24

11.8K 428 5
                                    

Masuk hari ini dah tiga hari Qaseh diserang gastrik. Selama tiga hari ini jugalah Rizqy tak jemu-jemu melayan keletah si isteri. Qaseh mahu susu, Rizqy buatkan susu. Mahu makan yang sedap-sedap pun pasti Rizqy masakkan. Cuma Rizqy kurangkan pedas dalam masakannya supaya gastrik Qaseh segera sembuh. Orang yang menghidap gastrik tak digalakkan kita beri makan makanan yang pedas dan masam. Boleh jadi bertambah teruk jika cara pemakanan tidak dikawal.

Tiga hari terperap dalam bilik betul-betul merimaskan Qaseh. Dia hanya bangun untuk makan, mandi dan mengerjakan ibadah. Selebihnya memang hanya atas katil je la tempat Qaseh. Mujur lah perutnya sudah semakin sihat Cuma Qaseh masih terasa kurang selesa pada perutnya.

Sepanjang Rizqy merawat Qaseh, Qaseh hanya mengangguk dan menggeleng sahaja. Semua gara-gara rasa kesal di hati yang masih belum pulih kerana pertelingkahan yang berlaku dia antara Qaseh dan Izlan. Seumur hidupnya, tak pernah dia menengking adiknya sebegitu kuat. Tapi disebabkan Rizqy, entah kenapa Qaseh tak mampu mengawal emosi sehinggakan adik yang paling disayangi dimarahi sebegitu rupa. Pasti Izlan berasa kesal dengan kak longnya.

Rizqy pula sudah tak tahu apa lagi yang nak dibuat dengan Qaseh. Buat lawak pun Qaseh tak gelak. Cipta suasana romantik pun Qaseh tak layan. Akhirnya dia termalu sendiri. Nasib baik lah Qaseh tak menolak bila disuapkan dengan makanan dan ubatan. Kalau tak jenuh juga dia mahu memikirkan cara yang sesuai supaya Qaseh mahu makan. Salah Rizqy juga, terlalu ego sehinggakan hubungan mereka menjadi lebih teruk. Bukannya lebih baik!

Qaseh Qashdina! Rupanya bila seorang Qaseh Qashdina marah sangat menggerunkan. Membuatkan orang di sekitarnya ditimpa rasa bersalah yang teramat dek kerana kebisuannya. Rizqy betul-betul rasa bosan kerana tak ada orang yang mahu berbual dengannya. Kadang-kadang sampai bercakap seorang diri kerana terlalu bosan. Hebatnya penangan seorang Qaseh! Sampai suami sendiri pun boleh jadi tak betul dibuatnya.

Rizqy terhendap-hendap di sebalik pintu luar dari rumahnya. Memeriksa sama ada Qaseh ada di ruang tamu atau tidak. "Fuh, nasib baik tak ada!" Rizqy mengeluh lega. Dengan langkah yang cepat tapi teratur Rizqy menjijit barang-barang yang dibeli masuk ke rumah. Segala-galanya harus dilakukan dengan pantas. Kalau tak pasti rancangannya tak akan berhasil.

Rizqy menghiaskan meja makan dengan pelapik berwarna putih dihiasi dengan kelopak-kelopak mawar merah yang dibelinya tadi. Dua kuntum bunga mawar diletakkan di dalam pasu kecil dan sisusun kemas di tengah-tengah meja. Tak lupa juga dua batang lilin yang menghiasi meja makan tersebut. Segala kelengkapan peralatan makan Rizqy susun dengan kemas. Dah macam di hotel pula.

Bungkusan yang sedari tadi tersimpan rapi Rizqy keluarkan. Dua set Combo Golden Wrap Chicken dikeluarkan dari kotak kfc. Satu diletakkan pada pinggan Qaseh, satu lagi pada pinggannya. Rizqy menggosok tangan sambil tersenyum. Tak sabar rasanya mahu melihat reaksi Qaseh nanti.

Masih ada dua bungkusan yang belum dibuka. Cepat-cepat Rizqy sembunyikan bungkusan tersebut di dalam peti ais. Tiba masanya pasti Rizqy akan tunjukkan pada Qaseh. 'Mesti Qaseh bangga sebab dapat aku sebagai suami,' detik hati Rizqy, perasan. Nak bangga macam mana kalau asyik menimbulkan kemarahan Qaseh.

"Eh air! Macam mana boleh lupa nak buat air ni?" gumam Rizqy sendiri. Air berkarbonat yang disertakan bersama set kfc tadi Rizqy simpankan jua dalam peti ais. Buat masa ni lebih elok jika isterinye itu berpuasa dari minum air berkarbonat.

Sambil menyanyi kecil, Rizqy membancuh air sirap ais bersama biji selasih dalam jug. Kemudian dituangkan ke dalam cawan yang telah tersiap sedia di atas meja. Rizqy ketawa sendiri. Dirinya sendiri terasa kelakar menjadikan hidangan kfc sebagai makanan untuk candle light dinner mereka. Tapi nak buat macam mana, hanya ini yang mampu disediakan dalam masa yang singkat. Itupun dia dapat idea ni ketika menonton iklan kfc di televisyen siang tadi.

Encik GulaWhere stories live. Discover now