4

14.6K 639 8
                                    

Qaseh mempercepatkan langkah. Wajah kedua-dua adik lelakinya langsung tidak dipandang. Bengang lah tu! "Eeee, geramnya aku dengan bodyguard tak bertauliah yang dua orang tu! Jadi pelindung aku sudah la! Sibuk je nak jadi agen cari jodoh untuk aku. Sekali aku lesing lebam juga biji mata budak dua tu. Huh!", bebel Qaseh. Hatinya masih panas membara dek rancangan gila Ilham.

Enjin moto dihidupkan. Menderum bunyi enjin motosikal jenama Kris meninggalkan perkarangan rumah. Entah ke mana harus dituju. Qaseh bingung. Yang dia tahu dia mahu meninggalkan rumahnya buat seketika. Meninggalkan orang-orang yang sentiasa menyesakkan dadanya dengan isu perkahwinan. Mungkin Qaseh perlu cepat-cepat mencari calon suami untuk dirinya supaya ibu dan adik-adik tidak terus menerus menyibuk hal dirinya yang satu itu.

"Kreuk..kreukk". Kedengaran perut Qaseh berbunyi. "Mak ai, lapar la pula. Itu lah, nak merajuk pun makan lah dulu. Kan dah lapar. Ni semua si Am punya pasal!", Qaseh membebel lagi sambil matanya cuba fokus pada pemanduan. Setiap kali teringatkan Am, hatinya pasti membara semula dan setiap kali itu lah Qaseh akan meninggikan had laju motosikal. Sekali tengok dah macam minah rempit je. Bawa motosikal macam jalan tu dia yang punya.

Sesekali Qaseh memandang ke arah kiri kanan jalan. Motosikal diperlahankan. 'Pergh, ada mamat-mamat handsome tengah main bola. Reda sikit amarah aku ni. Hahaha', desis hati Qaseh. Qaseh...Qaseh... Perangai yang satu ni memang tak boleh nak dibuang. Asal nampak lelaki tampan je mula la tersengih-sengih sendiri.

'Ish, gatal punya perempuan! Hah, apa lagi? Cepat la cari calon suami kau! Adik-adik nak tolong carikan kau menyinga!', bisik hati kecil Qaseh.

'Ah, malas lah aku. Kenal budak-budak tu pun tak. Tak kan aku tiba-tiba nak terhegeh-hegeh kat dia orang', bidas Qaseh dalam hati. Dia masih lagi berperang dengan perasaan sendiri.

Tiba-tiba mata Qaseh tertancap pada seraut wajah yang seperti pernah dikenali. Lantas motosikal diberhentikan berhampiran padang bola sekangkang kera itu. Qaseh menampar-nampar pipi. "Eh, biar betul! Takkan mamat tu kot. Tapi muka dah ada iras-iras tu", gumam Qaseh. Ralit Qaseh memerhatikan salah seorang daripada pemain bola itu.

Tanpa disedari ada sebiji bola yang sedang mencari mangsa untuk ditujui. Khusyuk sangat memikirkan adakah lelaki itu yang pernah dijumpainya sebelum ini sehinggakan Qaseh langsung tidak perasan bola itu semakin menghampiri dia. Dalam masa tiga saat, 3...2...1...

"Bum!". Bola itu terkena muka Qaseh.

"Arghhh...", serentak itu Qaseh menjerit. Dia tidak dapat mengawal imbangan badan dek kerana putaran bola yang terlalu laju mengenai kepalanya.

"Gedebum!". Kedengaran bunyi motosikal jatuh, menghempap badan Qaseh yang sedikit kecil. Qaseh terbaring di atas jalan. Dia cuba mengangkat motosikal menggunakan sebelah tangannya yang masih terselamat daripada dihempap encik motosikal namun tidak berjaya. Sah-sah la tak berjaya. Apa lah daya sebelah tangan Qaseh jika nak dibandingkan dengan berat motosikal itu. Dah la si Qaseh ni kecil orangnya.

"Huwaa, tak ada ke orang nak tolong aku ni? Ni nak nangis ni! Menyesal pula marah bodyguard aku yang dua orang tu. Kan tak ada orang nak tolong dah. Am, Lan... Tolong la kak long! Sakit ni. Huhuhu", jerit Qaseh. Kepala Qaseh sudah mula pening-pening lalat akibat hentaman bola tadi.

Dalam masa yang sama budak yang telah menyepak bola tadi sudah gelabah di tengah padang. Rizqy ikut sama terkejut melihat adegan yang berlaku. Perasaan risau sudah menjengah hatinya. Rizqy berlari-lari anak ke tempat kejadian. Mahu menolong si mangsa yang pastinya sedang menangnggung kesakitan. Sampai saja di situ cepat-cepat Rizqy mengangkat motosikal yang menghempap Qaseh lalu menongkatkan di tepi jalan.

"Eh, macam pernah kulihat minah ini. Tapi di mana ya?", fikir Rizqy. Rizqy memaksa memori jangka masa panjangnya untuk mengimbas semula dan mengeluarkan maklumat yang diperlukan untuk mengingatkan dia semula tentang gadis yang sedang terbaring di hadapannya. "La, minah ni ke..."

Encik Gulaحيث تعيش القصص. اكتشف الآن