15

10.9K 481 1
                                    

"Aku terima nikahnya Qaseh Qashdina binti Amin dengan mas kahwin tiga ratus ringgit dibayar tunai." Akhirnya Rizqy Berjaya juga melafazkan kalimah keramat itu setelah empat kali percubaannya menemui kegagalan. Gagal kerana dibayangi mimpi bertemu dengan Razleena, arwah kakaknya.

"Alhamdulillah..." Rizqy memanjatkan kesyukuran kerana hajatnya untuk memperisterikan Qaseh akhirnya diperkenankan. Tangan ditadah. Doa diaminkan. Semoga perkahwinan di atas perkenalan yang singkat ini mampu berkekalan hingga ke syurga.

Usai menunaikan solat sunat dua rakaat, Rizqy bersiap sedia untuk majlis membatalkan air sembahyang. Langkah diatur tenang menghampiri si isteri yang setia menanti dengan penuh debaran. Rizqy tersenyum manis. Semanis gula. 'Pasti Qaseh suka dengan cincin tu nanti' bisik hatinya.

Derap langkah Rizqy berjaya menggetarkan hati seorang Qaseh. Qaseh tunduk merenung jari jemarinya yang merah dengan inai. Hanya beberapa minit lagi, jari itu bakal disarungkan cincin oleh suami tercinta. Cincin yang Qaseh sendiri belum berpeluang untuk melihat rupa bentuknya.

Rizqy duduk berlutut di hadapan kekasih hati. Tangan Qaseh disentuh perlahan. Bergetar tangan Rizqy sebaik saja tangannya menyentuh kulit mulus Qaseh. 'Sejuknya tangan Qaseh! Dah macam ais. Agaknya dia pun gugup macam aku gak kot,' duga Rizqy.

Sebentuk cincin permata bunga tanjung disarungkan pada jari manis Qaseh. Qaseh tergamam. 'Macam pernah kulihat cincin ini, tapi di mana ya?' detik hati Qaseh. Terpinga-pinga Qaseh dibuatnya. 'Bila masa mamat ni beli cincin ni? Mana dia tahu aku memang nak cincin ni?' Masa ni jugak la si Qaseh nak fikir macam-macam. Wajah Rizqy dan cincin di jari dipandang silih berganti.

Rizqy tersengih, menampakkan lesung pipit di sebelah kanannya. Manis! Sempat lagi Rizqy kenyit mata pada isterinya, Qaseh. Siap boleh main mata lagi. Rizqy mengarahkan matanya pada jemarinya yang masih berada dalam genggaman Qaseh. Wajahnya ditundukkan sedikit lantas membisikkan sesuatu. "Tahu la awak terkejut pun tengok cincin tu. Kalau ya pun, salam la tangan suami awak yang tercinta ni dulu," perli Rizqy.

Pipi Qaseh membahang. Warna pipinya juga sudah bertukar merah. Nasib baik pipi Qaseh disapu pemerah pipi. Tak ada lah nampak sangat pipinya yang sedang membahang tu. Segan Qaseh ditegur Rizqy kerana keterujaannya dengan cincin pemberian Rizqy.

Menyedari kesilapannya Qaseh terus tunduk menyalami tangan sang suami. Sebagai balasan, Rizqy meletakkan tangan kanannya di atas kepala Qaseh, sebagai ganti ciuman di dahi. Bagi Rizqy, biarlah ciuman itu hanya untuk tatapan Qaseh.

Qaseh termalu sendiri memikirkan kelekaannya merenung cincin sebentar tadi. Sempat matanya menangkap kelibat Izlan dan Ilham yang galak mentertawakan dia. Matanya dijengilkan tanda memberi amaran. 'Siaplah kau orang!' Namun amaran itu hanya mampu dibisikkan di dalam hati.

Tiba saat untuk sesi bergambar. Sesi yang paling tak digemari Qaseh. Tapi memandangkan perkahwinana hanyalah sekali seumur hidup, Qaseh maniskan juga wajahnya. Senyum sehinggakan wajahnya automatik tersenyum setiap kali kamera diarahkan pada mereka. Rizqy pula dari tadi tak lepas dari memeluk pinggang Qaseh. Maklumlah, dah halal!

Akhirnya selesai sesi bergambar. Wajah suami tercinta Qaseh pandang dengan penuh rasa terharu. Kali ni betul-betul terharu. Terharu kerana Rizqy sanggup mengorbankan wangnya semata-mata untuk memenuhi keinginan Qaseh. Bukannya murah cincin tu, 10 ribu tu!

"Kenapa?" tanya Rizqy sebaik saja menyedari Qaseh asyik merenung dirinya.

"Terima kasih..." ucap Qaseh malu.

Rizqy menjongketkan kening. "Thanks for?"

Qaseh mengangkat jemarinya, menunjukkan cincin yang tersarung di jari manis.

Encik GulaWhere stories live. Discover now