DS 39

7.4K 218 16
                                    

"Kesian cucu tok ma,kecil-kecil dah ditinggalkan oleh papa dia" Kata Puan Diana sambil mengusap perlahan pipi cucunya yang sedang lena diulik mimpi.

"Eh mama,mommy,abah,daddy" Sara segera bangun dan duduk bersandar.

"Kamu berbaringlah mesti kamu penat sebab tadi bertarung nyawa untuk melahirkan cahaya mata kamu dan Harraz" Kata Datin seri Ayuni sambil mengesat air matanya kerana sedih untuk memberitahu hal yang menyedihkan kepada Sara.

"Tak apalah mommy,Sara rasa tak selesai pula bila berbaring sedangkan kalian semua ada disini dan kenapa mommy dan mama menangis ?" Tanya Sara rasa hairan dengan semua orang.

Tiada seorang pun menjawab pertanyaan Sara membuatkan Sara rasa semakin pelik dan rasa ingin tahu apa yang telah berlaku sebenarnya.

"Kami semua berharap kamu tabah dari segi mental dan fizikal setelah mendengar apa yang kami ingin sampaikan kepada kamu, Daddy harap kamu bersabar dan anggap ini dugaan dari Allah" Kata Dato' Asyraf membuatkan Sara rasa makin ingin tahu apa yang mereka semua sudah ketahui.

"Maksud daddy apa ? Bersabar dan anggap ini dugaan dari Allah ?" Tanya Sara sambil menayangkan muka hairan di hadapan semua orang.

"Allah tidak akan menguji hambanya melainkan hambanya mampu untuk menghadapi dugaan ini,abah tahu Sara seorang perempuan yang kuat dan mampu menerima semua ini dengan hati terbuka" Kata Tuan Abdul Aziz kepada anaknya.

"Apa yang kalian ingin sampaikan ? Sara tak fahamlah" Kata Sara sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Sara,Harraz dah tak ada" Kata Puan Diana sambil mengusap perlahan kepala anaknya.

"Memang Harraz dah tak ada di Malaysian kerana Harraz sekarang berada di Korea,itu Sara tahu" Kata Sara sambil memandang Puan Diana dan yang lain.

"Maksud mama Sara adalah Harraz dah meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya di Korea" Kata Datin seri Ayuni.

"Tak,tak mungkin" Kata Sara seakan-akan tidak percaya dengan apa yang diberitahu oleh Datin Seri ayuni,air matanya meluncur laju dari kelopak matanya.Puan Diana segera memeluk anak perempuannya.

"Tak mungkin,Harraz janji Harraz akan kembali" Kata Sara sambil teresak-esak dalam pelukan Puan Diana.

"Sara,pasti ada hikmah disebalik kejadian ini" Kata Puan Diana.

"Kalau Harraz dah meninggal dunia,Sara nak lihat mayat dia Ma" Kata Sara,semakin kuat tangisannya kedengaran.

"Mayat Harraz hangus terbakar" Kata Puan Diana sambil mengesat air matanya. Mendengar kata-kata Puan Diana membuatkan Sara semakin kuat menangis. Hatinya luruh mendengar khabar buruk rasanya bagaikan mimpi buruk.

"Kenapa berat sangat dugaan ini ? Sara tak sanggup,kenapa anak Sara lahir tanpa sempat merasa kasih sayang seorang bapa ?" Kata Sara sambil memandang anak perempuannya yang sedang lena dibuai mimpi.

"Sara,kamu perlu kuatkan semangat,kamu masih ada kami dan anak kamu" Kata Puan Diana.

"Sebelum ini Sara dan Harraz dah bincang nak letak nama anak kami Tengku Farihah Alisa kerana Farihah bermaksud kebahagian tapi sekarang Harraz tiada disini" Kata Sara sambil mengesat air matanya.

Semua hanya mampu memandang sahaja kerana tiada kata-kata yang dapat diluahkan untuk menenangkan hati Sara yang kini sedang bersedih.

'Tengku Farihah Alisa,kamu jangan risau walaupun papa tiada disisi mama akan pastikan kamu tak akan rasa kekurangan kasih sayang pun'

Sara memandang anaknya yang sedang tertidur,hatinya rasa begitu sedih melihat anaknya kerana sejak kecil lagi sudah menjadi anak yatim.

'Abang,Sara ikhlas untuk lepaskan abang pergi,halalkan makan minum Sara selama Sara bergelar isteri abang,Sara ingin minta maaf kalau Sara ada buat salah atau buat abang terasa hati dengan Sara.maaf sebab Sara tak pernah panggil abang dengan panggilan 'abang' selama ini'

Sara mengesat air matanya dan memandang kedua orang tuanya serta mertua di hadapannya.

"Sara nak mayat Harraz ditanam disini supaya Sara dan Farihah boleh melawat Harraz selalu" Kata Sara.

"Nanti Daddy uruskan semuanya" Kata Dato' Asyraf.

Keesokkannya,Sara sudah dibenarkan untuk pulang ke rumah, Sara dibawa pulang ke rumah mamanya dan berpantang di sana.

"Sara,kamu makanlah sikit dari tadi lagi kamu belum makan apa-apa" Kata Puan Diana sambil meletakkan nasi dan ikan bakar di atas meja sisi katil Sara.

"Sara tak ada selera nak makan" Kata Sara sambil memeluk anaknya ke dalam pelukannya.

"Tapi Sara,kamu tak boleh macam ni kalau kamu tak makan kamu akan jatuh sakit,nanti kesian anak kamu pula,jangan seksa diri Sara kalau Harraz ada pasti dia tak nak tengok keadaan Sara sekarang" Kata Puan Diana.

Sara meletakkan anaknya yang sudah ditidur di atas katil di sebelahnya. Sara mengambil pinggan yang berisi nasi dan ikan bakar.

Sara hanya menyuap 5 sudu nasi ke dalam mulutnya.Selepas itu,dia menghulurkan pinggan kepada Puan Diana.

"Sara tak bermaksud ingin susahkan mama tapi Sara tak kuat untuk hadapi dugaan ini" Kata Sara sambil mengesat air matanya.

"Mama yakin anak mama kuat, Sara tak boleh nak hidup dalam keadaan bersedih,Sara mesti fikirkan tentang Farihah" Kata Puan Diana menyebabkan Sara memandang anaknya.

"Maafkan mama tapi mama akan cuba untuk teruskan hidup demi Farihah,mama janji" Kata Sara lalu mencium kepala anak perempuannya membuatkan Farihah merengek,Sara menepuk-nepuk paha Farihah supaya dia tidak menangis.

"Kalau macam tu mama turun ke bawah dulu kalau perlukan apa-apa Sara just panggil mama" Kata Puan Diana.

"Okey ma" Kata Sara.

"Cucu tok ma tidur lena nanti tok ma datang semula,sayang Farihah" Puan Diana mencium pipi Farihah sebelum keluar.

'Abang,tengok anak kita dah selamat lahir,hidung dan bibirnya sama seperti abang,Sara janji Sara akan jaga dia baik-baik,Sara akan jadikan dia anak solehah,Sara akan bawa dia melawat kubur abang serta mendoakan abang semoga roh abang tenang dialam sana'

"Selamat Jalan,Tengku Harraz Niezal, Sara akan sentiasa mencintai abang dan tak akan pernah mencari teman pengganti abang kerana abang adalah suami Sara buat selama-lamanya" kata Sara

Dia Suamiku ✔(editing)Where stories live. Discover now