DS 51

8.6K 224 11
                                    

"Farihah !" Sara segera berlari ke arah Farihah tanpa sedari Harraz berada di sisinya.

"Mama janji mama nak datang awal tapi mama datang lambat juga" Farihah menyilang tangan ke dada serta memuncungkan bibirnya.

"Maaflah sayang tadi mama ada banyak kerja" Kata Sara sambil memegang bahu Farihah.

"Mama nak Farihah maafkan mama ?" Tanya Farihah sambil memandang Sara.Sara sekadar mengangguk sahaja.

"Boleh tapi dengan satu syarat" Farihah menunjukkan nombor satu di hadapan Sara.

"Beritahu saja syaratnya mama pasti tunaikan,apa-apa pun mama sanggup lakukan demi anak mama ni" Kata Sara sambil memegang pipi Farihah.

"Farihah nak ..." Farihah memegang dagu ala penyiasat,sengaja membuat ayat gantung supaya Sara tertunggu jawapannya.

"Sayang nak apa ?" Tanya Sara sambil mengerutkan dahinya.

"Farihah nak mama belanja coklat banyak-banyak dan Farihah nak patung pororo yang paling besar" Kata Farihah sambil mendepakan tangannya menandakan betapa besarnya pororo yang dia inginkan.

"Nanti mama belikan tapi janganlah merajuk lagi,kesian mama kalau Farihah merajuk nanti mama nak berbual dengan siapa makan dengan siapa bermain dengan siapa" Kata Sara sambil membuat riak wajah sedih di hadapan Farihah.

"Mama boleh lakukan semua tu dengan Farihah" Kata Farihah sambil tersenyum,bahagialah dia dapat anak patung pororo yang besar.

'Kenapa aku suka lihat mereka berdua ? Dan aku rasa macam ada magnet diantara kami bertiga,Aku suka tengok layanan dia aku suka tengok senyuman dia aku suka tengok cara dia bercakap,aku rasa macam pernah lalui semua ini tapi mengapakah aku tak ingat langsung ?' Gumam hati Harraz.Matanya memandang ke arah Sara membuatkan Sara perasan kehadiran Harraz.

Sara bingkas berdiri tegak dan memandang Harraz yang berdiri terlalu dekat dengannya.

'Kawal Sara nanti kau juga yang akan terluka' Bisik hati Sara.

"Saya nak minta maaf sebab tengking awak hari tu" Kata Harraz sambil menyeluk tangannya ke dalam poket seluar.

"Memang patut pun awak tengking saya sebab saya ni yang tak malu mengaku awak sebagai suami saya dan sepatutnya saya sedar suami saya dah tak ada lagi" Kata-kata Sara membuatkan Harraz terasa sakit di hatinya.

"Saya betul-betul minta maaf atas kesalahan saya tempoh hari mungkin saya ada sakitkan hati awak" Kata Harraz sambil memandang Sara.

'Ya Allah,pandangan matanya sama seperti Abang Harraz,Ya Allah selesaikanlah semua ini jangan biarkan hamba tertanya-tanya tanpa adanya jawapan' Gumam hati Sara sambil menatap wajah Harraz.

'Kenapa aku rasa macam pernah menatap wajah ini ? Kenapa aku rasa lebih dekat dengan dia berbanding Risya ?' Gumam hati Harraz.

"Mama !" Panggil Farihah sambil menarik-narik baju Sara membuatkan Sara tersedar ke alam nyata.

"Ada apa sayang ?" Begitu lemah lembut bicara Sara dengan anak perempuannya.

"Farihah dah lapar" Kata Farihah sambil menggosok perutnya serta menayangkan mula comel di hadapan Sara menyebabkan wajah Farhan kemerah-merahan.

'Sama seperti Sara,eh apa maksud kau Firash' Harraz juga tidak mengerti kenapa hatinya berbisik seperti itu.

"Jom kita pergi makan" Kata Sara sambil memegang tangan Farihah.

"Nak ikut boleh ?" Soal Harraz membuatkan Sara mengerutkan dahinya memandang Harraz.

'Kenapa kelakuan dia hari ini berbeza ? Dia dah tak marah-marah aku lagi' Bisik hati Sara.

"Boleh tak saya ikut ?" Tanya Harraz sekali lagi.

"Bo-boleh" Kata Sara sambil memimpin tangan Farihah dan berjalan ke arah kereta manakala Harraz bersama Farhan ke arah kereta mereka berdua.

"Mama,kenapa orang yang wajahnya sama macam papa dah tak marah-marah kita lagi ?" Tanya Farihah.

"Farihah panggil dia uncle" Kata Sara sambil memandang Farihah dan mengalihkan pandangannya kehadapan kerana dia sedang memandu sekarang.

"Okey mama" Kata Farihah.

"Mama bukannya nak halang Farihah daripada berkata lelaki itu wajahnya seperti papa cuma mama tak nak adanya salah faham antara kita dan dia" Kata Sara.

"Farihah pun tak nak perkara ini berlaku tapi andainya dia papa Farihah,Farihah nak dia kembali ke pangkuan kita" Kata Farihah sambil menyeka air matanya daripada mengalir keluar.

"Mama pun berharap macam tu juga" Kata Sara sambil mengusap kepala Farihah dengan tangan kirinya.

Selesai Sara meletakkan kereta di tempat parking kereta,dia menuju ke arah Farihah yang baru keluar dari kereta.

Sara membetulkan rambut Farihah yang agak serabai kerana terlelap di dalam kereta tadi.

"Tak apakah dia balik lewat ?" Tanya Sara pada Harraz tentang Farhan.

"Saya dah beritahu yang dia akan balik lewat ini lagipun papa dia ada kerja sampai larut malam" Kata Harraz dan Farhan mengia-iakannya.

"Ouh tak apa lah kalau macam tu cuma saya takut nanti dituduh sebagai penculik pula" Kata Sara sambil tersengih.

"Mana ada penculik secantik awak" Kata Harraz lalu tergelak dihujung kata.

'Kenapa cara gelak dia sama seperti Harraz ? Kenapa dia tak henti-henti daripada buat kepala aku memikirkan semua ini ?' Gumam hati Sara.

"Maaf kalau kata-kata saya buat awak tak selesa" Kata Harraz yang perasan riak wajah Sara berubah serta-merta.

"Eh mana ada,saya cuma tak sangka awak boleh rapat dengan saya seperti sekarang" Kata Sara.

"Entahlah saya rasa macam rapat sahaja dengan awak" Kata Harraz.

"Mama jom lah pergi makan Farihah dah lapar" Kata Farihah yang dari tadi hanya mendengar sahaja perbualan Harraz dan Sara.

"Tah uncle ni asyik berbual sahaja sampai lupa kami berdua" Kata Farhan sambil menyilangkan tangannya ke dada.

"Betul tu" Kata Farihah menyokong kata-kata Farhan.

"Maaf" Kata Sara sambil mengusap kepala Farihah dan tersenyum ke arah Farhan.

"Jom kita pergi sekarang" Kata Harraz lalu berjalan memasuki shopping mall sambil memimpin tangan Farhan manakala Sara memimpin tangan Farihah.

"Hey you cepatlah sikit I dah tak sabar nak berbelanja" Kata Risya pada kawannya yang bekerja sebagai model iaitu Aina.

"Sabarlah I nak kunci kereta" Kata Aina selesai mengunci kereta dan memasukkannya ke dalam beg tangan.

"Jom" Kata Risya.

Dia Suamiku ✔(editing)Where stories live. Discover now