DS 2

20.8K 467 11
                                    

GELAS berisikan air milo diambil oleh Sara lalu dibawa ke ruang tamu bersama sebuku roti.

"Hari ini betulkah Harraz nak datang jemput aku ?" Soal Sara sambil menekan butang remote tv untuk mencari rancangan kegemarannya.

"Mana pula cerita Ejen Ali ?" Sara bermonolog sendirian kemudian dia mengingati sesuatu.

"Patutlah tak ada hari ini kan hari ahad" Kata Sara lalu meneguk air milo sehingga habis.Kemudian,dia menggigit roti itu.

"Mama pukul berapa Harraz nak datang ?" Soal Sara kepada Puan Diana yang melalui kawasan itu.

"Mungkin sekejap lagi dia datang dan kenapa kamu tak panggil dia abang Harraz ? Kan dia tua daripada kamu" Kata Puan Diana sambil mengerutkan dahinya.

"Tak biasalah nak panggil abang" Kata Sara sambil tersengih dan menggosok belakang lehernya.

"Kamu mesti biasakan diri kerana tak lama lagi dia bakal jadi suami kamu" Kata Puan Diana sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

"In sha Allah Sara cuba" Kata Sara sambil tersenyum.

"Tak apalah mama keluar dulu nak siram pokok bunga" Kata Puan Diana lalu berjalan ke arah pintu besar namun langkahnya terhenti apabila Sara memaggilnya.

"Mama !" Puan Diana berpaling memandang Sara di belakang.

"Ada apa ?" Soal Puan Diana.

"Nanti kalau Harraz dah datang mama panggillah Sara" Kata Sara sambil berdiri dari kerusi dan mengambil gelas.

"Okey" Kata Puan Diana lalu keluar dari rumahnya untuk menuju ke kebun mini miliknya.

Sara pula berjalan ke arah dapur untuk mencuci gelas selepas itu dia berjalan menaiki tangga menuju ke bilik untuk bersiap.

"Aku nak keluar dengan Harraz macam tak percaya sahaja ?" Soal Sara sambil melihat pantulannya di hadapan cermin.

"Sara ! Harraz dah sampai" Panggil Puan Diana yang berada di taman mininya.

"Dah sampai ? Kenapa jantungku berdegup dengan kencang sekali ? tolong jangan meletup nanti tak sempat pula aku nak keluar dengan Harraz " Kata Sara sambil memegang dada yang tidak berhenti berdegup dengan kencang.

"Sara kau buat apa lagi di atas tu ? Harraz dah datang ni" Panggil Puan Diana sekali lagi.

"Ya mama ! Sara datang sekarang" Jerit Sara yang berada ditingkat atas sambil membetulkan shawl yang dipakainya.

Sara turun ke bawah selepas selesai bersiap dan mendandan dirinya dia hanya mengenakan t-shirt supreme yang berlengan panjang dengan skirt yang berwarna biru muda serta shawl yang berwarna putih bercorakkan bintang dan dia segera mengambil kasut berwarna hitam di rak kasut yang berhampiran tangga.

"Mama,Sara pergi dulu" Sara meminta izin untuk keluar daripada Puan Diana dan bersalaman dengan mamanya,mestilah kena minta izin takkanlah dia nak pergi macam tu sahaja.

"Hati-hati,Harraz tolong jaga Sara" Pesan Puan Diana sambil memeluk bahu Sara.

"Okey aunty" Kata Harraz yang kelihatan gayanya agak sombong kerana dia tidak senyum walaupun sedikit.

'Semakin sombong Harraz sejak beberapa tahun tidak berjumpa apalah nak jadi dengan budak ni tapi sebab perangai dia macam ni kau tetap sayang dia juga kan' Gumam hati Sara

Dia Suamiku ✔(editing)Where stories live. Discover now