SPECIAL CHAPTER 06

29.4K 1.5K 13
                                    

"AISHA mana?" Tanya Nadia setelah melihat Ikha memasuki ruang kamarnya. Gadis itu duduk di birai katil sambil memerhatikan nya. Bibir terukir senyum.

"Ada kat bawah," balas Ikha. Pandangan Ikha tidak lekang dari terus melihat rakannya itu. Bibirnya juga dari tadi hanya tersenyum.

"Cantiknya kau. Tak sangka aku," puji Ikha, bangga.

"Eleh, sebelum ni kemain lagi kutuk aku hodoh," balas Nadia lalu menjeling Ikha dari pantulan cermin sebelum mereka berdua masing-masing ketawa.

"Alah, aku gurau je," balas Ikha lalu bingkas bangun berdiri di sebelah tukang solek yang sedari tadi hanya diam dan melakukan kerjanya. Ikha memegang bahu Nadia.

Wajah Nadia yang dioles make up dipandang melalui pantulan cermin. Tubuhnya yang bersarung baju berwarna putih dan disulami dengan bunga-bunga sangat cantik dipadankan di tubuh kecil Nadia.

"Nad, hari ni kau nak tunang. Tak lama lagi kau dah nak kahwin. Kau janji dengan aku boleh tak?" Tanya Ikha setelah agak lama dia berdiam diri, memerhati gerak kerja tukang solek.

"Janji apa?" Tanya Nad sambil melihat pantulan Ikha yang berada di belakangnya melalui pantulan cermin.

"Janji dengan aku, kau jangan lukakan hati Aiman. Dia sepupu yang paling rapat dengan aku tau. Dan, boleh tak kalau kau move on je dengan Heykal. Aku tahu kau suka dia. Tapi,dia suami kawan kita," tutur Ikha, lembut dan penuh pengharapan.

Nadia terdiam.

"Ye, aku janji. Memang rak dinafikan aku ada tersuka sedikit dengan Heykal tu tapi kau jangan risau. Aku lebih sayangkan Aiman," balas Nadia lalu ketawa halus.

"Kalau kau lukakan hati Aiman, aku botakkan kepala kau," ugut Ikha lalu ketawa.

"Amboi," hanya itu yang keluar dari bibir Nadia sebelum mereka berdua ketawa. Tukang solek yang berada di sebelah Ikha turut ketawa dengan ugutan manja Ikha itu.




PERUTNYA diusap perlahan sambil memerhati lama ke arah suaminya. Setiap hari dia berharap dan berdoa supaya Heykal sedar sebelum bayi mereka lahir di dunia ini. Dia mahu suaminya yang berada di sebelahnya nanti sewaktu dia bertarung nyawa melahirkan anak mereka. Dia mahu Heykal yang menenangkan dia nanti ketika dia sedang sakit melahirkan anak mereka. Dia mahu suaminya ada di sisinya nanti.

Tangan Heykal digenggam lalu diusap.

"Abang ingat tak Nadia dengan Ikha? Mereka masing-masing dah ada kehidupan mereka. Nadia dah sah jadi isteri orang. Dah pindah ke Melaka ikut suami. Ikha pula dah balik Kelantan. Sekarang Aisha sendirian. Dah takde kawan Aisha," tutur Aisha sendiri sambil mengelus lembut jari suaminya.

"Abang. Baby kita pun dah tak lama dah nak keluar. Aisha takut. Kalau ada abang mesti kurang sikit rasa takut ni," sambungnya. Masih di posisi yang sama. Mengelus lembut tangan Heykal.

"Abang?" Panggil Aisha apabila dia seakan menerima respon dari genggaman tangan suaminya itu.

"Aisha panggil doktor. Abang."

Tanpa membuang masa, Aisha ingin segera keluar untuk mendapatkan doktor namun tangannya digenggam kuat.

Aisha terdiam. Dia melihat ke arah genggaman tangan suaminya itu. Air matanya mengalir dengan laju.

"Ai-Aisha."

"Abang?" Panggil Aisha. Dia turut membalas genggaman tangan suaminya.

"Aisha." Mata Heykal secara perlahan terbuka. Wajah suaminya diusap lembut.

Heykal yang merasa seakan wajahnya diusap itu cuba membuka mata dengan perlahan. Perkara pertama dia lihat sewaktu matanya terbuka luas adalah siling putih. Matanya dikedipkan beberapa kali.

"Abang."

Heykal mengalihkan pandangannya ke arah suara yang memanggilnya itu. Bibirnya serta merta mengukir senyum lebar apabila melihat wajah isteri kesayangannya.

"Aisha," dia menyeru isterinya. Air mata isterinya sudah merembes keluar dengan laju membasahi pipi.

"Abang," panggil Aisha tiba-tiba sebelum dia mengaduh kesakitan. Wajahnya cemberut. Perutnya terasa sakit secara tiba-tiba.

"Aisha?"



"HEYKAL. Heykal dapat hero," beritahu Encik Syaqir kepada anak saudaranya. Wajah Heykal serta merta ceria. Heykal yang masih berbaring hanya mampu mengucapkan syukur.

"Heykal nak azankan dia," pinta Heykal ketika seorang jururawat membawa masuk seorang bayi lelaki. Jururawat itu menyerahkan bayi lelaki yang berbalut dengan selimut putih kepada Heykal.

"Handsomenya anak papa," puji Heykal lalu mencium pipi bayi kecil itu.

Setelah itu, azan berkumandang dari bibir Heykal di telinga bayi itu. Sambil mengalunkan azan, hatinya merasa sebak. Sesekali suaranya kedengaran bergetar. Matanya tidak lepas dari memandang wajah kecil anaknya itu.

Syukur, Ya Rab. Engkau kurniakan nikmat sebesar ini kepada hamba-Mu.



4 tahun kemudian~

"RAYYAN. Jangan lari-lari," panggil Aisha ketika berada di depan kolam. Matanya tidak lekang dari mengawasi setiap gerak geri anaknya itu.

"Papa papa. Comel an Omar ni. Macam Yayen," jerita Rayyan kepada papanya. Anak kecil itu berlari ke arah Heykal sambil beria mahu menunjukkan watak kegemarannya kepada bapanya. Handphone ditangan disuakan ke arah Heykal lalu kanak-kanak lelaki yang berumur 4 tahun itu diangkatnya lalu diriba.

"Yayen cuka Omar," ucap anak kecil itu lagi.

"Kenapa Yayen suka Omar?" Soal Heykal kepada anaknya.

"Cebab Omar comel. Yayen comel tak, papa?"

"Tak, Omar lagi comel," balas Heykal, hendak mengusik anaknya. Aisha yang berada tidak jauh dari mereka sudah menjeling. Tak lama lagi menangis lah budak tu.

"Ihh, kenapa? Yayen comel lah." Rayyan sudah memanjangkan muncungnya.

"Tapi, Omar lagi comel," usik Heykal lagi sebelum ketawa halus.

Wajah Rayyan sudah memerah. Hendak menangis. Aisha yang sudah mengagak berpindah tempat mendekati suami dan anaknya.

"Ish, abang ni. Suka lah kacau anak," marah Aisha.

"Yayen, sini sini." Aisha menepuk-nepuk ribanya lalu anak kecil itu melepaskan diri dari pelukan Heykal. Menuju ke arah Aisha dan melabuhkan duduk di atas riba ibunya pula.

"Yayen comel tak, ibu?" Soal Rayyan kepada ibunya pula. Pipi merahnya itu dicubit manja.

"Anak ibu, Tengku Rayyan Amir bin Tengku Hakiem Heykal memang comel," balas Aisha lalu mencuit lembut hidung kecil milik anaknya.

"Tapi, papa cakap Yayen tak comel," balas Rayyan lalu menunjukkan jari telunjuknya ke arah Heykal.

"Papa jealous. Sebab papa tak comel. Yayen jangan nangis, okay?" Pujuk Aisha sehingga membuatkan Heykal ketawa.

"Bukan ke abang comel ke dulu?" Usik Heykal kepada isterinya. Lelaki itu mengengsot mendekati isterinya.

"Itu dulu," balas Aisha lalu membuatkan Heykal ketawa kuat. Aisha sudah menyimpul senyum sebelum mata mereka bertaut.

"I love you."

SAYANGKU, MR AUTISTIC ✔Where stories live. Discover now