DS 55

9.7K 263 13
                                    

"Papa" Farihah melihat ke arah Harraz.Matanya berkaca memandang Harraz yang berada di hadapannya.

Harraz segera melutut di hadapan Farihah supaya kelihatan sama tinggi dengan Farihah.

"Anak papa" Kata Harraz membuatkan Farihah segera memeluknya.

"Kenapa papa tinggalkan Farihah dan mama ?" Tanya Farihah sambil menangis,tangisannya didengari di telinga Harraz.

"Papa minta maaf sebab tinggalkan Farihah dan mama terlalu lama" Harraz memegang pipi Farihah dan merenung wajah si gadis kecil itu.

"Papa tahu tak selama ini Farihah ingat papa dah betul-betul tinggalkan Farihah lepas tu semua orang kata Farihah tak ada papa masa tu Farihah rasa nak menangis tapi Farihah tahan kerana Farihah tak nak lihat mama menangis lagi" Kata Farihah sambil menangis sepuas-puasnya di hadapan Harraz.

"Shuh ! Papa janji papa takkan tinggalkan kamu dan mama lagi" Kata Harraz sambil mengesat air mata Farihah dengan Ibu jarinya dan Harraz segera mendukung Farihah lalu memeluk Sara.

"Harraz ! You tak boleh buat I macam ni !" Marah Risya yang berada di belakang Harraz sekarang.

Harraz meletakkan Farihah di bawah dan diserahkan kepada Sara.

"Apa yang aku dah buat ?!" Tanya Harraz sambil berjalan ke arah Risya.Kelihatan dia sangat bengang dengan perlakuan Risya selama ini.

"I just tuntut hak I saja" Kata Risya sambil mencuba untuk memegang tangan Harraz namun Harraz segera menepisnya.

"Hak apa ?!" Tengking Harraz membuatkan Sara juga terkesima kerana dia tidak pernah melihat Harraz semarah ini.

"Harraz,you kan dah janji nak kahwin dengan I tapi kenapa you kahwin dengan perempuan tak guna tu" Kata Risya sambil menjeling ke arah Sara.

"Itu dulu sebelum I jumpa Sara tapi bagus juga I tak jadi kahwin dengan gadis yang rosak seperti kau ni" Kata Harraz sambil tersenyum sinis.

"Apa you cakap Harraz ?!" Risya mengetap bibirnya kerana geram dengan kata-kata Harraz terhadapnya.

"Tak sangka kau ni pekak juga rupanya,aku rasa makin panas pula bila berdekatan dengan gadis seperti kau ni" Kata Harraz lalu berjalan ke arah Sara.

"Harraz,I love you" Risya memeluk Harraz dari belakang.

"Don't touch me !" Harraz menolak Risya daripadanya menyebabkan Risya terjatuh menyentuh lantai.

"Harraz,you tak boleh buat I macam ni" Kata Risya sambil menangis serta mengetap bibirnya.

"Sayang,jomlah kita balik" Harraz memimpin Sara dan mendukung Farihah.Mereka bertiga menuju ke arah kereta manakala Risya dibiarkan begitu sahaja.

"Tak guna" Risya melempar telefonnya menyebabkan orang yang lalu-lalang memandangnya pelik.

"Apa pandang-pandang ?!" Tengking Risya sambil acah-acah nak lempar kasut tumit tingginya ke arah penjalan kaki.

"Bukankah ini model yang terkenal tu ?" Tanya seorang gadis kepada kawan baiknya yang berada disebelahya.

"Betul nama dia Risya kan tapi kenapa dia kelihatan seperti orang gila sekarang ?" Kata kawan baiknya sambil memandang ke arah Risya.

"Putus cinta kut" Kata gadis itu menyebabkan tercetus ketawa di antara mereka berdua.

Risya yang bengang dengan dua orang yang sedang bercakap tentangnya segera ke arah gadis itu dan kawan baiknya.

"Kalau tak tahu apa-apa diamlah bodoh !" Kata Risya pada gadis itu dan kawan baiknya lalu Risya melangkah pergi dengan marah.

"Abang,mesti mommy dan daddy happy bila nampak abang dah kembali" Kata Sara sambil memandang Harraz yang sedang memandu kereta.

"Sara dah boleh panggil abang dengan panggilan 'abang' sekarang ?" Kata Harraz sambil memegang tangan Sara.

"Mestilah Sara kena panggil abang dengan panggilan 'abang' kerana abang lebih tua daripada Sara dan tak manislah kalau Sara panggil abang dengan menggunakan nama lagipun abang kan yang nak Sara panggil abang dengan menggunakan panggilan 'abang'" Kata Sara sambil mengangkat keningnya ke arah Harraz.

"Dah pandai dah isteri abang yang cantik plus comel ni" Kata Harraz sambil mengusap kepala Sara menyebabkan tudung Sara sedikit ke hadapan.Sara merenung tajam ke arah Harraz.

"Abang ! Jangan sentuh tudung Sara !" Marah Sara sambil membetulkan tudungnya yang dikacau oleh Harraz.

"Masih sama seperti dulu" Kata Harraz sambil tersengih ke arah Sara.

"Sudah semestinya sama seperti dulu dan Sara tetap Sara iaitu isteri kepada Tengku Harraz Niezal" Kata Sara sambil menyilangkan tangannya dan mengenyitkan mata ke arah Harraz.

"Harraz ! You tak boleh tinggalkan I sebab perempuan tak guna tu" Risya melemparkan pisau ke arah gambar Sara.

"Sara,kenapa kau rampas Harraz daripada aku ? Kau tahu tak yang Harraz tu milik aku ! Tapi kau rampas dia ! Aku takkan benarkan kau bahagia sedangkan aku menderita,kau tunggu Sara aku pasti akan balas dendam" Kata Risya sambil mengoyakkan gambar Sara dengan marah sekali.

"Assalamualaikum" Sara memberi salam dan mengentuk pintu rumah Datin Seri Ayuni.

"Waalaikumussalam" Datin Seri Ayuni membukakan pintu untuk Sara,dia kelihatan seperti baru sahaja selesai solat kerana Datin Seri Ayuni sedang memakai telekung.

"Mana Farihah ?" Tanya Datin Seri Ayuni sambil melihat ke arah kereta kelihatan Harraz sedang mengangkat Farihah yang sedang tidur.

"Ha-harraz !" Datin Seri Ayuni segera ke arah Harraz lalu memegang pipi Harraz.

"Anak mommy dah balik" Kata Datin Seri Ayuni sambil mengeluarkan air mata bahagia daripada kelopak matanya.

"Ya,mommy ini Harraz anak lelaki mommy" Harraz berkata sedemikian kepada Datin Seri Ayuni.

"Marilah masuk,pasti daddy and your sister gembira apabila lihat kamu nanti" Kata Datin Seri Ayuni sambil memeluk lengan Harraz,mahu saja dia memeluk Harraz tetapi dia tidak boleh melakukannya kerana Harraz sedang mengangkat anaknya yang sedang lena dibuai mimpi.

"Kenapa terburu-buru ni ?" Tanya Dato' Asyraf yang tiba-tiba ditarik isterinya untuk pergi ke ruang tamu.

"Nanti abang tahulah" Kata Datin Seri Ayuni sambil tersenyum bahagia,Dato' Asyraf mula merasa pelik dengan sikap isterinya yang mula-mula menariknya untuk ke ruang tamu dan sekarang tersenyum bahagia ke arahnya.

"Tada~" Kata Datin Seri Ayuni sambil mendepakan tangannya dan menunjukkan tempat duduk Harraz.

"Ha-harraz ?!" Dato' Asyraf segera berlari ke arah Harraz dan memeluk Harraz dengan erat sekali.

"Ya daddy ini Harraz,anak daddy dah kembali" Kata Harraz sambil tersenyum ke arah Dato' Asyraf.

"Apa yang dah berlaku sebenarnya Harraz ? Yang mati 6 tahun yang lalu tu siapa ?" Tanya Dato' Asyraf.

"Ceritanya panjang,Daddy" Kata Harraz sambil duduk di atas sofa,Dato' Asyraf melabuhkan punggung di sebelah Datin Seri Ayuni.

"Cerita saja kepada kami semua supaya kami boleh laporkan kepada pihak polis siapa yang sanggup buat Harraz sampai macam ni sekali" Kata Dato' Asyraf sambil memandang Harraz.

"Beritahu saja abang" Kata Sara yang duduk di sisi Harraz.

Jemputlah baca story baru sue tajuknya Suamiku Encik Crush dan jangan lupa vote and comment awak

Dia Suamiku ✔(editing)Where stories live. Discover now