DS 24

8.8K 229 2
                                    

"Sara,kalau suatu hari abang menghilang dari Sara" Belum sempat Harraz menghabiskan kata-katanya Sara terlebih dahulu memotong percakapannya.

"Apa awak cakap ni ? saya tak sukalah" Kata Sara lalu memandang wajah Harraz

"kan abang kata 'kalau' tadi..kalau abang menghilang suatu hari nanti Sara tunggu tak abang ?" Tanya Harraz

"pastilah Sara tunggu,awak kan suami saya" Kata Sara

Harraz tersenyum mendengar kata-kata Sara.

"awak jomlah pulang ke chalet,sejuklah angin pantai ni" Kata Sara lalu berdiri

"tolong" pinta Harraz sambil menghulur tangannya kepada Sara

"bangun sendirilah,awak tu berat" Kata Sara

"please" Harraz membuat muka comel supaya Sara sudi menolongnya untuk bangun

"ye lah tapi tak payah buat muka macam,tak kuat saya" Kata Sara lalu menarik tangan Harraz,kini mereka berdua sangat rapat

"saya tahu awak tak kuat sebab tu saya buat macam tu" bisik Harraz ditelinga Sara

"sa-saya nak pulang ke chalet sekarang" kata Sara lalu meninggalkan Harraz di belakang,Harraz pula berjalan sambil memerhati Sara di hadapan sambil tersenyum.

"Sara nak mandi ? Tadi kata sejuk" Kata Harraz sambil meletakkan jam tangan di atas meja

"siapa kata saya nak mandi ? saya nak cuci muka dan gosok gigilah" Kata Sara lalu masuk ke dalam tandas

"ouh,best juga dapat kenakan dia" Kata Harraz sambil tersengih.Harraz menanggalkan jaketnya dan disangkut pada kerusi di hadapannya.Harraz segera ke katil dan menarik selimut

"Mengantuknya" kata Harraz lalu memejamkan mata.

"eh dah tidur" Kata Sara sambil mengelap mukanya dengan tuala.

Sara menyidai tuala pada penyangkut baju.Sara segera ke katil dan menarik selimut.

"good night Harraz,thank you sebab bahagiakan hidup saya" kata Sara lalu tidur.

Sara membuka matanya perlahan dan memandang ke sisinya.

"good morning awak,tak sangka comel juga muka awak masa tidur,ermm tak sangka awak jadi suami saya sekarang,tak sangka saya kahwin dengan crush saya,tak sangka saya bertuah kerana dapat memiliki awak dalam hidup ini,I love you" Kata Sara sambil memandang wajah Harraz yang sedang lena tidur.

"sekarang semua yang Sara tak sangka dah jadi kenyataan,I love you too" Kata Harraz sambil membuka matanya.

Sara terkejut melihat Harraz,Dia segera bangun dari tidur dan menuju ke tandas.

"tak sangka isteri aku ni pemalu juga orangnya" Kata Harraz lalu bangun dari tidur dan tersengih mengingat kejadian tadi.

"kenapa aku terlupa bawa tuala pula ?" kata Sara sambil mengetuk kepalanya,Kini dia hanya berpakaian kain sarung sahaja.

"Sayang ! kenapa lambat sangat ? Abang nak mandi pula" Kata Harraz

"sabarlah" kata Sara

"Sara terlupa bawa tuala kan sebab tuala sara ada pada abang sekarang" Kata Harraz sambil mengetuk pintu tandas

"macam mana dia boleh tahu aku terlupa bawa tuala,kenapa aku cuai sangat ?" kata Sara

"Sara cepatlah sikit,kita belum solat subuh lagi" Kata Harraz

"tolong ambilkan tuala untuk saya" kata Sara

"panggil abang dulu baru abang hulurkan tuala" kata Harraz

"cepatlah kata nak solat subuh" kata Sara

"panggil abang dulu" kata Harraz

"ye lah,abang cepatlah hulurkan tuala" Sara menghulurkan tangannya ke luar

"bunyinya macam tak ikhlas pun" kata Harraz

Sara mengeluh dan menarik nafas serta menghembuskannya.

"abang ~ Tak kesiankan sara ke duduk dalam tandas ni,dahlah sejuk kalau Sara jatuh sakit,Abang yang susah nanti,Abang tak cintakan Sara ?" Kata Sara dengan menggunakan suara kanak-kanak.

"nah !" Harraz meletakkan tuala di tangan Sara.

"Thank you abang" jerit Sara.

"Cepatlah mandi,nanti terlewat solat subuh" Kata Sara sambil keluar dari tandas.

"Awaklah yang mandi lambat" kata Harraz

"awak yang kenakan saya,kalau tadi awak bagi tuala awal-awal pasti tak akan lambat,dah dah bercakap sekarang pergi mandi" Sara menolak Harraz ke dalam tandas.

"Kita nak pergi makan kat mana ?" Tanya Sara sambil memimpin tangan Harraz

"Makan nasi lemak di gerai depan sana,orang kata nasi lemak yang dijual di gerai tu sedap" kata Harraz

"ouh tapi kenapa tak naik kereta ? Bukankah gerai tu jauh ?" Tanya Sara

"kalau berjalan kita boleh menikmati udara yang segar pada waktu pagi dan boleh memimpin tangan antara satu sama lain" Kata Harraz

"okey" Kata Sara.

Dia Suamiku ✔(editing)Where stories live. Discover now