CHAPTER 12

46.2K 2.5K 16
                                    

"AKAK, cepatlah! Nanti lambat pulak," Heykal yang berdiri di sebelah kereta berteriak memanggil Aisha

"Kejap," Aisha dengan cepat keluar dan menuju ke arah Heykal yang sudahpun berada di dalam kereta. Aisha melabuhkan duduknya di sebelah Heykal diiringi Pak Mat yang masuk di bahagian pemandu.

Hari ini mereka hendak ke shopping mall. Hendak membeli belah. Aisha yang beria mengajaknya. Heykal pada awalnya hendak menolak kerana risau sekiranya Aisha akan berasa kurang selesa dengan penampilan dirinya. Namun, dia tidak berani untuk mengutarakan rasa risaunya. Melihatkan Aisha yang bersungguh-sungguh itu, dia terpaksa akur.

Semoga sahaja tiada yang memandang serong terhadap Aisha.

Setelah sampai mereka di destinasi, Aisha meraih tangan Heykal. Yelah, takut hilang nanti.

Sepanjang mereka berjalan, Aisha perasan sesetengah manusia sedang mengerling ke arah mereka. Namun, dia abaikan. Dia tidak mahu ambil tahu akan semua itu. Pegangan tangan semakin kemas. Heykal dari awal sehingga akhir hanya diam. Menundukkan kepalanya.

Setelah terasa agak penat berjalan, Aisha dan Heykal duduk di bangku di tingkat 3 berhadapan kedai buku. Mereka menikmati gula-gula kapas bersama. Di sebelah mereka terdapat tiga orang wanita lingkungan 40-an sedang mengerling seraya saling berbisik.

"Suami dia ke tu?"

"Entahlah. Takkanlah. Perempuan tu nampak normal je. Takkan lah tu suami dia."

"Eh, aku tengok yang laki tu pun kacak cuma macam, ye lah."

"Mungkin sebab harta? Manusia sekarang kan, semua boleh asalkan dapat harta."

Aisha yang menahan sabar dari tadi hanya memekakkan telinga. Heykal juga dengar perbualan mereka. Sedikit sebanyak telah membuatkan dia rasa serba salah kepada Aisha. Wajah sisi Aisha dilihat. Isterinya kelihatan cemberut.

Tiba-tiba Aisha bangun sambil menarik tangan Heykal. Dia berdiri di hadapan makcik-makcik tersebut.

"Assalamualaikum." Aisha menegur mereka. Geram. Senyuman pahit terukir di bibir.

"Waalaikumussalam." Terkejut dengan sapaan Aisha, mereka cuba untuk senyum.

"Ada apa-apa yang boleh saya bantu mak cik?" Ketiga-tiga makcik itu terdiam sambil memandang sesama sendiri.

"Tak ada ke? Makcik, saya nak pesan. Kalau ye pun nak mengumpat, sila perlahankan sikit suara. Mengumpat jangan sampai satu dunia tahu. Tu bukan mengumpat namanya," sambung Aisha. Masih dengan senyumannya.

"By the way, nama saya Aisha. Ini suami saya, Heykal. Tengku Hakiem Heykal. Ye, dia autisme. Mungkin bagi pandangan makcik kelihatan seperti kurang normal. Tapi, saya sayang dia. Sebab dia suami saya," sambungnya lagi. Perkataan suami sengaja ditekankan. Genggaman tangan diperkemaskan. Heykal hanya diam.

"Makcik, kita sebagai manusia tidak mampu melawan kehendak takdir. Jodoh pertemuan sudah tertulis sejak azali lagi. Kita manusia biasa. Jadi apa sahaja yang menimpa kita, kita wajib redha. Kerana semua itu merupakan ujian dari-Nya. Kita harus bersabar, bersabar dan bersabar. InSyaAllah ada hikmahnya," sambung Aisha lagi. Menarik nafas dalam.

"Maafkan saya sekiranya saya terkasar bahasa. Saya tak berniat tapi makcik sudah seakan menghina suami saya. Pandang serong terhadap diri saya. Saya tak suka. Kita tak kenal, jadi jangan anggap seakan kita tinggal di bawah satu bumbung. Assalamualaikum," katanya lagi lalu menarik tangan Heykal. Beredar dari situ.

Aisha melepaskan keluh.

"Akak?" Panggil Heykal. Wajahnya kelihatan risau.

"Akak okay. Jom kita sambung beli barang. Heykal nak mainan?" Aisha tersenyum. Heykal merasa serba salah. Namun, dia hanya mengangguk dan tersenyum hambar. Meneruskan lakonan.

SAYANGKU, MR AUTISTIC ✔Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ