DS 60

9.1K 263 27
                                    

"Macam manalah keadaan Farihah sekarang dah lama tak jumpa dia sejak sibuk akhir-akhir ini" Kata Fadzrin lalu meneguk coffee.

Secara tidak sengaja Fadzrin terdengar perbualan lelaki yang berbadan sado dan lelaki berkulit gelap yang duduk di belakangnya.

"Budak bernama Farihah tu macam mana sekarang ?" Tanya lelaki yang berkulit gelap memakai kaca mata hitam.

"Budak tu kuat menangis kalau ikutkan hati aku nak je bunuh dia tapi bos Risya marah pula nanti" Kata lelaki berbadan sado.

'Farihah diculik ? Dan ini semua rancangan Risya nampaknya aku perlu lakukan sesuatu' Gumam hati Fadzrin.

Tiba-tiba nada dering kedengaran dari dalam poket seluar lelaki itu dan dia segera mengambil telefonnya dan menjawab panggilan tersebut.

"Hello bos"

"Hello,aku ada tugas untuk kau berdua"

"Apa bos ?"

"Aku nak kau bereskan budak itu selepas 2 jam nanti kerana pada waktu itu aku dah sah jadi isteri Harraz dan kau buang mayat budak tu depan rumah dia"

"Beres bos nanti kami bereskan budak tu dan lakukan seperti yang bos inginkan"

"Bagus"

Risya segera mematikan telefonnya dan tersenyum memandang cermin di hadapannya.

Tubuhnya pula lengkap bersarungkan pakaian pengantin rambutnya pula disanggulkan ke belakang.

"Kau akan jadi milik aku Harraz tak lama lagi dan Sara aku tak sabar nak melihat kesengsaraan kau" Kata Risya sambil tersengih sengit.

"Bos nak kita uruskan budak Farihah tu" Kata lelaki berbadan sado itu.

"Maksud kau urus macam mana ?" Tanya lelaki berkulit gelap itu.

"Bunuhlah dia bodoh" Kata lelaki berbadan sado sambil menjentik dahi lelaki berkulit gelap itu.

"Ouh" Katanya tanda faham.

"Jomlah" Kata lelaki berbadan dado itu kepada kawannya lalu dia bangun daripada kerusi menuju ke kaunter untuk membuat pembayaran kemudian dia keluar dari kedai itu diikuti kawannya dari belakang.

"Nampaknya aku perlu selamatkan Farihah sebelum Farihah diapa-apakan" Kata Fadzrin lalu bangun dan menuju ke arah keretanya.

Fadzrin mengikuti kereta lelaki berbadan sado dan kawannya dari belakang sehinggalah mereka tiba di sebuah gudang lama.

"Lepaslah !!" Jerit Farihah cuba melepaskan diri dengan kekuatannya namun dia tidak mampu untuk meleraikan tali itu kerana tali itu diikat kemas.

"Itu kan suara Farihah" Kata Fadzrin yang menyorok di sebalik dinding.

"Manaf,kau pergi tengok budak tu sebab aku nak pergi kencing sekejap" Kata lelaki berbadan sado itu kepada kawannya.

"Okey" Jawab lelaki berkulit gelap itu yang bernama Manaf.

Dia Suamiku ✔(editing)Where stories live. Discover now