DS 29

8.9K 223 11
                                    

"Harraz,boleh tak beli air kelapa sebelum pulang ?" Tanya Sara sambil duduk di atas kerusi dan menggoyangkan kakinya.

"Okey,nanti kita beli" Kata Harraz sambil memunggah bagasi ke dalam bonet kereta.

"Yeah,terima kasih" Kata Sara.

"Jom" Kata Harraz lalu menutup bonet kereta dan masuk ke dalam kereta. Sara segera masuk kereta selepas Harraz memanggilnya.

Harraz memberhentikan kereta di hadapan gerai air kelapa dan keluar dari kereta menuju ke gerai itu.

"Nah !" Harraz menghulurkan air kelapa kepada Sara.

"Thanks" Sara mengambilnya dari tangan Harraz dan segera menghirup air kelapa menggunakan straw.

"Awak nak ?" Tanya Sara pada Harraz yang sedang memandu kereta.

"Tak apa lah,awak habiskan" Kata Harraz.

"Betul ni awak tak nak ?" Tanya Sara sekali lagi untuk mendapat kepastian dari Harraz.

"Betul" Kata Harraz.

"Okey" Sara menghabiskan air kelapa yang diberada di tangannya.

"Harraz,boleh tak kita balik rumah mama hari ni ?" Soal Sara sambil memandang wajah Harraz.

"Ermm..."

"Please" Sara membuat mimik muka comel dan berharap Harraz setuju dengan permintaanya.

"Ermm..okeylah lagipun dah lama abang tak pergi rumah mama" Kata Harraz.

"Yeah" Teriak Sara seperti kanak-kanak mendapat gula-gula.

"Seronoklah tu" Kata Harraz sambil tangan kirinya mengusap-usap kepala Sara.

"Yah ! Tengok tudung saya dah tak jadi" Marah Sara sambil menepis tangan kiri Harraz.

"Awak tetap comel" Kata Harraz sambil tergelak kecil kerana berjaya mengusap isterinya.

Sara mengeluarkan cermin di dalam beg tangannya dan membetulkan tudungnya.

Sejam kemudian,mereka tiba di rumah Mama Sara.

"Assalamualaikum" Sara memberi salam dan mengetuk pintu.

Puan Diana segera membuka pintu. "Waalaikumussalam" balas puan Diana.

"Sara rindu mama" Kata Sara lalu memeluk erat Puan Diana bagaikan tidak berjumpa setahun padahal beberapa minggu lepas dah jumpa.

"Mama pun rindu Sara,so bagaimana honeymoon di pantai best ?" Tanya Puan Diana lalu membawa Sara masuk ke dalam rumah dan menuju ke ruang tamu. Harraz pula ditolong Aiman,anak abang long Sara untuk membawa bagasi ke bilik tidur.

"Best sangat,lebih-lebih lagi Harraz sambut birthday Sara" Kata Sara sambil tersenyum bahagia.

"Baguslah kalau macam tu" Kata Puan Diana lega mendengarnya.

"Mama buat apa ?" Tanya Sara.

"Mama tengah masak dengan Kak Hayfa" Kata Puan Diana.

"Ouh abang long ada balik ?" Tanya Sara.

"Ya abang long kamu ada balik dua hari lepas tapi hari jumaat diorang dah nak balik sebab ada kerja" Kata Puan Diana.

"Kalau macam tu jomlah ke dapur,kesian kak hayfa masak seorang diri" Kata Sara lalu bangun bersama puan Diana dan menuju ke dapur.

"Assalamualaikum kak Hayfa" Kata Sara lalu bersalaman dengan Hayfa,kakak iparnya.

"Waalaikumussalam,lama dah tak lihat Sara,last jumpa masa kamu kahwin" Kata Hayfa.

"Sara tahu semua busy,tak pe Sara faham,eh kak hayfa masak apa ?" Tanya Sara sambil menjenguk-jenguk masakan Hayfa.

"Kak Hayfa masak Tomyam udang dan Telur dadar" Kata Hayfa.

"Wah sedapnya" Kata Sara sambil melihat masakan Hayfa.

"Nanti kita makan lepas abah kamu balik" Kata Puan Diana.

"Ouh abah pergi mana ?" Tanya Sara baru perasan abahnya tiada.

"Abah kamu pergi kebun dengan pak cik Jamal,lepas ni abah kamu baliklah" Kata Puan Diana sambil menghidangkan nasi di atas meja.

"Assalamualaikum"

"Hah ! Tu abah kamu dah balik, Panjang umur" Kata Puan Diana.

"Waalaikumussalam abah" Sara bersalaman dengan abahnya.

Selepas itu, mereka makan tengah hari bersama-sama di meja makan berdekatan dengan ruang tamu sambil berbual-bual.

"Sayang nak lagi ?" Tanya Harraz sambil menunjukkan tomyam di hadapannya.

"Tak apalah lagipun dah banyak dah Sara ambil" Kata Sara sambil tersengih.

"Sweet memanjang je korang berdua ni" Kata Qhalid

"Awak pun sama dulu" Kata Hayfa menyebabkan semua ketawa.

"Ye ke ?" Kata Qhalid tidak mahu mengaku.

"Eh abang long kata orang sweet memanjang padahal dia dua kali lima je dengan Sara" Kata Sara lalu tergelak perlahan.

"Macam-macamlah korang berdua ni" Kata Puan Diana sambil tersenyum melihat gelagat anak dan menantunya begitu juga abah Sara.

Selesai makan tengah hari, mereka solat zohor berjemaah di bilik solat yang telah disediakan di rumah Sara.

Seusai solat zohor berjemaah,Sara berasa mual dan segera menanggalkan kain sembahyang, Sara segera berlari menuju ke tandas.

Dia Suamiku ✔(editing)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang