3

15.1K 582 2
                                    

"Qaseh, panggilkan Am. Kita sarapan sama-sama", ujar Puan Hanna sambil tangannya ligat menghidangkan bihun goreng di atas meja.

"Okey bu! Siap!". Laju Qaseh mendaki tangga ke tingkat atas. Mahu mengejutkan bodyguard keduanya, Ilham.

"Am..ooo Am... bangun la. Ibu panggil makan", jerit Qaseh. Bertalu-talu kedengaran ketukan di pintu seiring dengan suara jeritan Qaseh.

'Eh mana pula si Am ni? Aku terjah juga bilik budak ni', rungut Qaseh. Perlahan-lahan tangannya memulas tombol pintu bilik Ilham.

'Eh, tak kunci la. Terjah jangan tak terjah!', bisik Qaseh. Sekali-sekala teringin juga dia mahu melihat bilik si bujang macam adiknya ini. Maklum lah, tiap kali Qaseh mahu masuk bilik Ilham pasti adiknya akan menghalang. Macam ada rahsia besar je.

"Mak ai, kemas gila bilik adik aku ni! Betul ke bilik si Ilham ni". Qaseh menggosokkan mata, tanda tidak percaya apa yang sedang dilihat. Selimut dan bantal sudah tersusun rapi. Cadar pun bukan main tegang lagi. Kalau jatuhkan syiling mesti akan melantun balik.

"Pergh, macam bilik perempuan! Tergugat aku macam ni. Bilik aku pun tak sekemas ni. Am! Cepat lah mandi tu. Ibu dengan Lan dah tunggu nak sarapan sama-sama. Hisy, nak sarapan pun kena berjemput!", bebel Qaseh cuba melawan bunyi deruan air dari bilik air.

Tersentak Ilham mendengar suara si kakak. "Erk, suara kak long ke tu? Kak long masuk bilik aku? Mampus lah macam ni!". Ilham kaget. Kelam kabut dia membasuh kepala yang sudah dipenuhi syampu dengan air. Risau jika rahsianya terkantoi.

Sambil menunggu si adik keluar dari bilik mandi, tiba-tiba mata Qaseh tertancap pada laptop adiknya yang sedang terpasang. Borang yang terpapar pada skrin laptop itu menarik perhatian Qaseh.

"Eh, adik aku buka agensi cari jodoh ke? Ni macam borang cari pasangan hidup je". Qaseh termangu sendiri. Tak tahu pula dia si Ilham berminat buat kerja-kerja macam ni. Bunyi bip pada laptop membuatkan perhatian Qaseh beralih pada kandungan mesej yang terdapat pada chatbox di ruangan facebook Ilham. Qaseh merenung bait-bait patah kata yang tersusun dalam chatbox tersebut.

Saiful : Kau tak nak letak gambar kakak kau ke? Baru orang berminat nak isi borang tu nanti.

"Kakak? Aku seorang je kakak si Ilham ni. Entah-entah borang ni...". Qaseh menggerakkan cursor supaya dia dapat membaca mesej-mesej sebelum itu.

Ilham : Macam mana? Okey tak borang tu?

Saiful : Okey je weh. Tapi kan, borang ni sebenarnya untuk apa dan siapa?

Ilham : Untuk kak long aku la. Aku nak carikan bodyguard untuk dia.

Saiful : Hahaha. Kau ni. Jodoh dia biarlah dia yang pilih sendiri. Asal? Kau dah penat ke jadi bodyguard dia?

Ilham : Eh tak ada lah. Cuma teringin juga aku nak tengok kak long aku tu berteman.

Qaseh mengurut dada, cuba mengawal amarah yang sedang bermaharajalela dalam hatinya saat ini. Tak sangka sampai tahap macam tu sekali si Ilham mahu mencari jodoh untuk dia. 'Malu beb! Mana aku nak letak muka kalau kawan-kawan aku tahu adik aku carikan jodoh aku dengan cara ni. Siap pakai borang segala. Ini sangat menimbulkan kemarahan!', bentak hati Qaseh. Serentak itu Qaseh terdengar bunyi pintu bilik air dikuak.

"Ilham!"

"Kak long!"

Serentak kedengaran suara mereka memanggil satu sama lain. Cuma bezanyya nada suara Qaseh lebih tinggi daripada Ilham. 'Gulp! Matilah aku.Mata kak long dah berapi-rapi tu. Oh,kak long! Tolong lah jangan pandang Am macam tu. Kecut perut Am tau!', kata-kata itu hanya terluah di hati.

Encik GulaUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum