23

10.1K 459 1
                                    

Tepat jam 6.15 pagi, Qaseh bangun menghadap Yang Maha Esa, mohon semoga rumah tangganya kembali pada asal. Tak sanggup rasanya Qaseh untuk menghadapi Rizqy yang dingin dan pendiam seperti itu.

Pagi-pagi lagi suaminya itu sudah menghilangkan diri. Entah ke mana perginya. Ke suraukah? Kadangkala Rizqy rajin juga ke suaru berdekatan untuk solat subuh berjemaah. Tapi takkan lah selama ini? Jam pun sudah menunjukkan pukul 8 pagi. Misteri betul si Rizqy sekarang. Seolah-olah mahu mengelak dari bertemu Qaseh.

Qaseh menekan-nekan perutnya yang terasa pedih. Peti ais dibuka, mahu memanaskan semula lauk-pauk yang berlebihan semalam. "Ait, kosong! Siapa makan. Hmm, ni mest kerja Riz," tebak Qaseh. Namun Qaseh masih mampu menguntumkan senyuman. Setidak-tidaknya suaminya itu sudi juga menjamah masakannya.

"Habis nak makan apa ni? Riz pun macam tak balik je pagi ni," gumam Qaseh sendiri. Akhirnya Qaseh memilih untuk membancuh segelas susu. Biskut kering diambil lalu dicecah ke dalam susu tersebut.

Perut Qaseh masih lagi terasa pedih. Terasa seakan ditarik-tarik. Rasa tegang di perut semakin kuat. Qaseh berbaring di atas sofa di ruang tamu. Tubuhnya tak dapat diluruskan. Tubuh Qaseh merekot menahan kesakitan. 'Ni mesti gara-gara tak makan semalam,' desis hati Qaseh. Pucat bibirnya dek menahan sakit yang teramat. Qaseh memang ada penyakit gastrik sebelum ini. Tapi Qaseh langsung tidak menyangka gara-gara dia tak makan semalam, perutnya boleh diserang gastrik pagi ini.

Handphone di atas meja Qaseh capai. Nombor Rizqy didail berkali-kali. "Riz, angkat la fon tu," rintih Rizqy seorang diri. Qaseh dah tak berdaya untuk menahan sakit. Nombor Rizqy masih didail buat kesekian kalinya. Harapannya agar suaminya itu menjawab panggilannya hampa.

Qaseh tiada pilihan, nombor Izlan pula menjadi sasaran Qaseh. Terpaksa dia menyusahkan adiknya sekali lagi. Tak sampai seminit, suara Izlan sudah kedengaran di sebelah sana. Terketar-ketar suara Qaseh berbicara dengan adiknya. "Lan..."

Izlan yang terpisat-pisat masih lagi dalam mamainya cepat-cepat bangun bila mendengar suara kak longnya yang lemah. "Kak Long, kenapa ni?"

"Lan, boleh datang sini? Kak long kena gastrik la, tak larat nak pergi klinik sendiri," pinta Qaseh sayu. Hatinya masih mengharap Rizqy berada di sisinya tika ini.

Hati Izlan berdebar-debar. Pantang dia mendengar kak longnya sakit, pasti dia yang tak keruan.

"Riz mana kak long?"

"Lan datang la cepat! Kak long tak tahan dah ni!" tegas Qaseh. Waktu ni juga adiknya itu mahu bersoal jawab. Geram betul!

"Okey Lan datang sekarang," ujar Izlan. Izlan terus menyarungkan sehelai t-shirt dan jeans ke tubuhnya. Langsung tak sempat mandi. Izlan peduli apa, yang penting kesihatan kak longnya. Dalam perjalanan Izlan masih sempat berfikir, ke mana pergi Rizqy ketika Qaseh betul-betul memerlukannya?

**********

Rizqy duduk termenung dalam kedai. Matanya terlekap pada lukisan cinta hasil tangan dia dan Qaseh. Sungguh dia terlalu rindu pada isterinya yang dinikahi setengah lalu yang lalu. Satu-satunya permaisuri yang bertakhta dalam hati. Namun ego Rizqy menguatkan hatinya untuk terus tidak mempedulikan Qaseh buat seketika. Kononnya mahu menguji kesabaran Qaseh.

Ringtone Everything I Need nyanyian Randy Pangalila berkumandang dari handphone Rizqy.

"Ait, tadi Qaseh. Ini Izlan pula. Ada apa sebenarnya ni?" ujar Rizqy. Tadi sengaja dia tidak mengangkat panggilan Qaseh kerana masih mempertahankan egonya. Langsung tidak terfikir sesuatu yang buruk terjadi pada isterinya.

"Riz kau kat mana? Kau balik sekarang jugak! Kak long sakit!" tegas Izlan bersuara sebelum sempat Rizqy berkata-kata. Panggilan terus dimatakan setelah menuturkan sebaris ayat.

Encik GulaDonde viven las historias. Descúbrelo ahora