SPECIAL CHAPTER 02

30.2K 1.5K 124
                                    

"MACAM mana? Dah lega?" Tanya Heykal tanpa melihat isterinya. Kakinya terus melangkah seiring dengan langkah Aisha.

"Alhamdulillah, dah lega sikit," balas Aisha sambil tersenyum. Dia merangkul lengan Heykal sehingga membuatkan lelaki itu memandangnya. Heykal turut memberikan senyuman manis kepada isterinya.

"You're a great woman and I'm glad to have this great woman as my wife," ucap Heykal, lembut.

Aisha hanya tersenyum. Masih ada satu hal yang membebani fikirannya sekarang. Bila difikirkan soal itu, senyumnya langsung pudar.

"Are you okay? Sayang dah penat ke? Nak balik?" Soal Heykal apabila perasan akan perubahan raup wajah isterinya. Seakan ada sesuatu hal berat yang difikirkan.

"No, I'm fine," balas Aisha lalu cuba untuk mengukir senyuman.

"Sayang," panggil Heykal.

Aisha memandang Heykal sambil keningnya diangkat.

"Why hmm?" desak Heykal, lembut.

"Tak de apa-apa. Eh, kita ni dah lama tak pergi jenguk Ray, kan?" Dalih Aisha dan berharap supaya suaminya tidak menyoal lagi.

Heykal hanya tersenyum dan mengangguk. Ada sesuatu di fikiran isterinya dan sepertinya isterinya itu tidak mahu menceritakan kepada dirinya. Heykal hanya diam dan mengiyakan dalihan Aisha tadi. Nanti, bila ada masa yang sesuai, dia akan tanya.



"HANDSOME kan laki Aisha tu. Tak sangka pulak aku dia dapat laki cam tu," Nadia bersuara dengan tiba-tiba sambil mengunyah jajan yang baru sahaja dibelinya tadi.

"Padanlah dengan Aisha tu," balas Ikha, malas untuk melayan kerenah kawannya itu. Matanya hanya fokus ke televisyen. Nadia mencebik.

"Kalau dengan aku, mesti lagi padan," tutur Nadia perlahan sambil bermain-main dengan snek yang berada ditangannya itu. Bibirnya mengukir senyum.

Mendengarkan itu, Ikha pantas memandang tajam ke arah Nadia. Sudah agak. Dia sudah agak apa yang difikirkan gadis itu sejak dari tadi lagi. Nafas ditarik perlahan dan dihembus. Dia kembali fokus ke televisyen.

"Heykal tu takkan layan perempuan buruk macam kau," bidas Ikha tanpa memandang ke arah Nadia.

"Buruk? Aku buruk? Excuse me?" Nadia tidak berpuas hati dengan kritikan yang diberikan oleh Ikha. Dia menjeling tajam ke arah rakannya itu.

"Kau tak payah nak cari pasal. Kita dah minta maaf dengan Aisha. Kau jangan terfikir nak kebas suami dia pula."

"Why? Lelaki boleh pasang empat, kan?" Balas Nadia lagi sehingga membuatkan Ikha mula beralih pandang ke arahnya. Gadis itu mengeluh.

"Kalau Heykal tu nak pasang empat sekalipun, aku yakin kau merupakan perempuan yang paling akhir yang dia pilih. Dia pilih kau pun mungkin sebab dia terdesak. Dan kalau dia nak pasang empat sekalipun, dia akan cari yang setaraf dengan dia dan setaraf dengan kecantikan Aisha tu. Kalau nak dibandingkan kau dengan Aisha pun," Ikha terhenti seketika sambil melihat sinis ke arah Nadia. Bibirnya mengukir senyuman senget. Sinis. Seakan memprovok Nadia. Sengaja dia biarkan ucapannya itu tergantung.

Nadia hanya terdiam. Malas mahu berdebat dengan Ikha. Buat sakit hati.



KERETA milik Heykal mula memasuki perkarangan. Aisha yang tertidur di sebelah dipandang.

"Sayang," Heykal cuba untuk kejutkan isterinya dengan lembut.

"Dah sampai ke?" Soal Aisha yang agak terkejut dengan sapaan suaminya. Dia meliar-liar melihat ke kiri dan kanan. Sudah berada di depan rumah.

"Dah," balas Heykal lembut seraya mengusap kepala isterinya.

"Nak abang angkat ke?"

Aisha hanya menggeleng. Dia mula melepaskan tali pinggang keledar dan mula melangkah keluar dari perut kereta. Kakinya terus diatur ke bahagian belakang kereta untuk mengambil barang namun dihalang Heykal. Dia hanya mengangguk lalu melangkah ke dalam rumah. Dia mahu merebahkan badannya buat masa sekarang. Penat.

Setelah sampai di bilik, Aisha langsung melepaskan tudung yang sedari tadi membaluti kepalanya. Tubuhnya yang dikongsi dengan satu nyawa lagi dihempas perlahan di atas katil.

Ah, leganya!

Heykal memasuki bilik dan hanya mampu menggeleng kepala melihat isterinya.

"Sayang, pergi ambil wudhu. Kita solat asar. Dah pukul enam lebih ni," arah Heykal lembut sambil meletakkan barang-barang di atas meja.

Aisha bingkas bangun tanpa sebarang kata lalu menuju ke bilik air untuk berwudhu.

Setelah itu diikuti dengan Heykal dan mereka berdua mula menunaikan solat asar berjemaah. Setelah usai solat, Aisha menanggalkan telekung dan berura-ura hendak melipat sejadah namun dihalang oleh suaminya pula.

"Sayang, letak situ je. Aisha penat, kan? Dah pergi baring. Biar abang sidaikan."

Aisha hanya mengikuti. Sungguh dia penat. Dia tinggalkan telekung lalu berbaring semula di atas katil.

Heykal menyidai telekung isterinya dan sejadah sebelum dia turut membaringkan tubuhnya menghadap sisi isterinya. Tangannya ditongkatkan di kepala. Bibirnya mengukir senyuman apabila melihatkan Aisha yang sudah sedia menutup mata.

Perlahan-lahan jari telunjuknya bermain di sekitar wajah Aisha bermula dari dahi, mata, hidung seterusnya mulut. Terasa sahaja wajahnya disentuh, Aisha membuka mata.

"Sorry," ucap Heykal lembut.

"For?" Tanya Aisha pendek.

"Ganggu Aisha nak rehat," Aisha hanya diam. Dia kembali menutup matanya.

"No hal," balasnya. Heykal tersenyum nipis. Dia masih meliar melihat segenap wajah isterinya. Aisha membuka sedikit matanya untuk melihat ke arah suaminya namun tiba-tiba bibirnya dikucup lembut. Matanya terus membulat memandang Heykal yang sudah tersengih.

"Ish," hanya itu yang keluar dari bibir isterinya. Malu.

"Sayang, lusa abang nak kena pergi outstation," ucap Heykal tiba-tiba.

"Kat mana?" Tanya Aisha seraya mengiringkan badannya menghadap suami.

"Perlis," balas Heykal. Tangannya beralih ke pinggang Aisha.

"Berapa lama," tanya Aisha lagi. Tangannya berada di leher suaminya.

"Around a week," balas Heykal sambil matanya tidak berhenti menjelajah wajah isterinya.

"Lamanya," balas Aisha lalu mencebik. Melihatkan bibir isterinya yang tercebik itu, Heykal pantas menciumnya sekilas. Sekali lagi, Aisha terasa malu. Mereka bertentangan mata. Lama.

"Why?"

"Saja. Ye lah, lepas ni dah tak boleh dah nak tengok muka sayang. Seminggu, sayang. Rindu abang nanti," balas Heykal lalu mencuit hidung isterinya.

"Gambar Aisha kan banyak dalam phone abang. Tatap je lah gambar tu," balas Aisha. Heykal hanya ketawa.

"Tatap dalam phone dengan tatap betul-betul macam ni tak sama sayang. Dalam phone tak boleh nak cubit hidung ni," balas Heykal lalu mencubit geram hidung Aisha.

Aisha hanya ketawa.

SAYANGKU, MR AUTISTIC ✔Where stories live. Discover now