32

11.3K 442 6
                                    

Usai mandikan Qaseh, Rizqy terus capai tuala dan berlalu ke bilik air. Menggigil tubuhnya sedari tadi menahan kesejukan. Macam mana tak sejuk kalau sejam lebih berendam dalam hujan. Namun ditahan rasa sejuk yang mencengkam. Kesihatan Qaseh lebih penting. Khuatir isterinya bakal dijangkiti demam, Rizqy cepat-cepat bersihkan Qaseh.

Sayangnya Rizqy pada Qaseh.. Sampai tengah-tengah mandi pun masih perah otak macam mana nak pulihkan isterinya. Nak sedarkan Qaseh yang Izlan dah pergi dan takkan kembali..atau lebih tepat dah mati.. itu bukan perkara mudah. Isterinya dah parah. Sanggup berjalan berkilometer semata-mata untuk ke kubur Izlan. Lepaskan rindunya di situ. Kadang-kadang Rizqy terfikir, apakah Qaseh tak sedar apa yang dia lakukan?

Rizqy meraup muka yang dibasahi air dari shower. Tubuh mula terasa segar. Tiba-tiba dia terfikir beberapa cara. Pertama, tampar pipi Qaseh untuk sedarkan dia yang Izlan dah tak ada. Rizqy geleng kepala. Gila apa nak tampar pipi Qaseh! Tak pernah dibuat dek dia. Hati Qaseh dah cukup terluka. Mustahil untuk dia tambahkan luka di wajah mahupun tubuh Qaseh. Silap-silap haribulan Qaseh jadi makin jauh dari dia. Tak boleh, tak boleh.. Kedua, asingkan tempat tidur. What? Asingkan tempat tidur? Kenapa nak diasingkan tempat tidur sedangkan Qaseh tak berbuat salah pada dia. Qaseh cuma kehilangan diri sendiri buat seketika. Sebenarnya dia yang tak boleh berpisah tempat tidur dengan Qaseh. Ketiga, biarkan Qaseh pulih sendiri. Boleh ke Qaseh pulih sendiri? Teringat pesanan doktor, jangan biarkan Qaseh sorang-sorang. Dia akan lebih sedih.. Oh! Kali ni Rizqy betul-betul sekeh kepala sendiri. Semua idea tak boleh pakai. Betul la otak dia dah berkarat. Buntu sebuntunya.. Tak tahu nak buat apa..

Pili shower ditutup. Rasanya macam dah agak lama dia berendam dalam bilik air ni. Entah apa jadi pada Qaseh kat luar tu. Rizqy lap tubuhnya yang basah. Pintu bilik air dia buka. Ternampak kelibat Qaseh yang sedang tidur dengan berbungkuskan selimut. Rizqy kenakan pakaian di tubuh. Perlahan-lahan dia hampiri Qaseh, duduk di birai katil. Wajah Qaseh diusap lembut. Kasihan, isterinya cukup menderita kerana kepergian Izlan. Belakang telapak tangan dia lekapkan pada dahi Qaseh. Alhamdulillah, mujur lah tak panas. Rizqy tunduk mencium dahi si isteri. Rindunya dia pada Qaseh yang asli..

Sambil berjalan menuruni tangga, terfikir-fikir menu apa yang sesuai untuk dihidangkan pada Qaseh. Nak masak lauk-pauk ke? Qaseh selera ke nak makan. Dah banyak hari Qaseh tak sentuh makanan berat. Makan pun cuma sesuap dua. Kalau dipaksa makan Qaseh akan memberontak. Rizqy buka peti sejuk. Tengok apa yang ada. Senyum lebar bukan main tengok sayur sawi ada dalam peti sejuk. Baru teringat, ibu ada cakap Qaseh tak punya selera nak makan benda lain selain sayur sawi kalau dia tengah tak sihat. Rizqy petik jari. Sup sayur untuk isteri tersayang! Senang dan simple! Makanan untuk dia.. Nanti-nanti dulu lah. Yang penting Qaseh perlu habiskan sup sayur ni. Kalau tak dia nak merajuk sendiri. Merajuk? Memang merajuk sorang-sorang lah, tak ada orang pun nak pujuk. Rizqy garu kepala yang makin hari makin ting- tong. Jangan la dia ting-tong dulu. Qaseh pun tak sembuh-sembuh lagi.

Rizqy ambil seikat sayur lalu dipotong kepada bahagian-bahagian kecil. Kemas dan cantik kerja Rizqy. Tapi sebenarnya tak ada la susah sangat pun nak potong sayur. Cantik tak cantik masuk perut juga. Tiga ulas bawang putih dibuang kulitnya lalu Rizqy basuh dan tumbuk bersama lada hitam guna lesung batu. Rizqy ambil pula sebiji lada merah. Dia hiris kecil-kecil secara menyerong. Cukup lah satu. Tak elok isterinya makan pedas-pedas. Fikir Rizqy.

Agak-agak dah panas periuk, Rizqy tumis bawang putih bersama lada merah dan lada hitam sampai naik bau. Kemudian Rizqy tuangkan sedikit air untuk jadikan kuah. Betul ke cara dia? Rizqy tergelak sendiri. Hentam saja lah labu.. Yang penting ada rasa. Setiap orang ada cara masaknya sendiri. Macam tu juga Chef Rizqy! Sementara tunggu air menggelegak Rizqy masukkan garam dan gula secukup rasa. Sayur sawi dan lobak yang dah siap dipotong dimasukkan ke dalam periuk. Terbit sengihan dari bibir Rizqy. Siap! Tunggu sayur masak je.. Hatinya berdesis.

Encik GulaWhere stories live. Discover now