DS 21

11K 253 5
                                    

QALEESHA menghantar Sara sampai depan pintu rumah.

"Kalau macam tu kak ngah balik dulu" Kata Qaleesha kepada Sara.

"Kak ngah masuklah dulu nanti Sara buatkan air" Kata Sara.

"Tak apa lah Sara, lagipun nampak gaya macam Fatihah dah mengantuk" Kata Qaleesha.

"Kalau kak ngah nak tidur sini pun tak apa" Sara mempelawa Qaleesha untuk bermalam di rumahnya.

"Tak bolehlah ada seorang lagi anak kak ngah kang tak pasal-pasal dia menangis bila bangun tengok kak ngah tak ada" Kata Qaleesha.

"Ermm kalau macam itu tak apalah tapi hati-hati semasa memandu" Kata Sara.

"Ya kak ngah tahulah, kamu itu berbaik-baiklah dengan Harraz, jangan merajuk lama-lama buruk tau" Kata Qaleesha.

"Ermm okey" Kata Sara sambil membuat simbol okey menggunakan tanganya.

Selepas Qaleesha beredar dari rumahnya, Sara masuk ke dalam rumahnya.

"Assalamualaikum" Sara memberi salam dan melangkah masuk ke dalam rumah.

"Waalaikumussalam" Kata Harraz sambil keluar dari bilik, kelihatan keadaan agak lemah.

"Awak tak sihatkah ?" Tanya Sara bergegas memimpin Harraz untuk duduk di sofa.

"Mana ada, Abang sihatlah" Harraz menafikannya lalu dia meletakkan kepalanya diatas bahu Sara.

"Panasnya" Kata Sara sambil meletakkan tangannya diatas dahi Harraz.

"Sikit saja nanti dia sembuh sendiri dan Sara tak perlu risau' kata Harraz

"Sikitnya apa ini, jomlah kita pergi klinik, Sara risaulah" Kata Sara.

"Tak payahlah abang nak tidur saja sekejap lagi okey lah nanti" Kata Harraz berdegil tak nak pergi ke klinik.

"Tak kira abang mesti pergi klinik juga" Kata Sara lalu masuk ke dalam bilik dan mengambil jacket hitam milik Harraz.

Kemudian, mereka pergi ke klinik berdekatan dengan grab. Selepas selesai check up dan mengambil ubat mereka balik ke rumah.

Selepas itu, dia mengambil basin berisi air dan tuala serta ubat demam, Sara bergegas ke biliknya.

"Awak bangun, makan ubat" Kata Sara sambil memberi biskut sekeping kemudian dihulurkan ubat kepada Harraz.

Harraz segera bangun dan makan ubat demam. Selepas itu, dia menyambung semula tidurnya.

Sara meletakkan tuala basah di atas dahi Harraz. Selepas itu,dia menuju ke dapur untuk masak nasi air.

"Harraz bangun, mesti awak laparkan, jadi saya masakkan nasi air untuk awak" Kata Sara sambil menayangkan nasi air di hadapan Harraz.

"Sayang juga awak pada saya" Kata Harraz lalu duduk bersila di atas katil sambil memandang Sara.

"Mestilah sayang, suamikan" Kata Sara.

"Kalau macam itu abang nak Sara suapkan, kalau makan sendiri nanti takut tak dapat nak telan tapi kalau Sara suap makan satu periuk pun abang sanggup" Kata Harraz. Boleh pula dia bergurau dengan Sara.

"Mengada, sakit-sakit pun masih mengada-ngada" Kata Sara sambil memberikan jelingan kepada Harraz.

"Tak apa mengada pun dengan isteri orang bukan isteri orang lain, please Sara suapkan abang" Kata Harraz sambil membuat mimik muka comel.

"Makan sendirilah lagipun awak demam saja itu pun dah okey" Kata Sara lalu menghulurkan semangkuk bubur kepada Harraz.

Harraz mengangkat sesudu nasi air lalu sengaja dia menjatuhkan sudu tersebut, dia mencuba sekali lagi. Sara hanya melihat sahaja.

Dia Suamiku ✔(editing)Where stories live. Discover now