CHAPTER 02

46.7K 2.8K 198
                                    

"ACIK, Eykal minta maaf! Eykal tak sengaja!"

Aisha terus meluru keluar daripada biliknya apabila terdengar tangisan Heykal.

Di ruang tamu tiada. Di dapur juga tiada. Di luar? Terkocoh-kocoh Aisha keluar. Kelihatan Heykal sedang menangis di luar pintu pagar. Tangannya memegang telinga.

"Eykal, kenapa ni?" Tanya Aisha kalut. Tubuh lelaki itu didekati. Heykal masih lagi menangis.

"Awak! Awak ni penjaga dia ke? Hey, tolong jaga dia baik-baik sikit boleh, tak? Awak tengok apa dia dah buat dekat basikal anak saya ni? Dah patah tahu tak? Anak saya tu dah menangis!" Jerkah seorang wanita kepada Aisha.

Aisha memandang ke arah basikal yang ditunjukkan. Pedal basikal patah. Begitu juga dengan bakul yang berada di hadapan. Patah.

"Puan, saya minta maaf. Boleh saya tahu apa yang Eykal dah buat?" Soal Aisha lembut.

"Minta maaf saja tak cukup. Awak bayar sekarang. Ni budak terencat ni lah yang buat ni?" Marah wanita itu seraya cuba untuk memiat telinga Heykal.

Aisha yang berada di tepi Heykal pantas memeluk lelaki itu saat wanita itu cuba menarik telinga Heykal. Heykal yang dalam ketakutan bersama dengan sisa tangis terus memeluk Aisha. Matanya ditutup rapat. Takut!

"Puan jangan nak berkasar, ye! Dia tak tahu apa yang dibuatnya. Puan jangan panggil dia budak terencat lagi, faham!? Semua ni boleh dibayar, puan. Berapa harganya? Saya akan bayar!" Jerkah Aisha. Sungguh dia marah apabila wanita itu memanggil Heykal dengan panggilan sedemikian. Langsung tidak bermoral.

"RM100 ringgit," balas wanita itu laju. Agak terpana dengan sikap Aisha itu.

Aisha meraba-raba duit di dalam poketnya. Not yang bernilai RM100 dikeluarkan. Duit yang sepatutnya digunakan untuk keluar bersiar bersama Heykal. Duit yang diberikan Puan Khatijah kepadanya. Duit itu dihulurkan.

"Selepas ni, saya minta sangat dengan puan. Tolong jangan gunakan panggilan kasar seperti tadi dekat dia. Dia tak mintak pun nak jadi macam ni. Semua ni ketentuan Ilahi. Kita sebagai hamba-Nya perlu menerima dengan redha. Dengan hati yang terbuka. Ini ujian Allah buat dia. Hari ni, Allah jadikan dia seperti ini. Mana tahu esok lusa pula giliran anak puan? Saya tak doakan tapi puan tolong jaga tutur bicara sedikit. Saya minta maaf bagi pihak dia," tutur Aisha panjang lebar. Heykal yang masih berada di dalam dakapannya dibawa masuk. Dadanya berombak kencang menahan amarah.

Aisha membawa Heykal duduk di buaian yang terletak berhadapan dengan kolam ikan. Di telinga Heykal jelas ternampak kesan merah.

"Eykal, apa yang Eykal buat kat acik tu?" Tanya Aisha lembut. Heykal di sebelah dipandang. Air mata di pipi lelaki itu diusap lembut.

"Eykal takde buat apa pun. Eykal-Eykal nampak budak tu. Dia main basikal. Eykal suka basikal dia. Eykal pergi kat dia. Eykal cakap Eykal nak naik. Dia-dia bagi Eykal naik. Lepastu masa Eykal naik, Eykal bawa lah. Eykal tak selesa sebab basikal tu kecik. Kaki Eykal panjang. Pastu, tiba-tiba tempat Eykal letak kaki Eykal tu patah. Lepastu Eykal nak bangun. Eykal pegang bakul dia. Lepastu, bakul pulak patah. Budak tu nangis. Eykal takut. Pastu. Acik tu datang. Cubit telinga Eykal. Sakit, akak," cerita Heykal panjang lebar sambil memegang telinganya yang masih merah. Air matanya mengalir kembali.

"Shhh, dah jangan nangis. Lap air mata tu. Buruk Eykal nangis. Nanti tak macho," pujuk Aisha. Heykal pantas mengelap matanya.

"Eykal tak macho ke kalau Eykal nangis?" Soalnya masih dalam esakan. Sehingga membuatkan Aisha ketawa.

"Ye, tak macho. Nanti kalau ada awek tengok nanti macam mana?" Usik Aisha, cuba untuk mengembalikan mood lelaki itu.

"Akak lah awek tu," balas Heykal lalu membuatkan Aisha ketawa.

"Akak, terima kasih sebab tolong Eykal. Akak baik sangat. Eykal sayang akak," ucap Heykal lalu memeluk Aisha.

Terkedu seketika Aisha dibuatnya. Matanya mengerling ke arah Heykal. Dipeluk lelaki kacak! Dia harus menolak atau biarkan sahaja? Aisha menjerit di dalam hati.

"Akak. Akak nak kenal tak dengan kawan-kawan Eykal? Sini," Heykal menarik tangan Aisha menuju ke arah kolam ikan.

Terdapat enam ekor ikan koi. Semuanya berbeza warna dan saiz.

"Ni, kawan Eykal. Yang merah tu, nama dia Reddy, yang coklat tu nama dia Cokky, yang berbelang hitam putih susu tu nama dia Pixie. Yang kuning sikit tu nama dia Yelly. Yang warna pink tu nama dia Pinky dan yang warna oren tu nama dia Goldy. Eykal yang letak nama tu, tau!" Terang Heykal ceria. Tangannya bermain-main di permukaan air.

Aisha hanya senyum. Tak tahu pula nama-nama ikan koi ini mempunyai nama. Wajah ceria Heykal di sebelah dipandang  Gembira sungguh lelaki itu. Tapi, apakah yang menyebabkan dia jadi autistik? Atau, adakah dia autistik sejak kecil? Sayang! Rupa dia memang handsome. Kalau dia normal, mesti beratur perempuan nak jadi kekasih atau isteri dia. Dan antaranya adalah aku. Selorohnya dalam hati.

Wajah sisi Heykal yang sedang berceloteh itu dipandang. Dengan kulitnya yang cerah. Hidungnya yang mancung. Matanya redup. Bibir merah merekah.

Kepalanya digeleng-geleng. Heykal di sebelah dipandang. Ketawa dia sendirian setelah itu.

SAYANGKU, MR AUTISTIC ✔Where stories live. Discover now