DS 48

6.9K 180 8
                                    

"Macam mana keadaan kau dan Farihah sekarang ?" Tanya Fadzrin kepada Sara sambil memandang ke arah Farihah yang sedang bermain air pantai dengan ceria.

"Aku dan Farihah okey sahaja" Kata Sara sambil memegang tudung bawalnya yang ditiup angin pantai.

"Ouh baguslah kalau macam tu" Kata Fadzrin sambil tersenyum.

"Kau pula macam mana ? Bila kau nak kahwin ?" Tanya Sara sambil mengangkat keningnya ke arah Fadzrin.

"Kalau ada jodoh aku akan juga itupun kalau aku masih bernyawa" Kata Fadzrin lalu tergelak di hujung kata.

"Kau merepek apa pula ni ?" Tanya Sara sambil memandang hairan ke arah Fadzrin.

"Betullah apa aku kata tadi,kita ni pasti akan mati apabila ajal sudah tiba" Kata Fadzrin sambil bangun dan berjalan ke arah Farihah.

"Apa maksud Fadzrin ?" Sara turut bangun untuk pergi ke arah Farihah dan Fadzrin yang sedang bermain kejar-mengejar.

"Mama ! Cubalah tangkap Farihah kalau boleh" Farihah berlari ke belakang sambil melambai-lambai tangan ke arah Sara.

"Kamu pandang rendah pada mama ya Farihah,kalau nak tangkap kamu sebentar je dah dapat tangkap" Kata Sara sambil berlari perlahan ke arah Farihah.

"Cubalah tangkap" Kata Farihah sambil berlari.

'Baguslah kalau kau bahagia dengan kehidupan kau bersama Farihah sekarang' Bisik hati Fadzrin yang sekadar memandang Sara dan Farihah sedang bermain.

"Uncle Fad,jomlah kejar Farihah" Kata Farihah seakan-akan mencabar Fadzrin untuk mengejarnya.

"Siap kamu kalau uncle Fad dapat kejar" Fadzrin sengaja melambatkan pergerakannya.

"Uncle Fad takkan dapat kejar Farihah sebab uncle Fad lari perlahan sangat" Kata Farihah sambil berlari ke belakang dan menjelir lidah ke arah Fadzrin.

Tiba-tiba Farihah terjatuh kerana tersepak batu yang berada di hadapannya.Farihah terus menangis teresak-esak.

"Farihah !" Sara segera berlari ke arah Farihah apabila ternampak Farihah terjatuh semasa berlari.

"Kenapa tak berhati-hati semasa berlari ?" Tanya Fadzrin lalu mendukung Farihah ke arah pondok kecil diikuti Sara dari belakang.

Fadzrin meletakkan Farihah di atas pondok kecil itu.

"Farihah,mama pergi ambil ubat dalam kereta sekejap sahaja,kamu tunggu disini dengan uncle Fadzrin" Kata Sara sambil mengesat air mata Farihah dengan ibu jarinya.Farihah sekadar mengangguk sahaja.

Sara segera berlari menuju ke tempat parking kereta untuk mendapatkan ubat luka buat Farihah.

"Mana aku letak ubat ni ?" Kata Sara sambil mencari-cari ubat di tempat duduk.

"Hah ! Itupun ubat" Sara segera mengambil ubat dan pembalut lalu diletakkan ke dalam beg tangannya.

Sara segera menutup pintu kereta,baru sahaja dia ingin melangkah pergi dia ternampak Harraz sedang membukakan pintu kereta untuk Risya.

"Abang Harraz !" Ujar Sara sambil memandang Harraz lama,kakinya hendak melangkah ke arah Harraz dan Risya namun terhenti apabila terdengar bunyi nada dering telefon dari dalam beg tangannya.

"Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam,Sara cepatlah datang anak kau ni dari tadi lagi menangis aku dah tak tahu nak pujuk macam mana"

"Okey aku datang sekarang,bye"

Sara meletakkan telefonnya ke dalam beg tangannya dan berjalan menuju ke pondok kecil.

"Maaf sayang,mama lambat" Kata Sara sambil membuka penutup ubat dan mencapai kapas di dalam plastik.

Sara meletakkan ubat luka pada lutut Farihah menyebabkan Farihah mengerutkan dahinya.

"Sakit ma" Kata Farihah sambil memegang tangan Sara supaya berhenti meletakkan ubat pada lutut.

"Tahan sikit sahaja" Kata Sara sambil mengusap kepala Farihah.Kemudian,Sara segera mencapai pembalut di dalam plastik untuk membalut kecederaan pada lutut Farihah.

"Dah siap" Kata Sara sambil mengemaskan ubat-ubatan serta pembalut luka dan lain-lain.

"Terima kasih,mama" Kata Farihah lalu mencium pipi Sara.

"Ucap terima kasih pada mama Farihah sahaja ? Uncle Fad pun tolong angkat Farihah datang ke pondok kecil ni juga" Kata Fadzrin sambil menyilangkan tangannya ke dada dan berpaling ke tepi.

"Uncle Fad,terima kasih sebab tolong Farihah,janganlah merajuk nanti Farihah belanja aiskrim coklat" Kata Farihah sambil memegang tangan Fadzrin.

"Uncle Fad gurau saja tapi pasal belanja uncle Fad okey saja cuma ada duitkah nak belanja uncle Fad aiskrim ?" Tanya Fadzrin sambil mengangkat keningnya ke arah Farihah.

"Mama kan ada" Kata Farihah sambil tersengih ke arah Fadzrin dan berpaling memandang ke arah Sara.

"Kenapa mama pula yang mesti bayar sedangkan Farihah yang nak belanja uncle Fad ?" Tanya Sara lalu mencuit hidung Farihah.

"Sebab Farihah belum kerja lagi so Farihah tak ada duit jadi mamalah yang harus bayar bagi pihak Farihah" Ujar Farihah,walaupun dia berusia lima tahun dia tetap petah berkata-kata.

"Amboi pandai dia berkata-kata" Kata Fadzrin sambil mengusap kepala Farihah.

"Mestilah anak aku kan" Kata Sara sambil mengangkat keningnya ke arah Fadzrin.

"Cis ! Berlagaknya" Kata Fadzrin.

"Bukan berlagak atau nak riak tapi memang fakta" Kata Sara sambil tersengih.

"Erm suka hatilah,Sara aku rasa aku perlu balik sekarang sebab aku ada makan malam di restoren pada pukul 9 malam" Kata Fadzrin.

"Makan malam bersama bakal isteri ?" Tanya Sara sambil tersenyum ke arah Fadzrin.

"Eh mana ada,aku ada makan malam dengan my parents lagipun siapalah nakkan aku ni" Kata Fadzrin sebelum mengeluh.

"Tak payah berdramalah sangat" Kata Sara.

"Tak apalah Sara,aku rasa aku perlu bertolak sekarang takut sampai lewat pula" Kata Fadzrin.

"Okey,kirim salam kat ibubapa kau nanti" Kata Sara sambil meletakkan tangan di atas bahu Farihah.

"In Sha Allah" Kata Fadzrin kepada Sara sebelum pergi ke tempat parking kereta.

"So,how about us ?" Tanya Sara pada Farihah yang duduk disisinya.

"Jom pergi makan lagipun Farihah dah lapar dari tadi lagi" Kata Farihah sambil mengusap perutnya yang kelaparan.

"Jom !" Sara turun dari pondok kecil itu,dia menghulurkan tangan kepada Farihah supaya Farihah dapat turun dari pondok kecil itu dengan menyambut huluran tangannya.

Sara dan Farihah berjalan perlahan ke arah medan selera yang berada di tepi jalan dan berhadapan dengan pantai.

Dia Suamiku ✔(editing)Kde žijí příběhy. Začni objevovat