DS 35

7.8K 202 2
                                    

6 bulan kemudian, Sara membuatkan check up di hospital untuk mengetahui jantina bayi mereka.

"Anak puan perempuan" Kata Doktor Ariana sambil tersenyum ke arah Sara.

"Dia dah ada geng" Kata Harraz pada Sara, Harraz membantu Sara turun dari katil.

"Tak kisahlah ada geng atau tidak,yang paling penting bayi ni sihat" Kata Sara.

"Betul tu puan Sara tapi mama dia pun mesti sihat juga" Kata Doktor Ariana.

Selepas mereka pulang dari hospital, Harraz membawa Sara ke shopping mall.

"Buat apa datang sini ?" Tanya Sara sambil memandang Harraz yang sedang mencari ruangan kosong untuk meletakkan kereta.

"Beli barang untuk baby" Kata Harraz lalu meletakkan kereta berdekatan dengan pintu masuk.

"Tapi awal lagilah,bulan depan kan boleh beli" Kata Sara sambil menggelengkan kepala melihat suaminya yang terlalu excited untuk membeli barang baby setelah mengetahui jantina baby.

"Tak apa,jom keluar" Kata Harraz keluar dari kereta dan segera ke arah Sara untuk membukakan pintu.

"Awak selalu buat macam ni, saya dah rasa macam princess pula apabila diperlakukan seperti ini" Kata Sara lalu keluar dari kereta,beg tangannya dipegang oleh Harraz.

"Sara memang princess abang pun" Kata Harraz sambil tersenyum lalu mengusap kepala Sara,baru sahaja dia ingin mencium dahi Sara, Sara segera menghalangnya dengan meletakkan tangannya pada mulut Harraz.

"Kita kat public" Kata Sara sambil mengerutkan dahinya.

"Tapi kita dah kahwin" Kata Harraz.

"Dah berdrama,kita datang sini kan nak beli barang baby kan bukannya nak buat drama kat sini" Kata Sara.

"Baiklah Puan Sara,jom masuk ke dalam" Harraz segera menarik tangan Sara.

Mereka berdua tiba di kedai bayi iaitu kedai Anakku. Harraz memilih katil bayi manakala Sara memilih pakaian bayi.

"Awak,nak baju warna pink atau biru ?" Tanya Sara sambil menayangkan baju yang berwarna pink di tangan kirinya dan baju yang berwarna biru di tangan kanannya.

"Ambil dua-dua lah" Kata Harraz sambil berjalan ke arah Sara dan mengambil baju bayi yang dipegang Harraz lalu meletakkan dalam troli.

Terbuntang luas mata Sara apabila melihat troli yang ditolak oleh Harraz penuh dengan barang bayi.

"Bila masa awak pilih semua ni ?" Tanya Sara terkejut dengan apa yang dia lihat sekarang.

"Tadi,Jomlah pergi bayar,abang tahu Sara dah lapar kan sebenarnya" Kata Harraz dan Sara hanya mengangguk.

Mereka berdua pergi ke medan selera dan memesan makanan.

"Awak,saya nak pergi ke tandas sekejap" Kata Sara pada Harraz.

"Okey tapi hati-hati" Kata Harraz.

Risya yang baru selesai keluar dari kedai kasut ternampak Harraz sedang duduk di meja makan seorang diri. Risya segera ke arah Harraz.

"Hai you, tak sangka I boleh jumpa you kat sini,kan I dah kata jodoh kita memang kuat cuma you je yang tak perasan" Kata Risya lalu mengambil tempat duduk di hadapan Harraz, kedatangan Risya membuatkan Harraz terkejut.

"Risya,boleh you duduk kat tempat lain, I tengok banyak lagi tempat kosong dan satu lagi tempat yang you duduk sekarang adalah tempat duduk isteri I" Kata Harraz seperti mengusir Risya pergi dari tempat duduknya.

"Alah you dah kenapa ? pasal isteri you tu,you suruhlah dia duduk kat tempat lain, you kan dah lama kenal I" Kata Risya seakan-akan tidak mempunyai perasaan malu bila berkata seperti itu pada Harraz.

Sara segera ke arah suaminya apabila ternampak Risya sedang duduk bersama suaminya.

"Excuse me,tempat yang cik sedang duduk sekarang adalah tempat saya" Kata Sara dengan lemah lembut, tangan kanan memegang perutnya.

"Hey perempuan kau tahu tak yang kau dah rampas Harraz dari aku,kau mesti ingat kau tu perampas, Perampas kekasih orang !" Tengking Risya menyebabkan semua orang yang berada di medan selera memandang mereka bertiga.

"Perampas kau kata,dengar sini aku yang pilih dia sebab dia adalah wanita yang baik untuk aku bukannya macam kau,kau ingat aku tak tahu yang kau pernah hamil sebelum ni masa kau berada diluar negara,aku tahulah Risya, kau ingat aku ni bodoh sampai kau boleh tipu aku" Marah Harraz.

"Perempuan tak guna,pasti kau yang dah jampi dia kan" Kata Risya lalu hendak menampar Sara namun dihalang oleh Harraz.

"Jangan pernah sentuh isteri aku" Kata Harraz lalu menepis tangan Risya supaya jauh dari Sara.

"Sara,jom abang bawa Sara pergi makan tempat lain" Harraz membawa Sara pergi dari situ.

"Argh !! Apa pandang-pandang" Marah Risya pada orang ramai yang sedang memandangnya.

"Aku sumpah korang berdua tak akan bahagia,korang berdua dah malukan aku depan orang ramai,korang berdua ingat aku akan biarkan,ni Risyalah" Gumam hati Risya, kemarahan kini membuak-buak dalam dirinya. Risya mengenggam gelas kaca yang berada di hadapannya.

Harraz membawa Sara ke restoren selera kampung. "Sara,kenapa ni ? Kalau pasal tadi jangan fikirkan lagi, abang janji abang tak akan tinggalkan Sara" Kata Harraz kerana kelihatan Sara hanya diam sahaja selepas kejadian yang berlaku di shopping mall,sungguh dia kesal dengan apa yang telah dilakukan oleh Risya sebentar tadi.

"Awak,macam mana kalau Risya buat sesuatu ?" Tanya Sara sambil memandang wajah Harraz, terserlah ketakutan di wajahnya,sungguh dia berasa takut kalau kehilangan Harraz.

"Walau apapun rancangan Risya,abang yakin dia tak akan berjaya kerana Allah sentiasa bersama kita,itu Sara mesti yakin" Kata Harraz lalu memeluk Sara.

Sara menangis dalam dakapan Harraz "Awak jangan pernah tinggalkan saya sebab saya takut tak dapat hadapi semuanya tanpa awak, janji ?" Kata Sara.

"Abang janji" Kata Harraz sambil mengusap kepala isterinya lalu memandang wajah isterinya yang dibasahi air matanya.

"Dah menangis,sekarang kita keluar makan" Kata Harraz lalu mengesat air mata Sara dan mencium dahi Sara.

"Okey" Kata Sara lalu mengesat air matanya dan membetulkan tudungnya.

Promote ^▼^

1 Bulan Untuk Dia NRRATIRAH

Dia Suamiku ✔(editing)Where stories live. Discover now