20

10.5K 412 3
                                    

"Kau memang perempuan tak guna! Blah kau dari kedai aku sekarang!" pekik Rizqy. Tahap kesabarannya semakin tipis. Kalau diikutkan hatinya mahu saja dia melempang gadis seksi yang berada di hadapannya itu. Entah datang dari ceruk mana tiba-tiba mengaku cinta! Gila punya perempuan!

Sofia tersenyum senang. Nampaknya lakonannya berjaya memporak perandakan hubungan sepasang suami isteri. Sofia tergelak halus, menambahkan lagi bara di hati Rizqy.

"Kau tak faham bahasa ke perempuan? Aku cakap blah tu blah la!" Sekali lagi Rizqy bertempik.

Tanpa berlengah Sofia terus keluar dari kedai Rizqy bersama senyuman puas. Puas kerana kerja-kerja yang diarahkan seseorang berjaya dilaksanakan dengan baik sekali!

Pandangan Rizqy dihalakan ke arah bungkusan yang elok terletak berhampiran stor bilik. Rizqy membuka bungkusan tersebut. Hatinya sebak melihat kek coklat yang terhias indah dengan gambar dua hati yang dilukis menggunakan pewarna berwarna pink. "Selamat hari lahir Riz!" Tersenyum Rizqy melihatkan ucapan yang tertulis di atas kek.

'Qaseh ingat hari lahir aku...' detik hati Rizqy. Dia sendiri pun sudah lupa dengan tarikh hari jadinya. Maklum lah, sibuk menguruskan kedai dek kerana perniagaan yang semakin maju. Sejak berkahwin, semakin bertambah-tambah rezeki mereka. Rezeki hidup yang semakin membaik membuatkan Rizqy menjadi seorang yang lebih bersyukur.

Tubir mata Rizqy mula bergenang. Rizqy mencuit sedikit kek menggunakan jarinya lalu dibawa ke mulut. Rasa kek itu sama persis dengan kek yang pernah Rizqy rasa ketika dia berkunjung ke rumah Qaseh sebelum mereka berkahwin. Akhirnya setitik air mata Rizqy gugur juga bila mengenangkan Qaseh yang bersusah payah menyediakan kek untuknya.

Tiba-tiba mata Rizqy terpandangkan sekeping kad yang terselit di tepi kotak kek coklat tersebut. Setiap patah kata dalam kad itu Rizqy baca dengan teliti.

"Saya tahu saya memang tak pandai dalam bab meluahkan perasaan ni. Tapi saya cuma nak cakap yang saya dah jatuh cinta pada suami saya sendiri! I love you Muhammad Ammar Rizqy!"

"I love you too.." balas Rizqy. Tapi sayangnya Qaseh tiada di situ untuk mendengar isi hati Rizqy. Air mata Rizqy mula tumpah membasahi kad pemberian Qaseh. Bukan senang untuk Rizqy menangis kerana seorang perempuan. Hanya orang yang benar-benar disayangi Rizqy yang mampu membuatkan air mata Rizqy tumpah. Tumpah kerana salah faham yang terjadi antara mereka. Rizqy buntu. Apa yang harus dia lakukan untuk memujuk Qaseh?

"You, my life. You, my soul. You my everyting I need..." Ringtone dari handphone Rizqy mematikan lamunan Rizqy. Tanpa melihat siapa pemanggilnya Rizqy terus menekan butang answer.

"Hello Qaseh... Qaseh kat mana ni?"

"Weh Riz. Aku ni Qay! Rindu sangat ke kat bini tu sampai aku pun kau sangka Qaseh," sindir Qayyum.

"Hmm... Aku ada masalah sikit. Kita jumpa kejap boleh? Tempat biasa."

"Okey..."

Usai mengemaskan apa yang patut, cepat-cepat Rizqy menutup kedai dan beredar bersama bungkusan pemberian Qaseh di tangan. Sepuluh minit kemudian, Rizqy sampai di Restoran Indah yang biasa mereka lepak.

"Assalamualaikum Riz...apa hal?" tegur Qayyum.

"Waalaikumussalam. Duduk lah," jawab Rizqy. "Qay, kau kenal Sofia? Ada ke membe kita nama Sofia kat university dulu?"

"Sofia? Sofia Shahira Adnan? Dia ke yang kau maksudkan?"

"Entah la. Aku pun tak kenal. Kau bukan tak tahu aku tak pernah rapat dengan mana-mana perempuan pun kecuali Qaseh."

"Hmm, kenapa dengan Sofia tu?"

"Kau tahu perempuan tu tiba-tiba datang mengaku cinta kat aku. Entah apa masalah dia. Kau tahu kan aku tak pernah bercinta sebelum ni. Macam mana pulak boleh datang perempuan yang aku tak pernah kenal datang siap nak peluk-peluk aku lagi. Yang harunya, Qaseh nampak semua tu!" terang Rizqy bengang.

Encik GulaWhere stories live. Discover now