PROLOGUE

78.7K 3.2K 213
                                    

AIR matanya bercucuran seraya melihat ke arah satu persatu insan yang berada di hadapannya. Hatinya begitu remuk dan retak, dirinya terasa begitu hina. Tangannya gementar. Begitu juga dengan bibirnya.

"Saya tak pernah mencuri, puan," mohon Aisha Aulia buat sekian kalinya. Wajah rakan sekerjanya dipandang. Berharap supaya ada yang akan membela dirinya, namun semuanya langsung tidak berganjak.

Kedengaran Puan Sara mengeluh. Hatinya juga remuk. Tidak dia sangka gadis sebaik Aisha melakukan perbuatan sedemikian. Gadis dan pekerja yang dianggap baik, jujur dan amanah dalam bekerja. Dia cuba untuk menolak semua tuduhan ke atas Aisha namun bukti sudah ada jelas di depan mata.

"Aisha, demi maruah awak. Saya minta awak untuk tidak datang bekerja di sini lagi mulai sekarang. Awak bukan lagi staff di cafe ni. Saya terpaksa pecat awak," Puan Sara, manager cafe kecil itu bersuara.

"Puan, saya boleh buktikan yang saya tidak bersalah," Aisha masih cuba untuk mempertahankan dirinya. Air matanya langsung tidak segan silu untuk terus membasahi pipinya.

Puan Sara menggelengkan kepalanya. Sampul berisi duit diberikan kepada Aisha.

"Ini gaji awak untuk bulan ni. Awak boleh kemas barang awak dan jangan datang sini lagi, faham?" Tegas Puan Sara bersuara kali ini sebelum dia melangkah pergi.

"Nadia? Kau ada dengan aku kan sepanjang aku jadi cashier. Kau tahu kan aku tak ambik duit tu?"

Nadia hanya diam. Dia tidak mahu bersuara apatah lagi membela Aisha. Ye, dia tahu Aisha tidak bersalah. Semua ini berpunca daripada dia dan rakannya, Ikha. Mereka berdua yang merancang untuk mengusir Aisha dengan cara sebegini. Sudah muak mereka berdua mendengar kata pujian yang dilontarkan oleh manager mereka mengenai Aisha. Terlalu melambung-lambung walhal Aisha hanyalah pekerja yang tidak sampai setahun jagung bekerja di sini.

"Dah lah, Aisha. Kitorang pun tak tahu macam mana duit tu ada dalam beg kau. Aku minta maaf," Nadia menyentuh lembut bahu Aisha sebelum berlalu pergi. Diikuti dengan rakan yang lain. Hatinya remuk seremuk-remuknya.

Sungguh berat dugaan yang Engkau berikan, Ya Allah!

SUDAH seminggu Aisha mundar mandir mencari kerja. Namun, tiada tempat yang mahukan pekerja. Hari-hari dia terpaksa berjimat. Wang simpanannya juga semakin hari semakin surut. Sewa rumah juga sudah mula tertunggak. Dia harus cari kerja secepatnya atau tidak, dia akan ditendang keluar pula dari rumah.

Aisha mengatur langkah perlahan sepanjang perjalanan. Matanya meliar melihat di pintu setiap rumah mewah di sini. Kata jirannya, ada sebuah rumah yang mahukan pekerja. Tidak pasti bekerja sebagai apa tapi ini merupakan peluangnya. Namun, setelah hampir 30 minit berjalan, dia masih tidak bertemu dengan rumah yang dimaksudkan.

Langkah terus diatur. Berjalan melintasi setiap buah rumah. Tiba-tiba, dia ternampak sehelai kertas tertampal di pintu pagar sebuah rumah agam lalu dia menghampiri.

KERJA KOSONG!

Jawatan : BABYSITTER
Jantina : Perempuan
Berumur diantara 20 hingga 40 tahun
Gaji RM3,000 bagi bulan pertama dan RM5,000 bagi bulan seterusnya
Tempat tinggal dan makan ditanggung
Mempunyai KESABARAN yang tinggi
Didahulukan kepada mereka yang belum berkahwin

Berminat? Kehadiran puan/cik amat dialukan. Terima kasih!

#Tekan loceng dulu!!


Ouh, kerja kosong. Mungkin ini yang dimaksudkan jirannya. Siapa tahu ini rezekinya. Rumah agam itu dipandang lama. Nafas dihembus perlahan.

Bismillah!


"SAYA Aisha Aulia binti Ahmad. Saya datang sini nak cari kerja. Tadi saya nampak kat pintu luar ada jawatan kosong. Babysitter. Semua syarat saya ada. Umur 25. Pandai masak. Pandai jaga budak. Semua saya pandai. Saya ada tahap kesabaran yang tinggi," Aisha mempromosi dirinya. Dia tahu ayat yang dituturnya agak tunggang langgang tapi siapa kisah. Dia mesti dapatkan kerja ini.

Wanita yang berada di hadapannya hanya tersenyum. Puan Khatijah namanya. Cantik orangnya walau sudah agak berusia. Senyuman yang manis sekali lagi terukir di bibir wanita itu.

"Alhamdulillah, bagus. Tapi-" kata-kata Puan Khatijah terhenti.

Mata wanita itu melirik ke arah belakang Aisha. Secara tidak langsung, Aisha turut memandang ke arah yang sama. Mata Aisha membulat apabila melihat seorang lelaki yang kacak wajahnya. Tetapi mengenakan pakaian budak-budak. Makan lolipop?

What?

"Eykal, kenalkan diri dekat akak," pinta Puan Khatijah. Lelaki kacak yang dikenali sebagai Heykal itu berjalan laju menuju ke arah mamanya sebelum melabuhkan duduk di sebelah. Lengan baju ibunya dipegang. Takut-takut dia memandang Aisha.

Aisha masih lagi memproses apa yang sedang terjadi.

"Hai, akak. Nama saya Eykal."

Mendengarkan suara itu, melihatkan tubuh itu, senyuman Aisha Aulia mulai palsu. Hatinya berdegup kencang. Wajah indah itu dipandang lama.

"H-hai, Eykal."

SAYANGKU, MR AUTISTIC ✔Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu