19

10.8K 465 4
                                    

Qaseh tersenyum melihat kek dalam bungkusan di tangannya. 'Harap Riz suka lah. Bukan senang aku nak buatkan kek untuk dia. Mesti dia terkejut tiba-tiba aku datang buat surprise!' bisik Qaseh dalam hati. Tak sabar dia mahu bertemu suami tercinta. Suami yang baru dicintainya. Kini barulah Qaseh mengerti mengapa orang tua berkata bercinta selepas kahwin itu adalah lebih indah daripada bercinta sebelum kahwin. Rasa cinta yang mula bersemi benar-benar membuatkan hati Qaseh terbuai indah. Hari-hari dia merindui suaminya walaupun kadangkala Qaseh malu untuk mengungkapkan di hadapan Rizqy.

"Cinta itu makanan jiwa. Tanpa cinta hatiku sepi. Sepi dibawa angin lalu. Aku perlukan cinta dalam hidupku. Bagi menemani hari-hariku sehingga ke nafas yang terakhir. Namun cinta itu buta andai cinta itu tidak kusandarkan pada Yang Maha Esa. Aku ingin mencintaimu kerana DIA. Oleh itu, cintailah daku keranaNYA. Kerana DIA lah yang meniupkan rasa cinta dalam hati ini untuk mencintaimu keranaNYA." Qaseh meneliti semula tulisan yang dia lakarkan pada kad hari jadi untuk suami tercinta. Qaseh akui dia tidak pandai berpuitis, namun tulisan dalam kad tersebut benar-benar menggambarkan isi hati Qaseh pada Rizqy.

Pintu kereta dibuka lalu Qaseh keluar menjelmakan diri. Laju kakinya melangkah ke kedai jersi suaminya bersama sebuah senyuman manis yang sentiasa terukir di bibir. Sedari pagi Qaseh sangat murah dengan senyuman. Tambahan lagi hari ini merupakan hari istimewa bagi Qaseh dan Rizqy.

"Assalamualaikum..." Qaseh memberi salam. Namun kelibat suaminya langsung tidak kelihatan. Mata Qaseh meliar mecari bayang sang suami.

"Awak...Mana pula dia ni? Orang nak buat surprise dia hilang pulak," bebel Qaseh sendiri. Tiba-tiba Qaseh terdengar suara orang bercakap-cakap dari stor di sudut belakang kedai Rizqy. Perlahan-lahan dia menapak ke arah stor tersebut.

'Erk...Macam suara perempuan je. Kenapa bunyi macam tengah berperang?' tebak hati Qaseh. Semakin dekat kakinya dengan stor, semakin berdebar-debar hati Qaseh. Jantungnya berdegup pantas. Seolah-olah ada sesuatu yang akan terjadi sebentar lagi. Qaseh memandang ke arah pintu stor yang sedikit terbuka. Sempat dia menangkap suara suaminya yang seperti sedang menyinga memarahi seseorang.

"Eh, perempuan! Kau dah gila ke? Aku tak kenal kau lah!" tempik Rizqy.

Terkejut Qaseh mendengar tempikan Rizqy. Tak pernah pula Rizqy berteriak begitu sepanjang bersama dengannya. Qaseh tambah terkejut melihat keadaan baju suaminya yang sedikit tercarik di belakang. Qaseh langsung tidak mengenali perempuan yang bersama Rizqy di dalam stor itu. Setahunya Rizqy tak pernah rapat dengan mana-mana perempuan kecuali dia.

"Riz, takkan you tak ingat I? I la Sofia, satu-satunya orang yang sayangkan you, cintakan you. Tak pernah I lupakan you walau sesaat pun," ujar Sofia dengan nada suara menggoda. Langkahnya semakin dekat menghampiri Rizqy. Tanpa segan, Sofia cuba memeluk Rizqy sekali lagi.

"Sofia?" Rizqy cuba mencari nama Sofia dalam ruang memorinya namun ternyata dia langsung tidak mengingati gadis itu. Tanpa Rizqy sedari, dia masih membiarkan tubuh Sofia hampir dengannya, sangat hampir sehingga membuatkan satu jiwa yang melihat terasa sesak. Sesak dengan permainan dua insan yang berada di depan matanya tika ini.

"Astaghfirullah..." Cepat-cepat Rizqy merungkaikan pelukan Sofia lantas menjarakkan diri daripada perempuan yang mengaku mencintai dirinya.

"Awak..." panggil Qaseh sendu. Kad dan kek yang sejak tadi setia berada dalam genggamannya kini sudah terlepas jatuh ke lantai. Hiba hatinya melihat aksi di hadapan mata. Aksi yang berjaya membuatkan seluruh tubuhnya menggigil menahan amarah yang menggila. Rasa amarah yang tidak pernah dirasainya sebelum ini. Rupanya, inilah rasa bila dikhianati kekasih hati. Tidak pernah terbayang dek akal Qaseh yang Rizqy akan mengkhianati cinta mereka. Cinta yang disemaikan dalam hatinya kerana Tuhan Yang Satu.

Encik GulaWhere stories live. Discover now