tangan untuk menzahirkan kasih sayang dan kemesraan sehingga menuju ke arah kemaksiatan. Apabila si perempuan tadi telah mengandung, barulah si lelaki mengahwininya atau sebaliknya meninggalkannya.

2) JODOH DARIPADA JIN. Iaitu seorang lelaki yang mencintai seorang perempuan yang tidak menyukainya, lalu dibomoh atau disihirkan perempuan itu sehingga akhirnya mereka berkahwin.

3) JODOH DARIPADA ALLAH SWT. Iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan yang sangat menjaga adab dan tingkah mereka, apabila bertemu sehingga mengalirkan perasaan ke lubuk hati, lalu si lelaki terus menyampaikan hasrat untuk melamar si perempuan melalui walinya, lalu mereka meneruskan percintaan saat mereka telah sah diijabkabulkan.

Maka, yang manakah pilihan kita? Jika pasangan tersebut berkahwin dengan pasangan couple mereka, maka pasangan tersebut adalah jodoh daripada syaitan. Perkahwinan atas dasar itu tidak diredhai Allah malah mereka hidup bergelumang dengan dosa ketika mereka bercinta sebelum nikah. Jika mereka telah bertaubat, mereka mestilah menjalinkan cinta atas dasar iman dan taqwa serta bertaubat atas dosa-dosa yang mereka lakukan sebelum nikah.

P/s; Clean and clear tak? Anyway, Allah dah tetapkan jodoh masing-masing. Daripada sibuk fikir pasal bakal zauj/zaujah, lebih baik kejar prioriti utama; Mardhatillah.

-HA

Pesanan Dari Si GadisWhere stories live. Discover now