DS 58

8.4K 242 37
                                    

"Mama !" Teriak Farihah sambil berlari keluar dari rumah membawa telefon dan teddy bear berwarna pink.

"Ada apa ?" Tanya Sara yang sedang menyiram pokok bunga,langkahnya terhenti apabila mendengar teriakan Farihah sedang memanggilnya.

"Papa telefon" Farihah memberikan telefon kepada Sara,Sara mengesat tangannya yang basah pada baju kemudian mengambil telefon daripada Farihah.

"Assalamualaikum abang,ada apa telefon Sara ?"

Tanya Sara sambil melihat anaknya Farihah yang tersenyum-senyum.

"Papa ni takkan dah rindu baru beberapa minit pergi ke pejabat dah telefon mama" Ujar Farihah.

Sara meletakkan jari telunjuk di bibirnya memberi isyarat kepada Farihah supaya diam dan menggelengkan kepalanya melihat telatah si kecil yang comel lagikan manis orangnya.

"Abang nak minta tolong Sara carikan fail tentang projek dengan syarikat Megat jaya holding,tak silap abang atas meja kerja abang rasanya abang letak semalam"

"Okey nanti Sara tolong carikan"

"Sekejap lagi abang balik ambil"

"Okey assalamualaikum"

"Waalaikumussalam"

Sara meletakkan telefonnya di dalam poket baju apabila Harraz menamatkan panggilan.

"Farihah,mama nak naik atas sekejap kamu hati-hati main di luar" Kata Sara.

"Okey mama,don't worry because I'm big girl now" Kata Farihah sambil menguntumkan senyuman manis kepada Sara.

'Ya Allah kenapa hati aku rasa risau pula ? Ya Allah lindungilah keluarga aku daripada bahaya apa-apa pun' Gumam hati Sara lalu dia berjalan masuk ke dalam rumah.

"Jadi inilah anak kesayangan si perempuan tak guna tu" Kata Risya sambil keluar dari kereta.Dia memakai mask di muka untuk menutup mula dan dia juga memakai hoodie berwarna hitam.

Risya berjalan perlahan ke arah Farihah manakala di tangannya pula terdapat sapu tangan.

Risya segera mendekati Farihah lalu menekup mulut dan hidung Farihah dengan menggunakan sapu tangan yang dipegangnya menyebabkan Farihah meronta-ronta untuk dilepaskan kemudian Farihah pengsan dan teddy bear Farihah terjatuh ke lantai.

Risya segera mengangkat Farihah menuju ke arah keretanya lalu meletakkan Farihah di kerusi belakang.

"Maafkan aunty sayang sebab memperlakukan kamu seperti ini tapi kamu jangan risau nanti bila aunty dah berjaya kahwin dengan papa kamu aunty akan layan kau dengan sebaik-baiknya" Kata Risya sambil memandang sedih ke arah Farihah.

Risya segera masuk ke dalam keretanya sambil mengukirkan senyuman di bibirnya kerana dia berjaya menjadikan Farihah sebagai tahanannya bagi mendapatkan Harraz.

"Kau ingat aku akan biarkan kau bahagia dengan Harraz ? Memang taklah ini Risya pantang dicabar dan menyerah kalah" Kata Risya sambil ketawa berdekah-dekah.Dia memandu kereta dengan begitu laju untuk menuju ke tempat persembunyiaanya.

"Farihah" Kata Sara yang baru keluar dari rumah sambil memegang fail yang di minta oleh Harraz di tanganya.

"Mana Farihah pergi ?" Soal Sara kepada dirinya sendiri sehinggalah matanya terpandang teddy bear yang berada di atas lantai.

Dia Suamiku ✔(editing)Where stories live. Discover now