DS 36

7.7K 195 2
                                    

Sara tersedar dari tidur dan mendapati suaminya tiada disisi.

"Harraz pergi mana ?" Sara segera bangun dan mengikat rambut serta menutup mulutnya kerana menguap. Selepas itu, dia menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.

Sara mengambil kemeja yang bersaiz besar serta labuh dan seluar berwarna hitam.

"Bau apa ni ?" Kata Sara apabila terhidu bau yang sangat wangi dan perutnya juga sudah lapar. Sara segera turun ke bawah kerana bau itu datang dari dapur.

"Eh dah bangun rupanya isteri abang ni" Kata Harraz yang berpakaian apron dan membawa nasi goreng ke arah meja makan.

"Awak masak ?" Kata Sara terkejut melihat suaminya memasak pada waktu pagi,sebelum ini dia tak pernah pun nak masak,tak sangka sejak Sara mengandung dia banyak menunjukkan bakatnya.

"Ya,abang yang masak,kenapa ?" Tanya Harraz sambil menarik kerusi untuk Sara. "Duduklah hari ini biar abang je yang buat kerja rumah" Kata Harraz lalu mengambil pinggan untuk Sara.

"Tak apa,Sara boleh buat sendiri" Kata Sara lalu memegang pinggan.

"Biar abang yang buat lagipun hari ini abang cuti" Kata Harraz lalu mengambil nasi goreng untuk Sara.

"Cuti ?" Kata Sara sambil Harraz namun dia mesti mendonggakkan sedikit ke atas kerana Harraz berdiri.

"Walaupun abang cuti kerja tapi abang tak pernah cuti mencintai Sara" Kata Harraz berpickup line dengan Sara. Tangannya mulai mencuit hidung Sara apabila Sara mula mengalamun.

"Dah pandai sekarang" Kata Sara lalu ketawa perlahan.

"Abang pandai berpickup line dengan Sara sahaja" Kata Harraz membuatkan Sara mencubit perutnya. "Naughty" Kata Sara sambil mengecilkan matanya.

Harraz ke arah kerusi di hadapan Sara dan mereka menikmati masakan Harraz.

"So macam mana,sedap tak abang masak ?" Tanya Harraz sambil mengangkat keningnya.

"Macam mana nak cakap eh ?" Kata Sara sambil makan nasi goreng yang dimasak oleh Harraz dan memikirkan bagaikan seorang juri.

"Cakap je macam mana" Kata Harraz.

"Boleh tahan,tak sangka awak ni pandai masak juga" Kata Sara.

"Mestilah ni Tengku Harraz Niezal,semua dia pandai" Kata Harraz dengan bangganya.

"Perasan pula,ni tak boleh puji ni nanti riak" Kata Sara lalu meneguk Air bandung.

"Tapi ini fakta,mengaku je lah yang awak bangga sebab abang jadi suami Sara sekarang" Kata Harraz sambil mengenyit matanya ke arah Sara.

"Kalau Sara kata Sara tak bangga pun macam mana,apa yang awak nak buat ?" Tanya Sara sambil mengangkat dagunya.

"Cari isteri kedualah" Kata Harraz lalu tergelak.

"Buatlah kalau berani" Kata Sara bermasam muka.

"Abang gurau je lah,bagi abang Sara adalah isteri yang paling terbaik di dunia dan bakal jadi mama terbaik buat anak kita yang bakal lahir ke dunia tak lama lagi" Kata Harraz sambil tersenyum.

"Sara tahu awak pasti bergurau dan bagi Sara, Harraz adalah imam Sara serta suami yang paling Sara sayang,Harraz juga bakal papa yang baik buat junior kita berdua" Kata Sara sambil tersenyum riang.

"Sara,duduk je hari ini biar abang sahaja yang buat kerja rumah" Harraz mengambil pinggan dari tangan Sara dan menuju ke arah singki.

"Tapi Sara bosan kalau duduk sahaja tanpa berbuat sesuatu" Kata Sara sambil menyilangkan tangannya dan melihat Harraz mencuci pinggan.

"Bacalah buku kalau bosan,Sara kan suka membaca" Kata Harraz sambil meletakkan pinggan dan gelas di atas rak.

"Sejak Sara hamil,entah kenapa rasa malas membaca" Kata Sara.

"Pergilah menonton televisyen kat ruang tamu" Kata Harraz selesai mencuci pinggan.

"Tak nak menonton televisyen seorang diri,nak menonton televisyen dengan awak" Kata Sara sambil menanggalkan apron dari badan Harraz.

"Abang perhatikan sejak Sara hamil ni asyik nak bermanja-manja dan berkepit je dengan abang,tak boleh berenggang langsung,kuat betul cinta Sara pada abang" Kata Harraz lalu meletakkan apron di tempat penyakut tuala.

"Bukan Sara nak bermanja-manja atau berkepit dengan awak tapi baby ni yang nak" Kata Sara.

"Tapi mama dia pun suka sebenarnya kan,betul tak sweetheart" Kata Harraz pada anaknya.

"Padahal papa dia sama sahaja" Kata Sara.

"Jomlah abang temankan Sara menonton televisyen" Kata Harraz lalu mengambil biskut serta minuman di dalam peti ais.

Harraz membuka drama ''biar aku jadi penunggu'' yang dilakonkan oleh Asyraf muslim dan Jannah nick.

Sara tersentak apabila Harraz tidur di atas pahanya. "Kalau abang pergi lama macam afeef, Sara sanggup tunggu abang macam iffat tunggu afeef" Tanya Harraz tiba-tiba.

"Apa yang awak cakap ni ? Saya tak sukalah bila awak cakap macam ni" Kata Sara sambil pandang wajah Harraz.

"Abang kata 'kalau',so jawablah pertanyaan abang" Kata Harraz sambil memandang wajah Sara.

"Saya akan tunggu tak kira lama mana awak pergi kerana Sara yakin awak tetap akan pulang walau sejauh mana awak pergi,kerana saya isteri awak dan awak suami saya,sudah menjadi kewajipan seorang isteri menunggu suaminya apabila suami pergi ke mana sahaja" Kata Sara lalu menitis air mata di atas pipi Harraz,entah kenapa dia berasa sebak bila Harraz bertanya soalan seperti itu.

"Janganlah bazirkan air mata,abang just tanya sahaja" Kata Harraz lalu mengesat air mata Sara lalu dia bangkit dan meletakkan kepala Sara di atas dadanya.

"Aku takut kalau betul-betul perkara seperti ini berlaku suatu hari nanti" Gumam hati Sara.

"Maaf junior kerana papa dah buat mama junior sedih" Kata Harraz sambil mengusap perut Sara.

"Bila junior lahir,junior mesti jaga mama baik-baik,sentiasa bahagia mama junior jangan buat mama sedih atau marah kerana mama junior nampak lemah bila dia sedih tapi bila dia marah,mama junior nampak comel" Kata Harraz sambil mengusap perut Sara.

"Sempat lagi,Ouch" Sara memegang perutnya dan mengerutkan dahi.

"Kenapa ni ?" Tanya Harraz mula risau.

"Dia tendang" Kata Sara lalu tergelak kerana melihat muka Harraz yang tiba-tiba risau.

"Lega ingatkan apa tadi" Kata Harraz lalu mendekat telinga pada perut Sara. "Betullah dia tendang,junior dengar apa papa pesan tadi ?"

"Tapi comel bila muka awak risau tadi" kata Sara sambil bermain-main rambut Harraz.

"Papa memang comel kan,junior ?" Kata Harraz pada anaknya.

Dia Suamiku ✔(editing)Where stories live. Discover now